Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

~ Sarapan Ringkas Ku...






Assalamualaikum dan Salam Sayang... Tidak ada apa yang hendak diceritakan hanya sekadar kongsikan resipi sarapan yang Diana buat beberapa hari lepas.. Biarlah gambar menceritakan segalanya .. Jangan lupa semak resipinya juga tau... :)




~ Panettone French Toast
:: Sumber ~ Kitchen Konfidence  ( TQ ) 
:: Adapted from Williams-Sonoma.

Ingredients

  • 1 lb panettone ( about ½ a loaf ) _ Diana guna roti biasa sahaja
  • 3 eggs
  • 1 cup milk
  • Zest of 1 orange
  • ½ cup freshly squeezed orange juice
  • 3 tablespoons sugar
  • ¼ teaspoon ground cinnamon
  • Freshly grated nutmeg, to taste
  • Unsalted butter, room temperature
  • Powdered sugar, for dusting
  • Warm maple syrup, for drizzling 






Method 
  1. Cut the panettone into 5 thick, vertical slices.  Discard any ends pieces.  
  2. Cut the remaining slices in half lengthwise.
  3. In a medium bowl, whisk the eggs lightly to break up the yolk.  
  4. Add milk, orange zest, orange juice, sugar, cinnamon and nutmeg, whisking to combine. Pour the egg mixture into a large, shallow baking dish.
  5. Heat an electric griddle or large frying over medium heat.  Slice a small pat of butter onto the griddle.  Using a paper towel, spread the butter evenly over the surface.
  6. Place a few slices of bread into the egg mixture.  Let the bread soak for about 10 seconds and then flip.  Once the second side has soaked for 10 seconds, carefully lift the bread from the mixture and let any excess egg drip off.  
  7. Place the slices on the heated griddle and cook, turning once, until golden brown on both sides ( about 4 – 5 minutes per side ).  
  8. Using a spatula, transfer cooked slices to a 200°F oven.*  This will keep your finished French toast warm while other slices are cooking. 
  9. Divide French toast between 4 plates, top each serving with a dusting of powdered sugar and drizzle of warm maple syrup.

Serves 4.



Diana gabungkannya bersama Salad Udang ... Terpulanglah kepada selera masing-masing ya.. Roti ini boleh dimakan bersama makanan pilihan anda... Juga boleh dimakan sejuk atau panas.. Diana suka makan ketika roti dan salad udang ini setelah ianya disimpan didalam peti ais.. Hehhehee... Orang lain lebih suka makan roti ini ketika ianya panas-panas lagi kan... Ianya terpulang kepada selera anda sendiri ya.. 

Jika hendak mencuba Salad Udang ini.. Boleh klik di SINI untuk resipinya ya...










Baca Selanjutnya / Read More...

Tuesday, February 26, 2013

Salad Epal Dan Walnut...


Assalamualaikum dan Salam penuh kerinduan kepada semua pengunjung SBK... Ermm.. Lamanya SBK sepi dari entri terbaru kan.. Diana mohon ampun dan maaf kerana lama tidak bersiaran.. Sebenarnya Diana kurang sihat sejak sebelum CNY hari tu lagi... Itu yang menyepi seketika tu.. Baiklah.. Untuk entri kali ini Diana hanya ingin kongsikan resipi yang mudah sahaja.. Jom tengok resipinya..


Bahan² 
1/2 cawan walnut panggang _ dicincang
1 biji epal _ dihiris nipis
Sedikit lettuce
Sedikit kismis
Sedikit daun basil kering
1 biji lemon
1/2 tbsp madu
1/4 cawan minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa

Cara² 
  1. Masukkan walnut, epal, lettuce dan kismis ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Parutkan kulit lemon dan perahkan jusnya.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian dan campurkan madu, minyak zaitun, daun basil kering, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Gaul sebati dan sesuaikan rasa. 
  5. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi walnut, epal, lettuce dan kismis tadi.
  6. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.






Baca Selanjutnya / Read More...

Friday, February 24, 2012

~ Salad Ayam...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Dalam minggu nie sebenarnya Diana agak sibuk sedikit... Alhamdulillah.. Sibuk tu rezeki namanya kan.. :). Segala urusan dah  hampir selesai.. Maka hari nie boleh ler online sekejap.. 


Baik ler.. Untuk kali nie Diana nak kongsikan resipi ulangtayang sebenarnya... Dulu pernah dah Diana kongsikannya kat sini.. Cuma masa tu resipinya Diana hanya berikan resipi campak² gitu... Salad Ayam nie kegemaran Diana dan hubby juga daughter... Oleh kerana beberapa hari nie agak sibuk... Maka masak pun yang mudah² jer... Nak sediakannya pun tak susah.. Namun.. kalau ikut tekak Diana memang sedap.. Tapi ikut tekak orang lain pastinya berbezakan.. ;). Walau apa² pun.. Diana kongsikan juga resipinya sekali lagi kat sini yer.. 



Bahan² A
500 gm isi ayam _  dipotong kecil ( Diana guna peha ayam yang telah dibuangkan kulit dan tulangnya )
2 tbsp tepung jagung
1 biji kuning telur
1 tsp serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa


Bahan² B
1/2 biji bawang bombay _ dihiris halus
2 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong 12 
1 batang serai _ dihiris halus ( ambil bahagian yang putih sahaja )
1 biji cili merah _ buangkan bijinya dan dihiris halus
1 - 2 biji cili padi _ dihiris ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )
2 tangkai daun sup atau daun ketumbar _ dihiris halus
3 tbsp jus limau kasturi
2 1/2 tbsp sos cili Maggi
1 tbsp sos tomato


Bahan² lain
Daun salad
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa




Cara²
  1. Campurkan kesemua bahan² A dan gaul rata. 
  2. Perap selama 30 minit - 1 jam ( Diana perap selama 1 jam ).
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak.
  4. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  5. Kemudian satukan kesemua bahan² B di dalam mangkuk besar.
  6. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidang bersama daun salad.

::  Nak tengok versi lepas klik kat → SINI dan untuk versi 2 klik kat → SINI  ::




Baca Selanjutnya / Read More...

Thursday, November 24, 2011

~ Ayam Mayonis...


Assalamualaikum dan bertemu kembali... Baik ler.. Seperti yang Diana janjikan tadi.. Ada beberapa entri yang Diana ingin kongsikan malam nie kan.. Resipi pertama tadi.. Ayam Mentega.. Resipi kedua pula.. Ayam Mayonis nie.. Dulu pun Diana pernah juga kongsikannya kat sini.. Nak tengok versi lepas klik kat  SINI yer... Ayam Mayonis nie fav Irfan sebenarnya.. Ayam nie selepas d goreng pun sedap d ratah macam tu jer.. Kalau Irfan memang suka sangat makan macam tu kekadang.. Ok ler.. Terus jer kita tengok resipinya yer.. Hehehee.. Nak cepat nie.. :D

::  Oren tu hendak ler d ambil jus dan isinya sahaja yer  ::

::  Ayam goreng d satukan bersama bahan² A dan gaul rata.. Hidang.. Mudahkan ^__^  ::


Bhn²
250 gm dada ayam _ d potong kecil
Tepung jagung secukup kegunaan
Dau sup / daun ketumbar _ d cincang
Minyak untuk menggoreng

Bhn² Perap
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp gula
Garam secukup rasa
1/4 tsp serbuk pati ayam Tumix
1 ulas bawang putih _ d tumbuk
1 biji telur bersaiz kecil
1 1/2 tbsp tepung kastard

Bhn² A
1 biji oren _ d kupas dan d ambil isinya sahaja ( d potong kecil )
4 tbsp jus oren
1 tbsp susu pekat
4 tbsp mayonis
1 biji limau kasturi _ ambil airnya sahaja
Secubit garam

Cara²
  1. Gaulkan ayam bersama bhn² perap dan gaul rata.. Perap selama 1 jam.
  2. Saluti ayam bersama tepung jagung dan goreng ayam sehingga masak kekuningan.. Angkat dan ketepikan.
  3. Satukan kesemua bhn² A bersama ayam goreng d dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
  4. Sedia untuk d hidang.. Atau.. Simpan terlebih dahulu d dalam peti sejuk sebelum d hidang.. Terpulang kepada selera masing² yer.
  5. Tabur dengan daun sup / daun ketumbar cincang semasa menghidang.



Baca Selanjutnya / Read More...

Friday, April 22, 2011

~ Salad Ayam Versi 2... Entri Terakhir Minggu Nie...


Bertemu lagi d entri terakhir untuk minggu nie... Berjumpa kembali d minggu hadapan yer... Insyaallah... Baik ler... tak nak banyak cakap ler kan... jom terus lihat apa kelainannya resipi salad ayam versi 2 dengan Resipi Yang Lepas yer...


Bhn²
5 ketul peha ayam _ d buangkan kulit dan tulangnya
1 biji timun _ d kupas kulitnya dan d hiris nipis
2 - 3 biji bawang besar _ d hiris halus
2 biji bawang merah _ d hiris
2 biji cili merah _ d hiris halus
2 tangkai daun sup _ d cincang
Air sejuk dari peti ais
Cili padi


Bhn² Perap
1 tsp garam
1 tsp perencah pati ayam Tumix
1 tsp seasoning Maggi
1 tsp gula
1/3 tsp serbuk lada hitam


Bhn² A
7 tbsp Thai sweet chili sauce
2 tbsp sos cili Thai Kimball
3 tbsp jus limau nipis
2 tsp jus limau kasturi
Garam
Gula


Cara²
  1. Perap ayam bersama bhn² perap selama 3 jam.
  2. Kemudian masukkan ayam bersama air melebihi paras ayam dan rebus sehingga ayam empuk.
  3. Angkat ayam dan masukkan ayam ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk dari peti ais. Biarkan selama 5 minit.
  4. Toskan ayam dan hiris kepada kepingan kecil. 
  5. D dalam mangkuk yang besar... masukkan ayam, timun, cili merah, bawang merah, bawang besar, daun sup, bhn² A dan cili padi ( pilihan ).
  6. Gaul rata dan sesuaikan rasa. 
  7. Hidang. 
  8. Kalau tak suka bubuh jus limau nipis.. boleh jer d tukar kepada jus limau kasturi... dan mungkin resipi nie agak banyak yer... :)
::  Menu kat belakang tu nanti ler i update yer...  Selamat malam semua.. Sampai jumpa lagi  ::


Baca Selanjutnya / Read More...

Tuesday, February 8, 2011

~ Ayam Dalam Sos Plum Dan Fruit Jam...


( Nie resipi asal dari buku yer.. I masak cam biasa ler kan.. Ikut bhn² jer tp sukatan main campak² jer.. Hehehee )


Bhn²

2 ketul peha ayam ( buang tulangnya)_ I guna dada ayam.. Lagi senang..;)

Bhn Salad
1 biji mango bersama kulitnya _ d hiris nipis. 
Cili merah _ d hiris nipis
Bawang besar _ d hiris nipis
Bawang merah besar _ d hiris nipis
1 biji timun _ d hiris nipis bersama kulitnya
1 biji apple ( boleh guna hijau ataupun merah ) _ d hiris nipis


** Campurkan kesemua bahan dan rendam d dlm air sejuk dan garam.. Setelah bhn² hiris lembut, toskan airnya dan campurkan dengann bhn sos salad _ ketepikan.

Bhn Perap
1 tbsp sos tiram
1 tbsp tepung custard
Minyak bijan
Garam
Serbuk lada hitam
1 biji telur

Bhn Sos
Bwg merah _ d cincang
Bwg putih _ d cincang
2 tbsp sos plum
2 tbsp fruit jam
2 tbsp air limau kasturi
1 tsp Minyak bijan
Cili merah _ d cincang
Sedikit biji bijan 
Cili padi _ d cincang ( tak nak letak pun tak per ) 

Bhn Asas Tepung
2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung ubi
2 tbsp tepung beras
1 tsp baking powder
Air secukupnya

Bhn Sos Salad
Tomato sos
Thai Cili sos
Cili sos
Gula
Air limau kasturi

Cara²

  1. Perap ayam bersama bhn perap selama 2 jam atau lebih.
  2. Gaul ayam bersama adunan tepung dan goreng hingga masak kekuningan _ angkat dan toskan. Potong kecil² dan susun d atas piring. 
  3. Tumis bwg merah, bwg putih dan cili merah hingga naik wanginya.
  4. Masukkan kesemua bhn sos.. biarkan mendidih dan sedikit pekat.
  5. Susun salad d tepi ayam yg telah d susun tadi.
  6. Tuang sos d atas ayam. 
  7. Hidang.

Baca Selanjutnya / Read More...

Wednesday, January 12, 2011

~ Salad Ayam...


::  Biji limau kasturi sepatutnya hendak ler d buang yer.. Nie tak buang masa tu.. Huhu :D ::


Bhn² A
Ayam_d potong kecil²
Tepung jagung
Telur
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak tuk menggoreng

Bhn² Salad

Bawang merah besar_d hiris
Tomato _d buang biji n d potong kecil²

Serai_d hiris nipis
Lada merah_d buang bijinya n hiris nipis
Daun sup_d cincang
Cili padi_d cincang ( sekiranya nak pedas ler yer.. i x letak cili padi.. )
Limau kasturi
Sos cili
Sos tomato
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara²

  1. Satukan bhn² A kecuali minyak n perap selama 30 minit.
  2. Goreng ayam n toskan_ketepikan.
  3. Untuk salad pula... Satukan kesemua bhn salad n gaul rata.
  4. Masukkan ayam n gaul rata.
  5. Hidang.

Baca Selanjutnya / Read More...

Tuesday, January 11, 2011

~ Salad Buah²an...


* Buah²an boleh ikut kesukaan masing²... I guna..

Apple Merah_ d di buang biji n potong kecil² / dadu.
Apple Hijau ( sekiranya suka )_d buang biji n potong keci²l / dadu.
Anggur_ potong kecil² n buang bijinya atau boleh guna anggur yg x der biji.
Buah longan dlm tin_ buang airnya n toskan.
Kismis hitam
Kismis kuning (sultanah )
Nata De Coco_buang airnya n toskan
Mayonis secukupnya
Susu pekat secukup rasa

Cara2
  1. Satukan kesemua buah²an n nata de coco ke dlm mangkuk besar.
  2. Masukkan mayonis n susu pekat. Gaul bahan tersebut sehingga sebati. Rasa mengikut kegemaran masing².
  3. Simpan dalam peti ais sekurang²nya 1 jam atau lebih sebelum d hidangkan.... ( yg lebih baik kalu nak makan tuk esok.. elok buat wktu malam_ biar salad nie bermlm dlm peti ais....baru ler sedap gitu.. hehhehe )



Baca Selanjutnya / Read More...