Showing posts with label Bars I Brownies. Show all posts
Showing posts with label Bars I Brownies. Show all posts

Friday, January 6, 2012

~ Congo Bars Di Majlis Pertunangan Anak Saudara...

Sheery Dream Cakes | 9:25 AM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Ni nak cerita tentang Congo Bars yang Diana buat untuk hantaran pertunangan anak saudara Diana pada 01hb Jan 2012 lepas... Dah banyak kali Diana buat Congo Bars ni.. Ianya memang sedap... Tu yang tak jemu buatnya.. Memang dah ramai dah yang mencuba resipi ni kan... Dah la sedap... Senang pula nak buatnya tu... 


Terima kasih kat tuan empunya resipi dan terima kasih juga kepada Akak Nor... Izinkan Diana kongsikannya kat sini ya.. Untuk kali ni Diana ada juga tukar sedikit bahannya... Halal ya.. Apa kata kita tengok resipinya... 

:: Sumber ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Salin dari Majalah Jelita Keluaran April 2011



CONGO BARS


Bahan-Bahan
  • 220 gm gula perang _ ( Diana guna gula perang yang warnanya gelap sedikit tu )
  • 150 gm mentega
  • 3 biji telur
  • 1 camca teh esen vanila
  • 315 gm tepung serba guna
  • 2 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 gm serpihan coklat
  • Sedikit walnuts yang dicincang kasar _ ( Saja Diana tambah )
  • Kepingan badam secukupnya _ ( Diana tukar kepada ~ Walnuts secukupnya )

Cara-Cara
  1. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  2. Campurkan gula perang bersama mentega di dalam mangkuk besar dan kacau rata ( menggunakan whisk ).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
  4. Kemudian bubuh esen vanila dan gaul.
  5. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
  6. Bubuh serpihan coklat serta walnuts cincang dan gaul rata menggunakan spatula.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak dan berlengser mentega serta d taburkan sedikit tepung.
  8. Ratakan adunan dan susunkan walnuts atau kepingan badam di atasnya.
  9. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.


Congo Bars ni Diana simpan di dalam bekas plastik macam ni sahaja.. Sebenarnya nak beli bekas yang lain.. Tapi sekembalinya Diana dari Sarawak hari tu.. Diana tengok kedai yang menjual bekas tu dah tutup... hanya buka selepas 01hb Jan... Huhuuu... Sedangkan pertunangan tu pada 01hb Jan... Nak tak nak beli saja bekas ni.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, July 23, 2011

~ Oreo Cream Cheese Swirl Brownies Recipe...

Sheery Dream Cakes | 12:50 AM | 29 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Beberapa hari lepas.. ketika Diana Google resipi Oreo Brownies.. Terjumpa la resipi nie di blog Beantown Baker.. Terus tergoda tau.. Hehehehe.. Itu yang buat juga tu hari ini.. Kepada sesiapa yang ingin mencubanya bolehlah tengok resipinya ya..

Pukul krim keju bersama gula aising dan esen vanilla selama 1 minit ( Diana guna electric Mixer ).. Adunan akan jadi seperti gambar d bawahnya tu ya.. Kemudian ketepikan.. Gambar yang sebelahnya tu pula.. Mentega dicairkan di atas api sederhana.. Campurkan gula pasir dan  hendak la sentiasa dikacau dan  biarkan ianya mendidih 1 minit dan sejukkan selama 5 minit.. Ketepikan.

Pukul telur sehingga kembang.. Kemudian tuangkan adunan mentega cair dan gula tadi ke dalam adunan telur.. Pukul sebati. 


Setelah itu... Masukkan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko dan garam.. Gaul rata.. Masukkan biskut Oreo yang telah dicincang ( Diana cincang kasar ) dan gaul rata.. Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang dan ratakan.. Tuang pula adunan krim keju tadi dan ratakan.. Kemudian lapiskan lagi dengan baki adunan tepung tadi.. Ratakan atau dimarblekan dengan pisau.. Lepas tu.. kalau nak taburkan biskut Oreo cincang.. boleh lah ditaburkan sebelum dibakar.. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 23 - 28 minit atau sehingga ianya masak.. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.. Siap!!


:: Resipi oleh ~ Sugar Plum ( TQ )
:: Sumber dari ~ Beantown Baker ( TQ )



OREO CREAM CHEESE SWIRL BROWNIES
Makes 25

Ingredients

  • 1/2 cup unsalted butter
  • 3/4 cup granulated sugar
  • 1 package ( 8 oz ) cream cheese, softened
  • 3/4 cup confectioners' sugar
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 1 cup flour
  • 1/2 cup unsweetened dark cocoa powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 eggs
  • 1 1/3 cups coarsely chopped Oreo cookies ( Diana guna 1 bungkus )

Method
  1. Preheat oven to 350 degrees F. Line an 8 x 8-inch square baking dish with foil; coat foil with cooking spray.
  2. Melt the butter in a small saucepan, over medium heat. Whisk in sugar and bring to a boil, whisking frequently; boil 1 minute. Set aside to cool for 5 minutes.
  3. In a small mixing bowl, using a mixer on medium speed, beat together cream cheese, confectioners' sugar and vanilla extract, until well combined, about 1 minute.
  4. In a medium sized mixing bowl, sift together flour, cocoa powder and salt; whisk until combined. 
  5. In a large mixing bowl, whisk together eggs, until combined. Whisk in melted butter-sugar mixture until well combined. Stir in flour mixture until just combined, followed by Oreo cookies.
  6. Spread half of brownie batter into baking dish, followed by cream cheese layer; dot the top with remaining brownie batter, and spread evenly, as best as you can. 
  7. Run a knife through batter to make "swirls". 
  8. Bake at 350 degrees F, for 23 - 28 minutes.
  9. Cool on a wire rack to room temperature before slicing. Lift foil out of baking dish, and slice. For easier slicing, try freezing the brownies for 30 - 60 minutes.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 31, 2011

~ Double Chocolate Fudge Brownies Lagi...

Sheery Dream Cakes | 12:16 PM | | | 15 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Semalam... langsung tak dapat jenguk dapur ni... Maknanya.. ada ler entri tertangguh lagi.. Huhuuuu... Sebenarnyaaa... Boss kecil tahan tak bagi mummy dia ni online semalam... Heeheee.. 



Petang ni nak pergi kenduri kat rumah jiran.. Jadi awal pagi tadi i sempat ler buat Double Chocolate Fudge Brownies untuk dibawa ke kenduri tu petang nanti.. DCFB ni memang mudah disediakan sebab menggunakan whisk jer.

Resipinya Diana ikut resipi dari buku masakan Chef Agnes Chang . Bagi yang belum memiliki buku tersebut, bolehlah dapatkannya serkarang ya.. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>