Tuesday, February 26, 2013

Salad Epal Dan Walnut...

Diana @ Melley Mey | 9:52 PM |

Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan kepada semua pengunjung SBK... Ermm.. Lamanya SBK sepi dari entri terbaru kan.. Diana mohon ampun dan maaf kerana lama tidak bersiaran.. Sebenarnya Diana kurang sihat sejak sebelum CNY hari tu lagi... Itu yang menyepi seketika tu.. Baiklah.. Untuk entri kali ini Diana hanya ingin kongsikan resipi yang mudah sahaja.. Jom tengok resipinya..


Bahan² 
1/2 cawan walnut panggang _ dicincang
1 biji epal _ dihiris nipis
Sedikit lettuce
Sedikit kismis
Sedikit daun basil kering
1 biji lemon
1/2 tbsp madu
1/4 cawan minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa

Cara² 
  1. Masukkan walnut, epal, lettuce dan kismis ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Parutkan kulit lemon dan perahkan jusnya.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian dan campurkan madu, minyak zaitun, daun basil kering, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Gaul sebati dan sesuaikan rasa. 
  5. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi walnut, epal, lettuce dan kismis tadi.
  6. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.






4 comments:

❤Kamsiah❤ said... Reply

kalau sejukkan dulu dlm petia ais,sedap,kan..

Gee® said... Reply

Terlior tengok...

Mori Said said... Reply

Hi Diana.... salad tu mengancam la... kat rumah tengah ada salad free...pemberian kawan... bole la buat for dinner nie.. thxs for sharing...

sabar dubai said... Reply

Kl8 mkn ari2 mcmni sure eh kurus kan kak