Friday, February 17, 2017

~ Mee Basah Ayam...

Sheery Dream Cakes | 3:23 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kembali di entri kedua untuk hari ini. Kali ni Diana hanya kongsikan resipi campak-campak saja. Tiada sukatan tertentu untuk resipi ini ya. Bubuh lah mengikut citarasa masing-masing. 

Mee Basah Ayam ini sesuai dimakan bersama jus limau kasturi. Walau bagaimana pun, ianya terpulang kepada selera masing-masing juga kan. Nak resipinya? Boleh semak di bawah ya.


MEE BASAH AYAM

Bahan-Bahan 
  • Mee kuning
  • Sawi Jepun 
  • Isi ayam _ dipotong kecil
  • Cili merah _ hiris 
  • Telur _ dipukul ringan
  • Bawang putih _ dicincang
  • Limau kasturi
  • Minyak bijan
  • Kicap cair
  • Air secukupnya

Bahan-Bahan A
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Serbuk lada putih
  • Tepung jagung + sedikit air 
  • Kiub ayam Maggi 

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak bijan di dalam kuali. Masukkan mee kuning dan sedikit kicap cair. Goreng di atas api besar sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian masukkan sedikit minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi. 
  3. Masukkan isi ayam dan goreng seketika.
  4. Masukkan air dan bahan-bahan A. Gaul rata. Biarkan ianya mendidih.
  5. Masukkan sawi jepun dan biarkan ianya mendidih seketika. Sesuaikan rasa.
  6. Tutupkan api dan masukkan telur. Kacau dengan cepat.
  7. Hidang bersama mee kuning goreng, cili merah dan jus limau kasturi.










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...