Friday, January 4, 2013

~ Steamed Boxing Chicken Curry...

Diana @ Melley Mey | 1:00 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... Hari ini Diana hanya kongsikan resipi ulang tayang sahaja... Dulu Diana pernah kongsikannya di SBK.. Sebenarnya sudah lama tidak masak menu ini.. Tu yang masak untuk makan malam kami malam tadi..



Tidak dapat dinafikan lagi menu ini memang banyak kerjanya.. Nak potong bentuk boxing.. Nak perap.. Lepas tu kena goreng ayam tu barulah dikukus.. Mana lagi bab nak sediakan kuahnya.. Memang banyak kerja tapi menu ini kegemaran anak-anak... Jadi semua itu memang tidak terasa bila tengok mereka berselera makan.. :). Ok lah.. Apa kata kita tengok resipi ulang tayang ini ya..



Klik untuk entri lepas   Steamed Boxing Chicken Curry

Bahan² A
8 keping peha ayam ( ambil bahagian bawahnya sahaja ) _ buangkan kulitnya
1 inci halia _ dihiris halus
2 ulas bawang putih _ dicincang
4 biji cili padi _ dihiris
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah _ dihiris
175 ml air
Minyak untuk menggoreng dan menumis 


Bahan² B ( Dicampurkan )
1/4 tsp serbuk cili
4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas


Bahan² C ( Secukup rasa )
Garam
Gula
Gula melaka
Asam jawa + sedikit air _ buangkan bijinya


Bahan² Perap
1 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
1/4 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp tepung beras
1/2 tbsp tepung gandum
1/2 tbsp tepung kastard
1/2 tsp minyak bijan


Cara²
  1. Kerat bahagian hujung peha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
  2. Perap ayam bersama bahan-bahan perap selama 30 minit ( Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.. 
  4. Susun ayam di atas pinggan yang sesuai. Ketepikan.
  5. Goreng bawang merah menjadi bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
  6. Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
  7. Kemudian masukkan bancuhan bahan-bahan B dan tumis sehingga pecah minyak.
  8. Tambahkan air dan bahan-bahan C. Biarkan ianya mendidih.
  9. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  10. Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
  11. Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.
  12. Kukus ayam sehingga masak.
  13. Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.
  14. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.






6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
❤Kamsiah❤ said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
Zurina Hj.Zainal said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
Marsita yahya said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
faa.rosli said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.
Qasey Honey said... Reply
This comment has been removed by a blog administrator.