Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Friday, July 29, 2011

~ Resipi Udang Goreng / Bakar Jimbaran Versi 2...

Sheery Dream Cakes | 12:27 AM | 23 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang…

Hari ini kita bersiaran dengan resipi dari Bali pula… Udang goreng / Bakar Jimbaran memang sedap dan bertambah enak jika ianya dinikmati di restoran makanan laut Jimbaran Bay Bali… Makan malam anda ditemani oleh  matahari terbenam dalam suasana romantis dengan cahaya lilin di meja makan anda.. Rindunya suasana tu… Huhuu…

::  Gambar yang Diana ambil dengan hp sahaja ketika itu.. Inilah salah satu menu kami ketika berada di Seafood Restaurant Jimbaran Bay, Bali pada 2010 yang lepas  ::

Baiklah.. Apa kata kita tengok versi Diana menyediakan Udang Bakar Jimbaran ni.. Ala-ala Jimbaran lebih tepat rasanya… Hehehee...

Cili merah dan hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan, serbuk ketumbar dan buah keras hendak la ditumis sehingga layu.

Kemudian kisar bahan-bahan tadi bersama sedikit air.. tapi jangan terlalu halus ya.. Sederhana sahaja.. Setelah itu boleh la dimasak semula bersama gula merah, kicap dan garam.. Masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata. Kemudian bolehlah dibakar sekejap. Siap




:: Resipi Olahan Oleh ~ skybluemelleymey.blogspot.my



UDANG BAKAR JIMBARAN

Bahan-Bahan
  • 1 kg udang yang telah dibersihkan dan dibelah belakangnya
  • 6 tbsp kicap pekat ABC
  • 2 tbsp gula merah 
  • Garam secukup rasa
  • Minyak 

Bahan-Bahan A
  • 150 gm cili merah ( Diana campurkan 2 biji cili hijau juga ) _ dipotong kasar
  • 7 biji cili padi
  • 10 ulas bawang merah _ dihiris kasar
  • 5 ulas bawang putih _ dihiris kasar
  • 6 biji buah keras 
  • 1/2 tbsp belacan
  • 1/4 tbsp serbuk ketumbar

Bahan-Bahan B
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih



Cara-Cara
  1. Gaulkan udang bersama bahan-bahan B dan perap selama 20 minit.
  2. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga masak ( Kalau hendak dibakar biarkan ianya separuh masak ). Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan A dan tumis sehingga layu.
  4. Keluarkan bahan-bahan A tadi dari kuali dan kisar sederhana halus.
  5. Masukkan bahan-bahan kisar tadi semula ke dalam kuali bersama kicap pekat, gula merah dan garam secukup rasa. Tumis sehingga kuahnya pekat.
  6. Kemudian masukkan udang goreng tadi dan gaul rata. Biarkan kuahnya betul-batul sebati dengan udang tadi.
  7. Angkat dan bolehlah dimasukkan ke dalam oven. Bakar seketika.
  8. Angkat dan hidang.

::  Ini pula gambar udang yang digoreng dan disaluti sosnya tanpa dibakar  :: 





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 17, 2011

~ Resipi Golden Butter Prawn...

Sheery Dream Cakes | 10:02 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Bertemu kembali kita di entri kali ini.. Tanpa membuang masa, apa kata kita terus sahaja semak resipi kali ini.


GOLDEN BUTTER PRAWN

Bahan-Bahan
  • 7 ekor udang bersaiz besar _ dibuang kulit  bahagian badan tengahnya. Tinggalkan kepala dan ekornya
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan B ( Bergantung kepada saiz udang yang digunakan ( - / + ) )
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu )
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih


Cara-Cara
  1. Campurkan udang, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  4. Perap udang selama 5- 10 minit.
  5. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga ayam masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan udang goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang. 

::  Ini pula versi udang yang digoreng bersama kulitnya  ::


** NOTE ~ Resipi di atas juga boleh digunakan untuk resipi Udang Goreng Mentega. Cuma kurangkan sukatan susu cairnya ya. Hasil masakannya seperti gambar-gambar di bawah.







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, January 16, 2011

~ Resipi Udang Sambal Belacan...

Sheery Dream Cakes | 9:23 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini kita semak pula resipi Udang Sambal Belacan yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga…



UDANG SAMBAL BELACAN


Bahan-Bahan
  • 700 gm udang bersaiz besar _ dibelah belakangnya dan buangkan uratnya
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang halus
  • 8 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 2 biji bawang besar _ dihiris kasar
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 tbsp belacan _ digoreng bersama sedikit minyak atau dibakar ( Diana lebih suka belacan yang digoreng bersama dengan sedikit sahaja minyak )
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp serbuk lada hitam
  • 1 tbsp serbuk lada putih
  • Sedikit gula
  • Garam


Cara-Cara
  1. Perap udang bersama garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih selama 10 - 15 minit. 
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Kemudian masukkan belacan goreng / bakar dan tumbuk lagi hingga sebati. Ketepikan. 
  3. Setelah itu goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, tumis bawang merah dan bawang putih bersama sedikit minyak hingga naik aromanya.
  5. Masukkan cili kering dan belacan yang telah ditumbuk. Masukkan sedikit gula dan tumis hingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit air dan air asam jawa. Biarkan ianya mendidih.
  7. Setelah itu bolehlah masukkan udang goreng dan sesuaikan rasa.
  8. Masukkan hirisan bawang besar dan gaul rata. Masak seketika.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>