Tuesday, January 1, 2013

~ Salam Penuh Kerinduan...

Diana @ Melley Mey | 6:53 PM | |

Assalamualaikum dan Salam Penuh kerinduan buat semua... Rindunya kat semua orang... Rindu nak BW... Pendek kata... Rindu semuanya lah tentang blogging nie.. Huhuuu... SBK pun dah lama tiada tuan rumahnya kan... Sunyi sepi tanpa entri.. Tapi tak apalah.. Mungkin itu yang terbaik buat seketika kan... Ermmm...



Tahun 2012 telah pergi buat selamanya dan banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidup Diana juga buat SBK... Kini tiba pula giliran tahun baru bersama kita.. Moga kehidupan kita di tahun 2013 ini akan lebih diberkati dan dipermudahkan segala urusan olehNya.. InsyaAllah... Selamat Tahun Baru 2013 buat semua.. :)



Baik lah entri kali ini tiada resipi untuk dikongsi bersama... Hanya gambar Mee Udang Goreng yang ringkas sahaja di entri pertama di tahun 2013 ini... Gambarnya pun ala kadar sahaja.. Ambil gambar pun mood ke laut.. Gambar pun kabur gitu.. Huhuuu... Masak mee goreng ini petang tadi.. Jika nak resipi boleh pilih di entri lama.. Klik di SINI.. 

Jadi.. Setelah dipertimbangankan dan dipersetujui .. Hehhee.. Maka SBK akan ada entri terbaru lagi di tahun 2013 ini.. Cuma mungkin tidaklah sekerap dulu.. Dan BW pun mungkin sukar untuk Diana laksanakan sekarang ini.. Jika ada kelapangan sedikit barulah dapat BW .. InsyaAllah.. Diana akan buat mana yang termampu sahaja ya.. :). Diana harap tiada yang terasa hati jika tiada kunjung balas dari SBK.. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini.. Alhamdulillah bertemu kita kembali di tahun 2013 ini... Salam sayang dari Diana @ SBK...




6 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
Cheq Sue said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
mori said said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
ejulz said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
❤Kamsiah❤ said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
Asyifa Mustaffa said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.