Friday, November 27, 2015

~ Crispy Fish Nuggets...

Sheery Dream Cakes | 8:25 AM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seminggu berlalu sudah cuti sekolah hujung tahun ini.. Pasti ibu-ibu seronok melayan permintaan anak-anak tersayang sepanjang cuti sekolah yang panjang ini kan.. Begitu juga Diana sendiri.. Syukur Alhamdulillah.. 

Dapur lebih meriah lagi bila mana segala aktiviti menyediakan persiapan untuk memasak dibuat bersama anak-anak.. Cuma kita hendaklah lebih berhati-hati ketika berada didapur dengan aktiviti memasak bersama anak-anak ya..

Salah satu menu yang boleh kita sediakan bersama anak-anak ialah nuggets.. Kali ini kita tengok pula resipi nugget ikan yang mudah tapi sememangnya kegemaran anak-anak di rumah ni.. Ada orang lebih suka hancurkan isi ikan dan ditambah dengan bahan-bahan lain.. Resipi di bawah ini pula hanya menggunaka isi ikan yang dipotong kecil.. Ianya terpulanglah dengan citarasa masing-masing ya..


CRISPY FISH NUGGETS
  
Bahan-Bahan
  • Beberapa keping ikan tenggiri atau ikan putih
  • Telur _ dipukul ringan
  • Tepung jagung
  • Bread crumbs secukup kegunaan
  • Garam 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara 
  1. Buangkan kulit dan tulang ikan. Potong menjadi ketulan kecil. 
  2. Perasakan ikan dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Perap sekejap.
  3. Ambil kepingan ikan dan saluti dengan tepung jagung. Celup ikan ke dalam telur kemudian saluti dengan bread crumbs.
  4. Goreng ikan di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga masak kekuningan.
  5. Angkat dan hidang bersama mayonis atau sos kegemaran.

** NOTE ~ Anda juga boleh hancurkan isi ikan dan ditambah dengan bahan-bahan lain seperti bawang merah dan bawang putih cincang, sayuran cincang, keju dan lain-lain.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...