Wednesday, December 18, 2013

~ Ayam Masak Oren...

Sheery Dream Cakes | 7:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana ingin kongsikan satu lagi resipi ayam khas buat anda semua... Jom semak resipinya...


AYAM MASAK OREN  


Bahan-Bahan
  • 400 gm isi ayam ( Diana guna bahagian peha ayam ) _ dihiris kecil
  • 5 tangkai cili kering _ dipotong 1/2 inci panjang
  • 1 ulas bawang putih _ diparut
  • 1 tsp halia parut
  • Minyak secukup kegunaan 

Bahan-Bahan Perap 
  • 1/4 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix 
  • 1 biji telur
  • 1/4 tsp parutan kulit oren 
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan A ( digaul rata )
  • 1 cawan tepung jagung 
  • 1 1/4 tsp lada berperisa Aji Shio
  • 1/2 tsp lada hitam
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos 
  • 3 tbsp mayonis
  • 1/2 cawan jus oren
  • 1/2 tsp parutan kulit oren
  • 1/4 cawan sos cili thai
  • 1 tsp cuka
  • 1/4 cawan air
  • Garam jika perlu
  • Gula perang secukup rasa 


Cara-Cara 
  1. Campurkan ayam bersama bahan-bahan perap dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih. 
  2. Saluti ayam dengan tepung ( bahan-bahan A ), kemudian goreng ayam hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili kering hingga berubah warna.
  4. Kemudian masukkan halia dan bawang putih. Setelah terbit aromanya bolehlah dimasukkan bahan-bahan sos dan biarkan ianya mendidih seketika.
  5. Sesuaikan rasa dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Taburkan biji bijan panggang di atas ayam ketika menghidang.
  7. Hidang bersama nasi putih panas.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, December 9, 2013

~ Daging Bercili Rangup...

Sheery Dream Cakes | 8:58 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bersiaran kembali di entri kali ini.. Apa kata terus sahaja kita selongkar resipi kali ini..


DAGING BERCILI RANGUP  


Bahan-Bahan 
  • 500 gm daging batang pinang _ dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing
  • 10 - 20 tangkai cili kering _ dipotong 2 atau 3 inci panjang ( boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa masing-masing )
  • 1 biji capsicum hijau _ dipotong dadu 
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu kasar
  • 2 tsp halia parut
  • 4 ulas bawang putih _ diparut
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Minyak secukupnya

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 biji telur
  • Secubit soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan A ( digaul rata )
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Sedikit lada berperisa Aji Shio
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos
  • 6 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp sos plum asam manis Loon Kee
  • 4 tsp cuka
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Daging diketuk sedikit dengan menggunakan belakang pisau atau menggunakan penukul daging ( ketuk manja sahaja ya ).
  2. Kemudian campurkan daging bersama bahan-bahan perap dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan capsicum dan goreng selama 20 saat. Angkat dan ketepikan. Buat cara yang sama juga untuk bawang besar.
  4. Saluti daging dengan tepung ( bahan-bahan A ), kemudian goreng daging hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  5. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili kering hingga berubah warna.
  6. Kemudian masukkan halia dan bawang putih. Setelah terbit aromanya bolehlah dimasukkan bahan-bahan sos dan biarkan ianya mendidih seketika.
  7. Sesuaikan rasa dan masukkan daging goreng, bawang besar dan capsicum hijau. Gaul rata dan tutupkan api.
  8. Taburkan biji bijan panggang di atas daging ketika menghidang.
  9. Hidang bersama nasi putih panas.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...