Monday, February 4, 2013

~ Ayam Buttermilk Bersama Kacang Pistachio...



Assalamualaikum dan Salam Sayang... Bertemu kita kembali di hari baru di minggu baru di bulan Feb ini.. Ermm.. Berapa banyak "di" lah kan... Hehehhee... Baiklah tiada cerita yang hendak dikongsikan bersama hari ini... Cuma hendak kongsikan 1 resipi sahaja... Jom tengok resipinya.. ( mood malas masih lagi menemani ni.. Huhuuu.. tak sihat sebenarnya.. )...


Bahan²
2 keping peha ayam _ dibuang kulit serta tulangnya dan dihiris kecil
1 tbsp minyak sapi
2 - 4 tangkai cili padi _ dihiris
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 tangkai daun sup _ dihiris halus
Sedikit gula dan garam jika perlu
Kacang pistachio secukup kegunaan _ ditumbuk 

Bahan² Perap
1/2 cawan buttermilk
1/2 tsp serbuk cili
1 tsp serbuk kari
1 tbsp mayonis
1 ulas bawang putih _ dicincang
1 1/2 tbsp gula perang
1 tangkai daun sup _ dihiris
Serbuk lada hitam
Garam

Cara²
  1. Campurkan ayam bersama bahan-bahan perap dan gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 1 jam.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk / kuali. Masukkan bawang putih cincang serta cili padi dan tumis sehingga naik aromanya.
  3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat atau garing ( terpulang kepada citarasa masing-masing ). Diana masak sehingga garing. Masukkan garam dan gula jika perlu 
  4. Angkat dan taburkan kacang pistachio dan hirisan daun sup.
  5. Hidang bersama nasi putih panas.








18 comments:

Mas said... Reply

budak2 suka ayam gini...
tengok jerk pun dah terliur...

❤Kamsiah❤ said... Reply

nampak begitu ranggup ..

Marsita yahya said... Reply

tq for sharing..menarik

umi's cup cake said... Reply

Salam Diana,
Nampak sedap dan menyelerakan ayam tu..rajin la diana ni..Semoga Cepat sembuh

Sha Shamsudin said... Reply

Salam diana ...sedap nya ..aroma nya macam dah sampai kat sini ...boleh juga buat tengahari ni...pasti anak anak suka...thanks

Gee® said... Reply

hmmmm...wanginya bau ayam buttermilk sampi ke sini... nak sikit!

Sha Shamsudin said... Reply

Salam diana...sedapnya ..boleh buat juadah tghari nih..pasti anak anak suka...thanks

Cheq Sue said... Reply

aduhhh.... sedapnya menu...

faa.rosli said... Reply

nak ratah je boleh?hihihi

faa.rosli said... Reply

nak ratah je boleh?hihihi

Unknown said... Reply

ehemmm... diana ni pun the owner of http://zila4ever.blogspot.com kan? 1st time i view ur blog ni pun i da tau u r d same person.. rite? ;)

Unknown said... Reply

but i love both.. nice blog. keep up the gud work ya.. love

ogyep yummy mellow said... Reply

Kalau ayam.. memang kegemaran hubby & anak2.. x de nasi pun x pe..

Diana @ Melley Mey said... Reply

@Unknown
Ermm... Terus terang kami bukan org yg sama... Zila4ever tu bukan kepunyaan diana.... :)

ctukangkarut said... Reply

nyum nyum nampak sedap..restoran sky blue's d labuan tu kaka punya ka?

ctukangkarut said... Reply

nyum nyum..nampak sedap oo..restoran sky blue's d labuan tu kaka punya ka

Diana @ Melley Mey said... Reply

@ctukangkarut

Hehehe... Bukan ... Tajaan sky blue jer tu... :)

ctukangkarut said... Reply

oo hehe lau kaka yg punya nnt balik sna mau try la..sbb suma makanan & resepi dlm blog ni bikin tliur haha..