Monday, August 25, 2014

~ MANGO CASABLANCA...

Sheery Dream Cakes | 8:21 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang.... Bertemu kembali di entri Mango Casablanca yang sangat sedap ini... Resipi Diana ikut dari blog Akak Amie ... Memang sudah lama sangat tergoda dengan Mango Casablanca ini.. Tapi minggu lepas baru ada kesempatan membuatnya... Memang berbaloi mencuba tau... 

Buat Akak Amie... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya akak... Terima kasih akak.. :)

Kepada sesiapa yang ingin mencubanya.. Bolehlah semak resipinya di bawah ya… 


:: Sumber ~ Akak Amie @ Amie's Little Kitchen  ( TQ )

MANGO CASABLANCA 


Bahan-Bahan
  • 27 keping Biskut Cream Crakers
  • 1 kg mangga masak ranum _ kupas kulit dan hiris nipis
  • 250 gram Philadelphia Cream Cheese
  • 2 tin ( 300gram setiap 1 tin ) Nestle Cream _ ( Diana hanya bubuh 2 tin Nestle cream, 170gm setiap 1 tin )
  • 1/2 cawan whipping cream _ ( Diana tambah )
  • 300ml Sweeted Cream _ boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
  • Susu cair _ pilihan ( Amie tidak gunakan ) _ Diana tidak bubuh
  • Susu segar secukup kegunaan _ Diana tambah
  • Bekas persegi ukuran 8" X 8" 

Cara- Cara
  1. Pukul Cream Cheese, Nestle Cream, whipping cream ( jika anda menggunakannya ) dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
  2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
  3. * Langkah ini Diana tambah  ~ Celup biskut ke dalam susu segar sekejap, jangan sampai ianya lembik ya. 
  4. Susun 3x3  biskut berjumlah 9 keping.
  5. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
  6. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
  7. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
  8. Susun lagi 3x3  biskut sebanyak 9 keping.
  9. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
  10. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
  11. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
  12. Keluarkan bekas dari peti sejuk dan potong untuk dinikmati.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, August 17, 2014

~ Super Moist Dark Chocolate Cake...

Sheery Dream Cakes | 1:37 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kita kembali di entri kek coklat yang comot ini… Hehehe… Semua sudah sedia maklum yang Diana memang tidak mahir mendeko kek.. 

Tak percaya? Ha… Apa kata tengok gambar di bawah tu…


Kan….. Hehehee… Memang kek coklat ini sesangat lah comotnya… Hahaaa…. Tak apa lah kan… Yang penting boleh dinikmati gitu… Kadang-kadang yang comot ni pun cantik juga… Hehe...

Baiklah.. Apa kata kita tertus sahaja semak resipinya ya... Resipi dari Sweetapolita. Tq buat Sweetapolita dan izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya..


:: Resipi Oleh ~  Sweetapolita  ( TQ ) 

SUPER MOIST DARK CHOCOLATE CAKE


Ingredients
  • 2 1/4 cups ( 285 grams ) all-purpose flour
  • 2 1/3 cups ( 470 grams ) superfine sugar
  • 3/4 cup ( 90 grams ) dark Dutch-process cocoa powder ( I use Cacao Barry Extra Brute )
  • 2 1/2 teaspoons ( 12 grams ) baking soda _ ( Diana bubuh 2 tsp )
  • 2 teaspoons ( 10 grams ) baking powder
  • 1 teaspoon ( 8 grams ) salt
  • 1 1/4 cups ( 300 ml ) buttermilk
  • 3/4 cup ( 180 ml ) brewed coffee or espresso
  • 2/3 cup ( 160 ml ) vegetable oil
  • 3 eggs, room temperature
  • 1 tablespoon ( 15 ml ) pure vanilla extract

Instructions
  1. Preheat oven to 350°F. Prepare three 7-inch round cake pans with nonstick spray and parchment rounds.
  2. In bowl of electric mixer fitted with the whisk attachment, sift all dry ingredients, including sugar. Combine eggs, buttermilk, coffee, oil and vanilla in a measuring cup and beat lightly with a fork.
  3. Add milk mixture to the dry ingredients mix for 1 minute on medium speed ( you may need the plastic splash-guard that comes with mixer ). Divide batter evenly among prepared pans--each pan should contain about 600 grams of batter.
  4. Bake the first 2 layers for 20 minutes and rotate pans in oven. Continue to bake until toothpick or skewer comes almost clean ( a few crumbs ), about 5 more minutes. Cool on wire racks for 20 minutes. Repeat with remaining layer, and then gently invert onto racks until completely cool.


:: NOTE ~ Diana hanya lapis kek coklat ini dengan fresh cream dan blueberry filling.. Lepas itu saluti keseluruhan kek dengan chocolate ganache.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...