Showing posts with label Lobster / Satak. Show all posts
Showing posts with label Lobster / Satak. Show all posts

Monday, May 30, 2011

~ Satak Oh Satak...

Diana @ Melley Mey | 12:24 PM | 5 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Ermmm.. Nie pula entri tertangguh gitu... Dah lama licin satak nie.. Kat sana panggil apa ek satak nie? Kami sekeluarga memang suka makan satak nie.. Tapi yang tak selesanya tiap kali hubby beli satak nie kaaan.. Hubby mesti beli banyak gitu.. uwaaaa... kena masak 2 atau 3 jenis .. Kalau x.. bosan tu makan menu yang sama jer 32 ekor.. Nasib baik cuma 32 ekor kali nie.. kekadang tu lebih 40 ekor.. 




Ermmm... Kalau Diana ler kan.. lebih suka makan satak yang d rebus cicah ngan sambal kicap ngan limau cili padi... Sedaaap!!! heheheh... Jumaat lepas.. hubby beli 32 ekor satak... Memang besar² kesemua satak tu... Isinya pun banyak.. Memang puas makan.. :). Diana masak Kari dan Satak Masak Sos Cili Thai.. Cuma kali nie ada sedikit olahan kat resipi nie.. Selebihnya makan yang berebus tu jer... Mari tengok resipinya..

~ Satak Masak Sos Cili Thai...


Bhn²
15 ekor satak yang telah d rebus _ d belah sedikit d hujung ekor dan kepalanya / boleh juga d belah 2
1 1/2 botol sos cili thai Kimball
1/2 botol besar sos cili maggi
1/4 cawan air limau kasturi
15 ulas bawang merah _ d cincang
10 ulas bawang putih _ d cincang
2 inci halia _ d cincang
1 biji cili merah _ d cincang
1 tbsp kicap cair
Garam secukup rasa
Gula jika perlu 
Air secukup kegunaan
Minyak untuk menumis


Cara²
  1. Panaskan minyak d dalam kuali.. Masukkan bahan² yang d cincang dan tumis sehingga terbit aromanya.
  2. Kemudian masukkan kesemua lebihan bahan² kecuali satak rebus. 
  3. Setelah mendidih bolehlah d masukkan satak dan gaul rata.
  4. Sesuaikan rasa dan angkat.
  5. Hidang.

❀  ❀  




Selain tu... i masak juga Kari Satak.. Yang nie memang i yang suka makan selain makan yang rebus tu... Hehhee.. I suka sangat yang d masak kari nie.. Tapi hubby dan anak² suka yang masak cili thai tu.. Selera masing² kan .. :) Jom tengok pula resipi Satak Masak Kari nie..

~ Kari Satak...

Bhn²
10 ekor satak yang d rebus _ d belah sedikit d hujung ekor dan kepalanya / boleh juga d belah 2
6 tbsp serbuk kari daging Baba's ( boleh guna yang kari untuk makanan laut yer ) + sedikit air panas
3 keping asam keping ( mengikut citarasa masing² )
3 batang serai _ d titik
3 tangkai daun kari
1 tsp jintan manis
1 tsp perencah pati ikan bilis
1 tbsp kicap cair
Minyak untuk menumis
Santan dan air secukupnya

Bhn² Tumbuk
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia 
Kunyit hidup sebesar ibu jari 
Segenggam udang kering _ d rendam dlm air panas dan toskan

Cara²
  1. Panaskan minyak... tumis bhn² tumbuk dan jintan manis.. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan serai dan 2 tangkai daun kari.. Tumis seketika lagi.
  3. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari dan sedikit gula. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan santan secukup keperluan.. Bubuh kicap cair, perencah pati ikan bilis dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan satak dan 1 tangkai daun kari... biarkan kuahnya mendidih.
  6. Tutupkan api dan hidang dengan nasi putih panas.
::  Masa tu masak juga sayur labu nie... ::


Baca Selanjutnya / Read More...

Friday, January 14, 2011

~ Sambal Kering Satak / Lobster...

Diana @ Melley Mey | 9:43 PM | 4 Comments so far

Bhn²
Satak / Lobsters
Bwg merah_d tumbuk
Bwg putih_d tumbuk
Halia_d tumbuk
Sedikit sos cili
Cili boh
Garam
Sedikit gula
Minyak zaitun untuk menumis / minyak masakan yg lain pun boleh yer

Cara²
  1. Bersihkan satak / lobsters. Rebus / kukus ( d campur sedikit garam ) / goreng hingga masak .
  2. Ambil isinya sahaja dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak zaitun... tumis bwg merah, bwg putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan cili boh dan sos cili.
  5. Tambahkan gula dan garam.
  6. Masukkan isi satak tadi dan masak hingga sedikit garing.
  7. Angkat dan hidang.. 


::  Nie ler satak / udang ketak yang belum d rebus / goreng  ::

::  Selepas d rebus boleh gak makan dengan cicah sos cili thai + air limau kasturi + cili padi + kicap  ::

Baca Selanjutnya / Read More...

~ Satak / Lobster Masak Sos Cili Thai...

Diana @ Melley Mey | 9:22 PM | Be the first to comment!



Bhn²

Satak / Lobsters
Bwg merah_d cincang halus
Bwg putih_d cincang halus
Halia_d cincang halus
Limau kasturi
Sos cili thai Kimball
Sedikit sos cili
Garam
Sedikit gula
Minyak zaitun untuk menumis / minyak masakan yg lain pun boleh yer

Cara²

  1. Bersihkan satak / lobsters. Rebus / kukus / goreng hingga masak ( i rebus jer )_kalu merebus.. pastikan d campur dgn sedikit garam yer...
  2. Belah satak / lobsters kpd 2 _ ketepikan
  3. Panaskan minyak zaitun... tumis bwg merah, bwg putih dan halia hingga naik baunya.
  4. Masukkan sos cili thai dan sos cili.
  5. Tambahkan gula, garam dan perahkan air limau kasturi. Gaul rata dan tambahkan sedikit air... biarkan mendidih.
  6. Masukkan satak / lobsters yg telah masak tadi. Gaul dan biarkan seketika.
  7. Angkat dan hidang.

Baca Selanjutnya / Read More...