Thursday, October 30, 2014

~ Chocolate Cake...

Sheery Dream Cakes | 11:59 AM | | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini Diana hanya ingin sajikan anda semua dengan beberapa gambar kek coklat.. Kek ini untuk anak saudara Diana yang menyambut hari kelahirannya kelmarin... Sekali lagi mama long doakan moga Intan membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat serta sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T... Amin…

Untuk resipinya anda boleh KLIK DI SINI













BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, October 22, 2014

~ KEK PUDING KEJU BUAH-BUAHAN | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 12:43 PM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fruit Cheese Pudding Cake ini hasil gabungan kek span dengan puding keju buah-buahan.. Kek span coklat sememangnya gabungan yang sedap.. Tetapi jika hendak gabungkannya dengan kek span perisa vanila pun boleh juga.. Ianya bergantung pada citarasa masing-masing... Gunalah apa-apa jenis kek kegemaran anda .. jika itu yang menepati selera.. :)  

Untuk kek span coklat ni Diana ikut resipi dari buku masakan Chef Kevin Chai _  My Birthday Cake dan untuk puding buah-buahan pula Diana ikut resipi dari Dragon Fruit Cheese Agar-Agar Pudding _ Y3K Vol.8.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, October 17, 2014

~ FRIED CHICKEN IN GARLIC TOMATO / CHILLI SAUCE | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 8:30 AM | | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya selalu.. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung di sini.. Alhamdulillah walaupun hari ni bersiaran tanpa resipi, diberi kesempatan juga Diana untuk kongsikan beberapa gambar menu fried chicken in garlic tomato / chilli sauce untuk pengunjung blog ini.. Kepada yaang sudi, bolehlah tengok gambar-gambar di bawah ya. 











BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 16, 2014

~ FRIED GARLIC TOMATO CHICKEN | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 7:44 PM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Bertemu kembali kita di entri tanpa resipi ini. Hari ni Diana hanya kongsikan gambar fried garlic tomato chicken ni ya.. Diana ikut resipi dari Buku Masakan Yummy Sauces Made Easy .. Memang berbaloi memilikinya.. Sesiapa yang belum memilikinya, bolehlah dapatkannya di kedai buku berhampiran ya…

Dengan resipi Spicy garlic & tomato sauce ini kita boleh pelbagaikannya kepada banyak resipi.. Sos ini sesuai untuk memerap ayam ( goreng atau panggang ) dan untuk sos menu ayam atau ikan dan juga spaghetti.

     
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, October 14, 2014

~ Bingka Roti Kukus Pandan...

Sheery Dream Cakes | 8:52 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini bersiaran dengan Bingka Roti Kukus Pandan yang sangat sedap di tekak kami sekeluarga... Resipi yang sangat mudah dan sedap ini memang sesuai dinikmati pada waktu sarapan atau pun minum petang.. Sedap dinikmati ketika ianya telah sejuk ( pada suhu bilik ) atau pun setelah ianya disejukkan di dalam peti sejuk.. Sedap dimakan sejuk-sejuk tau... 

Terima kasih buat Akak Ummi @ Home Sweet Home kerana mengetengahkan resipi yang sedap dan mudah untuk disediakan ini ya akak... Terima kasih juga buat tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi ini dan izinkan Diana kongsikannya di sini pula… 




:: Resipi Asal Oleh ~  Notabilia  ( TQ ) 
:: Sumber  ~  Akak Ummi @ Home Sweet Home  ( TQ )


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Bahan-bahan
  • 8 - 10 keping roti putih ( akak guna 9 keping roti Gardenia _ tak perlu disiat kecil )
  • 200 ml santan _ ( akak guna santan kotak Kara je )
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula _ ( akak letak 3/4 cawan je gula kastor )
  • 4 biji telur _ ( akak buang tali pusatnya )
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan _ disimpul

Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega ). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit ( akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka ).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. ( Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe )


Cara Diana buat seperti di bawah ini ya...


Bahan-bahan
  • 9 keping roti Gardenia ( dipotong kecil )
  • 200 ml santan _ ( Diana guna santan kotak Ayam brand )
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • Sedikit perwarna hijau
  • 2 helai daun pandan _ digunting kecil
  • Sedikit biji bijan panggang

Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Sudukan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam acuan kecil dan sudukan juga sedikit adunan ke dalam loyang.
  4. Taburkan biji bijan panggang dan letakkan daun pandan yang telah digunting di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 minit atau hingga ianya masak ( balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka ).
  6. Keluarkan bingka dari kukusan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 5 minit.
  7. Keluarkan dari oven dan sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 9, 2014

~ RIDICULOUS CHOCOLATE CAKE | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 10:07 PM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek coklat! Oh! Kek coklat….. Sekali lagi bersiaran dengan entri Kek Coklat…. Salted caramel sebagai peneman setianya… Tidak lengkap tanpa Chocolate ganache di sampingnya….  

Ridiculous Chocolate Cake, resipi dari " Cake Book by Cupcake Jemma ".. Sebenarnya kek ini hanya perlu dilapis seperti biasa.. Tetapi Diana jadikan ianya seperti kek di dalam gambar di bawah.. 










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, October 8, 2014

~ P. F. Chang's Mongolian Beef...

Sheery Dream Cakes | 10:05 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bila tekak tiba-tiba teringin merasa Mongolian Beef... Kenalah google resipinya kan... Pernah makan Mongolian Beef ini ketika melancong di Beijing tahun lepas sebenarnya.. Itu yang tekak ini teringin lagi merasanya tu.. Terpaksalah memasak sendiri ...


Cuma resipi yang Diana cuba ini sedikit berbeza dengan rasa Mongolian Beef yang pernah Diana makan ketika di Beijing tu.. Sedikit sahaja, tidak banyak pun...Tetapi bukan salah resipi tau.. Salah tukang masaknya.. Hehhehee... Bak kata orang.. air tangan itu yang membezakan rasa disetiap masakan yang dimasak kan.. Jenama bahan-bahan yang digunakan juga merupakan salah satu faktor perbezaan rasa masakan yang dimasak itu walaupun resipinya sama.

Baiklah... Sebelum kita  tengok resipinya... Apa kata kita cuci mata dulu dengan beberapa gambar kenangan yang Diana ambil ketika melancong di Beijing tahun lepas..




:: Sumber ~  Food.com  ( TQ )

P.F.CHANG'S MONGOLIAN BEEF  

Ingredients
  • teaspoons vegetable oil
  • 1/2 teaspoon ginger, minced
  • tablespoon garlic, chopped
  • 1/2 cup soy sauce _ ( Diana kurangkan sedikit )
  • 1/2 cup water
  • 3/4 cup dark brown sugar _ ( Diana bubuh secukup rasa )
  • vegetable oil, for frying (about 1 cup)
  • lb flank steak
  • 1/4 cup cornstarch
  • large green onions, sliced on the diagonal into one-inch lengths

Directions 
  1. Make the sauce by heating 2 tsp of vegetable oil in a medium saucepan over med/low heat.Don't get the oil too hot.
  2. Add ginger and garlic to the pan and quickly add the soy sauce and water before the garlic scorches.
  3. Dissolve the brown sugar in the sauce, then raise the heat to about medium and boil the sauce for 2-3 minutes or until the sauce thickens.Remove it from the heat.
  4. Slice the flank steak against the grain into 1/4" thick bite-size slices ( Tilt the blade of your knife at about a forty five degree angle to the top of the steak so that you get wider cuts ).
  5. Dip the steak pieces into the cornstarch to apply a very thin dusting to both sides of each piece of beef. Let the beef sit for about 10 minutes so that the cornstarch sticks.
  6. As the beef sits, heat up one cup of oil in a wok ( you may also use a skillet for this step as long as the beef will be mostly covered with oil ).
  7. Heat the oil over medium heat until it's nice and hot, but not smoking.
  8. Add the beef to the oil and sauté for just two minutes, or until the beef just begins to darken on the edges.
  9. You don't need a thorough cooking here since the beef is going to go back on the heat later.
  10. Stir the meat around a little so that it cooks evenly. After a couple minutes, use a large slotted spoon to take the meat out and onto paper towels, then pour the oil out of the wok or skillet.
  11. Put the pan back over the heat, dump the meat back into it and simmer for one minute.
  12. Add the sauce, cook for one minute while stirring, then add all the green onions.Cook for one more minute, then remove the beef and onions with tongs or a slotted spoon to a serving plate.
  13. Leave the excess sauce behind in the pan.


** NOTE ~ Diana juga bubuh 1 biji bawang besar yang dihiris kasar dan sedikit cili kering goreng bagi membangkitkan rasa pedas di dalam menu ini.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Super Moist Dark Chocolate Cake, Lagi Dan Lagi...

Sheery Dream Cakes | 7:55 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sayang.... 

Super Moist Dark Chocolate Cake  ( KLIK UNTUK RESIPI ).... Kek yang sentiasa mendapat permintaan dari anak-anak Diana... Cuma kali ini Diana gabungkan kek ini bersama Nutella cream, Salted caramel dan Chocolate ganache... Sememangnya gabungan yang sangat sedap... Pasti akan ada suapan kedua dan seterusnya... 









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...