Saturday, March 11, 2017

~ Chapati Pizza...

Sheery Dream Cakes | 9:42 AM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Chapati memang enak dimakan bersama kuah kari. Tetapi Chapati juga sedap dibuat pizza sebab kita akan dapat menikmati pizza crust yang rangup dan mudah untuk disediakan. Pasti ramai yang sudah pernah mencubanya kan?

Baiklah.. hari ini kita tengok cara Diana pula menyediakannya. Resipinya boleh rujuk di bawah ya.


CHAPATI PIZZA
Untuk 6 Chapati Pizza

Bahan-Bahan Untuk Bebola Daging
  • 35 biji bebola daging ( Diana guna Ramly Bebola Daging ) _ dikoyakkan sedikit
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp sos berbeku oriental Life
  • 1 tsp madu
  • 1 tbsp ABC sweet sauce
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • Garam jika perlu
  • Sedikit minyak zaitun
  • Sedikit biji bijan panggang
  • Daun sup hiris
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan yang selebihnya kecuali biji bijan panggang. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan bebola daging dan sedikit air. Gaul dan biarkan bebola daging masak.
  4. Tutupkan api dan angkat. Taburkan biji bijan panggang dan hirisan daun sup di atasnya.
  5. Ketepikan.

Bahan-Bahan Untuk Chapati Pizza
  • 6 keping frozen chapati _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
  • Bebola daging ( rujuk resipinya di atas )
  • Parutan keju cheddar
  • Parutan keju mozarella
  • Keju parmesan
  • Prego tomato sos pasta ( mushroom )
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan bawang merah
  • Hirisan buah tomato

Cara-Cara
  1. Ambil sekeping chapati yang telah dimasak.
  2. Sapukan dengan sedikit sos pasta. taburkan sedikit parutan keju mozarella.
  3. Susunkan beberapa bebola daging, hirisan tomato dan bawang merah di atasnya.
  4. Kemudian taburkan parutan keju mozarella, keju cheddar dan keju parmesan.
  5. Taburkan sedikit daun sup dan buat begini sehingga bahan-bahan habis digunakan.
  6. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15-20 minit atau sehingga pizza keperangan dan keju mencair.
  7. Tutupkan api dan nikmati ketika ianya masih panas.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...