Hari ini bersiaran bersama Ayam Panggang Kerisik. Cara memasaknya mudah sahaja. Diana suka makan bersama ketupat dan hirisan timun. Suami dan anak-anak pula suka nikmatinya bersama nasi putih panas. Apa-apa pun, ianya terpulanglah kepada selera masing-masing ya.
Baiklah, jom kita semak resipi Ayam Panggang Kerisik ni.
Baiklah, jom kita semak resipi Ayam Panggang Kerisik ni.
AYAM PANGGANG KERISIK
Bahan-Bahan
- 800 gm paha ayam _ dipotong 3 bahagian dan bersihkan
 - 1/2 cawan kerisik
 - Santan pekat secukup kegunaan
 
Bahan-Bahan A
- Kicap Manis ABC secukupnya
 - 1 tsp serbuk jintan manis
 - 1 tsp serbuk jintan putih
 - 1 tbsp serbuk kunyit
 - Sedikit serbuk cili _ ( jika suka )
 
Bahan-Bahan Kisar
- 3 tangkai cili merah
 - 4 ulas bawang putih
 - 8 biji bawang merah
 - 2 inci halia
 - Air asam jawa secukup rasa
 - Garam secukup rasa
 - Gula melaka secukupnya
 
Cara-Cara
- Campurkan ayam dengan perencah yang dikisar dan bahan-bahan A. Ramas sehingga semua bahan bersalut rata. Perap selama 10 minit.
 - Masukkan ayam berserta bahan-bahan kisar ke dalam kuali / periuk. Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
 - Tambahkan kicap manis dan kerisik. Teruskan memasak hingga ayam empuk dan perencah meresap, angkat.
 - Kemudian panggang ayam seketika untuk menambahkan aromanya.
 - Angkat dan hidang bersama nasi panas atau ketupat berserta baki perencah.
 





Nampak macam sangat berempah.. macam yummeh hehe.. Boleh cube nih. Bahan pun tak banyak sangatkan? Jemput Singgah: J50% MERDEKA!
ReplyDelete