Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Friday, November 27, 2015

~ Crispy Fish Nuggets Recipe...

Sheery Dream Cakes | 8:25 AM | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seminggu berlalu sudah cuti sekolah hujung tahun ini.. Pasti ibu-ibu seronok melayan permintaan anak-anak tersayang sepanjang cuti sekolah yang panjang ini kan.. Begitu juga Diana sendiri.. Syukur Alhamdulillah.. 

Dapur lebih meriah lagi bila mana segala aktiviti menyediakan persiapan untuk memasak dibuat bersama anak-anak.. Cuma kita hendaklah lebih berhati-hati ketika berada didapur dengan aktiviti memasak bersama anak-anak ya..

Salah satu menu yang boleh kita sediakan bersama anak-anak ialah nuggets.. Kali ini kita tengok pula resipi nugget ikan yang mudah tapi sememangnya kegemaran anak-anak di rumah ni.. Ada orang lebih suka hancurkan isi ikan dan ditambah dengan bahan-bahan lain.. Resipi di bawah ini pula hanya menggunaka isi ikan yang dipotong kecil.. Ianya terpulanglah dengan citarasa masing-masing ya..


CRISPY FISH NUGGETS
  
Bahan-Bahan
  • Beberapa keping ikan tenggiri atau ikan putih
  • Telur _ dipukul ringan
  • Tepung jagung
  • Bread crumbs secukup kegunaan
  • Garam 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara 
  1. Buangkan kulit dan tulang ikan. Potong menjadi ketulan kecil. 
  2. Perasakan ikan dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Perap sekejap.
  3. Ambil kepingan ikan dan saluti dengan tepung jagung. Celup ikan ke dalam telur kemudian saluti dengan bread crumbs.
  4. Goreng ikan di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga masak kekuningan.
  5. Angkat dan hidang bersama mayonis atau sos kegemaran.

** NOTE ~ Anda juga boleh hancurkan isi ikan dan ditambah dengan bahan-bahan lain seperti bawang merah dan bawang putih cincang, sayuran cincang, keju dan lain-lain.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 17, 2015

~ Resipi Asam Pedas Ikan Putih...

Sheery Dream Cakes | 8:52 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Asam Pedas Ikan Putih menu kami sekeluarga kelmarin ni Diana masak dengan ringkas sahaja.. Masak dengan bahan yang ada dalam peti ais tu.. Jadilah kan? Alhamdulillah.. Syukur di atas segala rezekiNya..

Jom tengok resipinya...


ASAM PEDAS IKAN PUTIH
  
Bahan-Bahan
  • 4 keping ikan putih _ dibersihkan
  • 1/2 kuntum bunga kantan _ dibelah 2
  • 1 tin nenas dalam tin atau boleh guna 1/4 biji nanas, dipotong kecil
  • 2 batang serai _ dititik
  • 10 tangkai cili kering _ buang bijinya, potong kecil dan rebus hingga lembut kemudian kisar halus
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika suka
  • Sos ikan _ ( optional )

Bahan-Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup 

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak dan garing.
  2. Kemudian masukkan serai dan tumis seketika.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Renih hingga mendidih.
  5. Masukkan garam, gula, sos ikan, nanas dan bunga kantan. Gaul dan biarkan ianya mendidih. Masukkan ikan.
  6. Renih hingga ikan masak. 
  7. Angkat dan hidang bersama nasi putih. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, October 27, 2015

~ Resipi Sambal Sardin Bersama Timun...

Sheery Dream Cakes | 2:55 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan salam Sejahtera... 

Memang tidak dinafikan Sardin merupakan menu kegemaran ramai orang... Termasuk juga lah Diana sendiri.. Ianya sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.. Boleh bertambah-tambah dibuatnya..

Entri kali ini Diana ingin kongsikan resipi Sambal Sardin bersama timun... Jom semak resipinya di bawah...


SAMBAL SARDIN BERSAMA TIMUN
  
Bahan-Bahan
  • 1 tin sardin Ayam Brand ( Ikan Mackerel dalam sos tomato )
  • 1 biji timun _ buangkan tengahnya dan hiris
  • 3 biji bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 biji cili merah _ buangkan biji dan dicincang
  • Capsicum hijau _ dipotong dadu kecil
  • 7-10 tangkai cili kering _ buangkan biji dan rebus hingga lembut. Kemudian kisar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Asingkan ikan sardin dengan sos tomatonya. Buangkan tulangnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan cili kering kisar hingga masak dan garing.
  3. Masukkan bahan yang dihiris dan dicincang serta capsicum hijau. Tambahkan juga sedikit gula. Tumis hingga wangi. Angkat bahan yang ditumis tadi dan ketepikan ( tinggalkan bahan yang ditumis tadi sedikit di dalam periuk ).
  4. Masukkan sos tomato sardin dan tumis lagi hingga sedikit kering ( bergantung kepada citarasa masing-masing ).
  5. Tambahkan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Masukkan ikan sardin dan gaul. Masak seketika.
  7. Masukkan hirisan timun dan gaul rata.
  8. Masukkan bahan yang ditumis tadi dan gaul rata hingga semua bahan mesra.
  9. Tutupkan api dan hidang bersama nasi putih.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, October 9, 2015

~ Resipi Pais Ikan...

Sheery Dream Cakes | 9:49 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran bersama resipi Pais Ikan.. Resipi olahan dari resipi Pais Ayam Temasik.. Teringin hendak mencuba ikan pula.. Alhamdulillah sedap..

Kepada tuan empunya resipi Pais Ayam Temasek .. Izinkan dan halalkan Diana olah resipi ini ya.. Terima kasih..

Jom tengok resipi Pais Ikan ini..


:: Olahan dari resipi ~ Pais Ayam temasek 
:: Resipi Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen 

PAIS IKAN
  
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan bersaiz besar _ dibersihkan 
  • 1 helai daun kunyit _ dihiris halus
  • 2 helai daun kunyit _ disiat
  • 2 helai daun limau purut _ disiat
  • 150 ml santan dalam kotak
  • Cili merah _ dihiris
  • Serbuk cili
  • Gula melaka secukup rasa
  • Pes asam jawa + sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Perencah pati ayam Tumix
  • Daun pisang secukup kegunaan

Bahan-Bahan Kisar ( Diana kisar guna Food Processor )
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 8 biji buah keras 
  • 40 gm halia
  • 40 gm lengkuas
  • 25 gm kunyit hidup 
  • 4 batang serai
  • Cili padi
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-Cara
  1. Ambil sedikit bahan kisar dan lumurkan pada seluruh ikan. Perap. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama serbuk cili hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu. 
  3. Masukkan daun limau purut, daun kunyit yang di siat, jus asam jawa, santan, gula melaka dan kacau rata. Masak sekejap. Tambah garam dan perasa / perencah pati ayam secukupnya.
  4. Masukkan ikan dan gaul rata. Masak hingga pekat dan hampir kering. 
  5. Sediakan daun pisang, letak ikan tadi dan tabur dengan hirisan daun kunyit serta hirisan cili merah. 
  6. Bungkus dan semat dengan lidi.
  7. Bakar dalam oven 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan, suhu sekitar 190°C.
  8. Hidangkan panas bersama nasi. 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, June 25, 2014

~ Masak Lemak Daging Salai & Ikan Sembilang Salai...

Sheery Dream Cakes | 10:01 AM | | 7 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Sekali lagi tiada resipi yang hendak dikongsikan bersama... Semua orang pun tahu macam mana hendak memasak menu ini kan.. Mudah dan sedap!!! Minggu lepas Diana pergi ke KL dan inilah salah satu yang dibawa dari sana... Daging Salai dan Ikan Sembilang Salai pemberian adik akak sayang Emma.... Terima kasih buat Emma kerana susah payah bawakan akak daging dan ikan sembilang salai ni... Juga buah tangan yang lain lagi... Semuanya sedaaapp!! 


Ini lah juga buat pertama kalinya Diana masak Ikan Sembilang.. Masak versi kegemaran Diana yang tidak suka tumbuk bahan tumbuk tu terlalu lumat... Pernah sekali dulu makan ikan sembilang yang dimasak oleh orang lain.. Tapi dah lama dah... Seingat Diana masa itu masih lagi Diana sekolah rendah... Suami memang tidak pernah makan ikan sembilang.. Inilah pertama kalinya dia makan... Sedaap katanya... Di Labuan ini rasanya tidak ada orang jual ikan sembilang salai.. Ikan sembilang pun jarang nampak.. Hehehee... Mungkin orang lain selalu nampak.. Diana sahaja yang tidak jumpa... Hihiiiihii... Kalau jumpa ikan ini nanti.. Lain kali nak masak lagi... :)




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, March 20, 2014

~ Roti & Salad Udang...

Sheery Dream Cakes | 7:48 AM | | 3 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Tidak ada apa yang hendak diceritakan hanya sekadar kongsikan resipi sarapan yang Diana buat beberapa hari lepas.. Biarlah gambar menceritakan segalanya .. Jangan lupa semak resipinya juga tau... :)


:: Sumber ~ Kitchen Konfidence  ( TQ ) 
:: Adapted from Williams-Sonoma.

PANETTONE FRENCH TOAST  


Ingredients
  • 1 lb panettone ( about ½ a loaf ) _ Diana guna roti biasa sahaja
  • 3 eggs
  • 1 cup milk
  • Zest of 1 orange
  • ½ cup freshly squeezed orange juice
  • 3 tablespoons sugar
  • ¼ teaspoon ground cinnamon
  • Freshly grated nutmeg, to taste
  • Unsalted butter, room temperature
  • Powdered sugar, for dusting
  • Warm maple syrup, for drizzling 

Method 
  1. Cut the panettone into 5 thick, vertical slices.  Discard any ends pieces.  
  2. Cut the remaining slices in half lengthwise.
  3. In a medium bowl, whisk the eggs lightly to break up the yolk.  
  4. Add milk, orange zest, orange juice, sugar, cinnamon and nutmeg, whisking to combine. Pour the egg mixture into a large, shallow baking dish.
  5. Heat an electric griddle or large frying over medium heat.  Slice a small pat of butter onto the griddle.  Using a paper towel, spread the butter evenly over the surface.
  6. Place a few slices of bread into the egg mixture.  Let the bread soak for about 10 seconds and then flip.  Once the second side has soaked for 10 seconds, carefully lift the bread from the mixture and let any excess egg drip off.  
  7. Place the slices on the heated griddle and cook, turning once, until golden brown on both sides ( about 4 – 5 minutes per side ).  
  8. Using a spatula, transfer cooked slices to a 200°F oven.*  This will keep your finished French toast warm while other slices are cooking. 
  9. Divide French toast between 4 plates, top each serving with a dusting of powdered sugar and drizzle of warm maple syrup.

Serves 4.



Diana gabungkannya bersama Salad Udang... Terpulanglah kepada selera masing-masing ya.. Roti ini boleh dimakan bersama makanan pilihan anda... Juga boleh dimakan sejuk atau panas.. Diana suka makan ketika roti dan salad udang ini setelah ianya disimpan didalam peti ais.. Hehhehee... Orang lain lebih suka makan roti ini ketika ianya panas-panas lagi kan... Ianya terpulang kepada selera anda sendiri ya.. 
Jika hendak mencuba Salad Udang ini.. Boleh klik di SINI untuk resipinya atau boleh rujuk di bawah...

:: Resipi Oleh ~ SheeryDreamCakes @ skybluemelleymey


SALAD UDANG  

Bahan-Bahan
  • 200 gm udang _ dikupas dan bersihkan _ cincang halus
  • 1/2 tbsp minyak zaitun
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1/4 biji bawang besar _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 tangkai daun bawang _ dicincang
  • 2 tsp jus limau kasturi
  • 5 tbsp mayonis
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Masukkan serbuk cili, serbuk lada hitam, garam dan udang. Masak selama 2 - 3 minit di atas api kuat.
  3. Masukkan daun bawang cincang dan gaul rata. Tutupkan api dan angkat.
  4. Campurkan mayonis, susu pekat manis dan jus limau kasturi.
  5. Gaul sebati dan jika suka boleh d sejukkan di dalam peti ais.
  6. Makan bersama Yorkshire Puddings atau roti.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, January 11, 2013

~ Honey Prawns...

Sheery Dream Cakes | 9:15 PM | | | 7 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Dalam entri kali ini tiada resipi untuk dikongsikan.. Hanya mahu berkongsikan beberapa gambar Honey Prawns sahaja.. Udang ini boleh juga dimakan bersama sos cili jika tidak mahu bubuh madu.. Anak-anak Diana suka makan udang ini tanpa madu.. Hanya cicah sos cili sahaja..Resipi dari dari Buku Masakan Prawns, 50 fabulous recipes ini memang menepati citarasa kami sekeluarga. Jika anda belum memiliki buku masakan ini, apa kata anda dapatkannya di kedai buku yang berdekatan. Memang berbaloi memilikinya. Jom cuci mata lagi dengan gambar-gambar di bawah..




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, April 8, 2012

~ Udang Panggang Bersama Salsa...

Sheery Dream Cakes | 8:43 PM | | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Sekarang ni hujan dah mula lebat.. dan line tenet ni pun dah mula slow dah ni... Huhuuu.. Jadi sebelum keadaan lebih tak mengizinkan Diana terus online... Diana ambil kesempatan ni untuk update 1 lagi entri... Ni pun entri tertangguh ni sebenarnya... 

Udang Panggang Bersama Salsa ni memang kegemaran Diana.. Diana suka gandingkannya dengan Sky Blue Lemonade perisa Lemon. Memang best sangat... Hehheee... Tu kalau ikut tekak Diana lah ya.. Orang lain tak tau pula :).. Lain orang lain pula citarasanya eh... 

Eh! Panjang pula ceritanya kan... Sedangkan guruh dah berdendang-dendang tu.. Kilat pun dah beri amarannya dah... Baik lah.. Kita semak dulu resipi kali ni ya..



UDANG PANGGANG

Bahan-Bahan
  • 400 gm udang bersaiz besar _ dikupas kulitnya dan tinggalkan ekornya
  • 1/2 tsp serbuk cili 
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp rempah kari _ ( Diana guna rempah kari ayam dan daging Baba's )
  • 1/4 tsp serbuk jintan manis
  • 1/4 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk ketumbar
  • 2 tsp daun basil kering 
  • 1 tbsp mentega cair

Bahan-Bahan B
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1/2 tsp rempah kari
  • 1 tsp daun basil kering

Cara-Cara
  1. Toskan dan lap kering udang dan campurkan kesemua bahan-bahan A. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan B dan gaul sehingga bahan bersalut dengan udang.
  3. Perap selama 30 minit ( sementara tu boleh sediakan salsa ).
  4. Setelah itu bolehlah dipanggang hingga udang masak.
  5. Makan bersama salsa ( rujuk di bawah untuk resipinya ).




SALSA

Bahan-Bahan
  • 1/2 biji nenas bersaiz sederhana _ dikupas kulit dan dipotong kecil
  • 1 biji timun jepun _ dikupas kulit, buangkan tengahnya / bijinya dan dipotong kecil
  • 4 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong kecil
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 tbsp jus lemon ( boleh guna jus limau nipis jika tak suka jus lemon )
  • 2 tbsp minyak zaitun
  • 1 tangkai daun bawang _ dihiris
  • 1 tangkai daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula 

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  2. Sesuaikan rasa dan hidang bersama udang panggang.
  3. Boleh simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu jika suka ( Diana lebih suka simpan dulu salsa ni di dalam peti sejuk sebelum dihidang ).




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>