Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Saturday, November 14, 2015

~ Resipi Nasi Beriani Ayam...

Sheery Dream Cakes | 8:59 AM | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Nasi Beriani Ayam atau Daging sememangnya kegemaran Diana.. Diana paling suka makan Nasi Beriani di Batu Pahat, Johor.. Sedap sesangat.. Bila tekak hendak makan Nasi Beriani, terus teringat restoran yang jual nasi beriani tu kat Batu pahat.. Tapi apa kan daya.. Jauhnya tu kena pergi seberang lautan baru dapat merasanya.. Huhuuu..

Nak tak nak kenalah memasak sendiri Nasi Beriani tu.. Rempah Beriani? Yang itu sememangnya masalah sebab tiada stock rempah beriani dari Johor pun di rumah ni.. Yang ada hanyalah Perencah Nasi Beriani Ikan Brand sahaja... Jadilah kan...

Semasa googel resipi Nasi Beriani.. Tergoda dengan resipi nasi Beriani di blog Sweet Brownies .. Apa lagi, masak la untuk menu makan malam kami malam tadi.. Alhamdulillah sedap. Terima kasih kepada tuan punya resipi kerana sudi kongsikan resipinya ya.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya..


:: Resipi Oleh ~ Rahimah Tamin @ Sweet Brownies  ( TQ ) 

AYAM BERIANI
  
Bahan-Bahan
  • Seekor ayam 
  • 2 senduk rempah beriani 
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 senduk tomato puri
  • 1 cawan yogurt 
  • 1/2  cawan minyak
  • 1 1/2 cawan air 
  • 2 senduk cili kering kisar
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 4
  • 1 biji tomato _ dihiris
  • Penumis ( kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih )
  • Air asam jawa
  • 1 sudu kecil gula / madu
  • Sedikit kismis 
  • Garam 
  • Gula 

Bahan Perapan Ayam ( kisar dengan sedikit air )  
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Serai hiris ( bahagian yang putih) 

  • 1 sudu besar serbuk rempah kari  
  • Serbuk lada hitam  
  • Garam 

Bahan-Bahan Kisar
  • 2 biji bawang besar _  potong dadu 
  • 3 biji tomato _ potong dadu 
  • 7 iji cili besar hijau _ dibuang biji dan kerat 3 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia hiris 


Cara Memasaknya
  1. Basuh ayam dengan air asam jawa dan tepung gandum, rendam 20 minit dan toskan.
  2. Gaulkan ayam dengan bahan perapan ayam, serbuk rempah kari, serbuk lada hitam dan garam. ( Diana perap 10 minit ).
  3. Kemudian goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Campurkan rempah beriani bersama bahan-bahan kisar serta susu cair dan gaul rata.
  5. Panaskan 1 cawan minyak, tumiskan bahan penumis 4 sekawan, bancuhan rempah dan bahan kisar tadi, tomato puri, yogurt, sedikit susu cair dan garam. Kacau rata ( kacau selalu sebab takut hangit ). Tumis sehingga garing.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata.
  7. Masukkan bawang besar yang dibelah 4, hirisan tomato serta air asam jawa atau air perahan limau,  1 sudu kecil gula / madu atau secukup rasa, kismis serta 1 1/2 cawan air.
  8. Masak sampai terbit minyak atau kuahnya pekat. Perasakan dengan garam. Sesuaikan rasa.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang. 

** NOTE ~ SETELAH MEMASAK LAUK BOLEHLAH KITA MEMASAK NASINYA YA. 



NASI BERIANI
  
Bahan-Bahan
  • 1 kg beras moghul ( Faiza ) _ basuh bersih dan rendamkan sebelum mula memasak lauk
  • 2 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 inci halia _ dihiris
  • 3 ulas bawang putih _ dihiris
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang 
  • Buah pelaga
  • 1 senduk rempah beriani ( khas untuk nasi ada sebenarnya kat Johor )_ Diana guna Perencah Nasi Beriani Ikan Brand
  • 2 senduk Buttercup/planta  _ Diana gantikan dengan 2 senduk minyak sapi 
  • 1 senduk minyak goreng ayam
  • Segenggam atau 1 kotak kecil kismis 
  • 1/2 cawan susu cair
  • 6 cawan air
  • Tomato _ dihiris ( Diana potong dadu kecil )
  • Daun pandan
  • Seikat daun ketumbar 
  • Bawang goreng
  • Pewarna kuning telur / kaskas ( susah nak cari )
  • Sedikit biji gajus goreng _  Diana tambah 

Cara Memasaknya

  1. Toskan beras dan ketepikan.
  2. Panaskan butter / minyak sapi dan minyak goreng ayam tadi dan masukkan bahan penumis 4 sekawan. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih hiris, kacau hingga bangkit bau.
  4. Masukkan rempah yang dicampur dengan susu cair, daun pandan, kismis dan garam.
  5. Kacau selalu, setelah rempah terbit minyak dan wangi masukkan 6 cawan air.
  6. Setelah mendidih masukkan beras. Tutup periuk dan masak nasi hingga separuh masak atau hampir masak. Angkat.
  7. Salin nasi ke dalam bekas lain.
  8. Guna periuk tadi ( rice cooker ), masukkan separuh nasi yang separuh masak tadi dan ratakan.
  9. Tuangkan sedikit susu cair, titikkan sedikit pewarna kuning, letakkan 4 ketul ayam beriani bersama sedikit kuahnya, separuh hirisan tomato, sedikit biji gajus goreng, hirisan daun ketumbar dan sedikit bawang goreng.
  10. Kemudian, masukkan baki nasi tadi dan ratakan.
  11. Buat langkah seperti No.9.
  12. Akhir  sekali tutup semula periuk dan masak semula sampai nasi masak.
  13. Hidang nasi bersama acar timun mentah, ayam beriani ( resipi di atas ) atau lauk kegemaran masing-masing.


Diana gabungkan nasi beriani ini bersama Ayam Ros pandan, Ayam Beriani dan Acar Timun Mentah. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, October 17, 2014

~ Fried Chicken In Garlic Tomato / Chilli Sauce...

Sheery Dream Cakes | 8:30 AM | | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya selalu.. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung di sini.. Alhamdulillah walaupun hari ni bersiaran tanpa resipi, diberi kesempatan juga Diana untuk kongsikan beberapa gambar menu fried chicken in garlic tomato / chilli sauce untuk pengunjung blog ini.. Kepada yaang sudi, bolehlah tengok gambar-gambar di bawah ya. 









BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 16, 2014

~ Fried Garlic Tomato Chicken...

Sheery Dream Cakes | 7:44 PM | | | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 
Bertemu kembali kita di entri tanpa resipi ini. Hari ni Diana hanya kongsikan gambar fried garlic tomato chicken ni ya.. Diana ikut resipi dari Buku Masakan Yummy Sauces Made Easy .. Memang berbaloi memilikinya.. Sesiapa yang belum memilikinya, bolehlah dapatkannya di kedai buku berhampiran ya…

Dengan resipi Spicy garlic & tomato sauce ini kita boleh pelbagaikannya kepada banyak resipi.. Sos ini sesuai untuk memerap ayam ( goreng atau panggang ) dan untuk sos menu ayam atau ikan dan juga spaghetti.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, September 10, 2014

~ Resipi Ayam Goreng Lada Hitam...

Sheery Dream Cakes | 8:58 AM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pagi ini Diana ingin menjemput anda semua singgah ke dapur Sinar Kehidupanku pula ya... Pelbagai resipi terdapat di sana.. Untuk hari ini Diana ingin kenalkan anda dengan resipi ayam dari Akak Yatie... Ayam Goreng Lada Hitam nama diberi.. Sungguh sedap dimakan bersama nasi... Terima Kasih buat Akak Yatie di atas resipi yang sedap ini... Mudah juga untuk disediakan... Izinkan Diana kongsikannya di sini ya akak... Terima kasih...


:: Resipi Oleh ~  Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku  ( TQ )

AYAM GORENG LADA HITAM

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 sudu besar lada hitam _ kisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*potong serong )
  • Daun sup secukupnya _ hiris halus
  • 2 biji tomato _ belah 4
  • 1 labu bawang besar _ potong bulat

Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Sos
  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 cawan air


Cara-Cara
  1. Ayam di bersihkan, cuci dan toskan. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan sos dan gaul rata.
  4. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan ayam yg digoreng tadi. Gaul rata.
  5. Masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.
  6. Taburkan dengan hirisan daun sup. Sedap dimakan bersama nasi putih panas. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 6, 2014

~ Resipi Satay Ayam & Daging Bersama Kuah Kacang...

Sheery Dream Cakes | 9:47 PM | | | 4 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Malam ini Diana hendak kongsikan resipi Satay yang sangat sedap ditekak kami sekeluarga... Resipi oleh Mas @ Duniaku .. Kepada pengemar satay tu bolehlah mencuba resipi ini ya... Memang sedaaap tau.. Rugi tidak mencubanya... 

Buat Mas.. Terima kasih kerana sudi kongsikan bersama kami resipi Satay yang sedap ini ya .. Izinkan akak pula kongsikannya di blog akak ya..

:: Resipi Oleh ~ Mas @ Duniaku  ( TQ )

SATAY AYAM & DAGING BERSAMA KUAH KACANG

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam _diambil bahagian isi - dipotong kecil-kecil
  • 15 biji bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 2 cm halia
  • 10 - 15 tangkai cili kering _ ikut kepedasan sendiri
  • 10 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan teh gula pasir _ resepi ni memang menggunakan banyak gula
  • 5 sudu besar madu
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih

Cara-Cara
  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu. 
  2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
  3. Tuang madu dan sebatikan lagi. 
  4. Perap 24 jam .
  5. Boleh dicucuk-cucuk pada lidi dan dibakar hingga masak.


Satay yang sudah siap dicucuk Diana masak/ bakar di dalam oven 3/4 masak.. Kemudian Diana pindahkannya ke dalam Grill Pan dan bakar sehingga satay masak di atas api sederhana.. Apabila satay sudah masak.. Bolehlah kita nikmatinya bersama ketupat dan kuah kacang atau biasa juga dipanggil dengan nama kuah satay... Kali ini Diana gantikan kacang tanah kepada kacang gajus... Rasanya sedap berlemak dan pekat dari kuah kacang tanah... Apa-apa pun ianya mengikut selera masing-masing kan... Jom semak resipi kuah kacang pula....

:: Resipi Oleh ~  Kak Fida @ MyResipi.com  ( TQ )
:: Sumber ~  Mas @ Duniaku  ( TQ )

KUAH KACANG / KUAH SATAY 

Bahan-Bahan
  • 300 gm kacang tanah _ sangar dan kisar  ( Diana gantikannya dengan kacang gajus )
  • 100 gm gula pasir
  • 150 gm gula merah
  • 40 gm asam jawa
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 cawan minyak masak _ untuk menumis

Bahan kisar
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu besar ketumbar biji _ sangar
  • 1 sudu kecil jintan kasar _ sangar
  • 1 sudu kecil jintan halus _ sangar
  • 2 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia muda
  • 20 tangkai cili kering
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 batang serai _ hiris
  • 20 gm udang kering _ ( Diana tidak bubuh )

Cara-Cara
  1. Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata.
  3. Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa mengacau.
  4. Selamat mencuba.

** NOTE ~
Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikit-sedikit air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu... Kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Kari Ayam Berkerisik...

Sheery Dream Cakes | 11:05 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Moga hari ini lebih baik dari semalam.. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau anugerahkan ini... Masih berpeluang hidup sehari lagi dan moga diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang... Amin...


Baiklah.. hari ini Diana ingin kongsikan satu resipi yang sedap dari Dapur Tanpa Sempadan .. Memang sedap dimakan bersama nasi panas... Ya Allah, Syukur di atas nikmatMu... Jutaan terima kasih kepada tuan empunya blog DTS.. Siapa lagi kalau bukan Adnan Ibrahim @ Che Mat Gebu kan.... Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi begitu banyak resipi yang sedap-sedap.. Pelbagai resipi menarik dapat dirujuk di DTS... Terima kasih sekali lagi Che Mat... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya Che Mat...


:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

KARI AYAM BERKERISIK 

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam kampung ( berat kurang lebih 1 kg ) _ Diana tidak guna ayam kampung
  • 4 - 5 biji kentang saiz sederhana
  • 1 1/2 camca besar kerisik
  • 5 camca besar rempah kari daging ( Baba's )
  • 2 camca besar cili kisar ( kalau suka pedas, boleh tambah )
  • 1.2 liter santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air panas secukupnya

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan-Bahan Tumis
  • 3 biji bawang merah kecil, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga


Cara-Cara
  1. Ayam dipotong ikut suka, dibersihkan. Kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis, perap 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau rata2 hingga menjadi pes ( tambah sedikit air jika perlu ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayan kecut. Tuang santan cair, kacau dan masak denga api sederhana hingga mendidih dan ayam empuk ( kalau kuah kering, tapi ayam belom empuk, tambah air panas secukupnya ). Masukkan kentang ( toskan ) dan asam gelugor. Terus memasak hingga kentang empuk.
  4. Tuang pati santan, masukkan kerisik dan kacau rata2. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api perlahan dan dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat, pulut kuning, roti atau lempeng.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, April 5, 2014

~ Sticky Caramel Chicken Recipe...

Sheery Dream Cakes | 11:10 AM | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini kita semak resipi ayam pula ya... Resipi ini pasti ramai yang sudah mencubanya.. Kali ini giliran SBK pula kongsikannya... Terima kasih buat tuan punya resipi dan juga kepada yang mengetengahkan resipi ini.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini.. TQ 




STICKY CARAMEL CHICKEN  

:: Resipi Oleh ~ mutiarazura@myresipi.com  ( TQ )
:: Sumber ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  &  Akak Nor @ Secubit Garam  ( TQ ) 

Bahan-Bahan
  • 12 keping kepak ayam ( kalau besar kerat dua ), cuci bersih dan toskan
  • 2 camca besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
  • 1 camca besar cincangan halia
  • 1 camca besar sos ikan
  • 1 camca besar kicap
  • 1 camca besar sos cili
  • 7 - 8 camca besar madu

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. 
  3. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. 
  4. Angkat dan hidangkan.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, March 15, 2013

~ Resipi Ayam Palembang...

Sheery Dream Cakes | 11:56 AM | 11 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini buat entri tertangguh lagi... :). Ayam Palembang ini sudah lama habis.. Baru hari ini berkesempatan update di blog.. Ramai juga yang dah mencubanya kan.. Resipi asal menggunakan daging.. Tapi Diana tukarkan kepada ayam... Terima kasih kepada tuan punya resipi dan kepada semua yang mengetengahkan resipi yang sedap ini... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih... 



AYAM PALEMBANG 

Bahan-Bahan
  • 700 gram daging _ potong lebar dan nipis ( Diana gantikan dengan ayam )
  • 2 batang serai _ dititik
  • 500 ml santan pekat _ ( boleh gantikan dengan kerisik ) _ Diana bubuh kerisik
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang ( Habhals ) _ Diana guna saus manis ABC + Karamel Pekat Klasik Loon Kee
  • Minyak


Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering

Rempah Penumis
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

:: P/S ~ Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>