Saturday, November 10, 2012

~ Daging Goreng Cili Kering...

Sheery Dream Cakes | 6:33 PM | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga hari ini kehidupan kita lebih baik dari hari yang sebelumnya... Moga kita sentiasa di bawah lindunganNya.. Aamiin.. Tak nak banyak membebel hari ini.. Cuma nak kongsikan resipi Daging Goreng Cili Kering yang Diana masak tengahari tadi.. Jom semak resipinya...



DAGING GORENG CILI KERING


Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang ( guna bahagian daging yang lembut ) _ dihiris nipis
  • 1 biji tomato _ buang bijinya dan potong dadu kecil
  • 1 1/2 tbsp kicap ABC sos manis
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-Bahan A ( Kisar Menggunakan Food Processor )
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji cili merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • Belacan sebesar ibu jari

Bahan-Bahan B ( Bahan Perap )
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 /2 tbsp gula
  • 1 biji telur
  • 1/2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp perencah pati ayam 
  • Secubit soda bikarbonat
  • Garam

Cara-Cara
  1. Campurkan daging bersama bahan B dan gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bahan A dengan sedikit minyak hingga wangi.
  4. Masukkan gula melaka dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan kicap, gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Setelah itu bolehlah dimasukkan daging goreng dan gaul. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  7. Tutupkan api dan masukkan tomato yang dipotong dadu.
  8. Gaul dan hidang bersama nasi putih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, November 9, 2012

~ Opor Ayam...

Sheery Dream Cakes | 9:10 AM | | | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan bertemu kita kembali di hari Jumaat yang mulia ini.. 

Alhamdulillah hari ini diberi peluang untuk Diana update blog ni.. Namun untuk BW belum termampu lagi Diana laksanakan.. Mohon ampun dan maaf daripada Diana.. Diharap tiada yang berkecil hati ya.. 


Resipi Opor Ayam ini, anda boleh dapatkannya  dari Buku Resipi : 50 Hidangan Penambat Selera oleh Chef Hanieliza ..Resipi asal menggunakan daging.. Tapi Diana tukar kepada ayam.. Resipi ini memang sedap.. Terima kasih kepada Chef Hanieliza di atas resipi yang sedap ini.. Terima kasih akak... Kepada sesiapa yang belum memiliki buku tersebut, bolehlah dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran. memang berbaloi memiliki buku ini.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 6, 2012

~ Chocolate Cake With Cream Cheese Frosting...

Sheery Dream Cakes | 2:10 PM | 16 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pengunjung SBK...

Apa khabar hari ini? Doa dan harapan Diana moga kita semua sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik... Ermm.. Hari ini mahupun kelmarin memang tiada yang menyambut harijadi di rumah Diana.. Cuma esok baru ada yang menyambut harijadi.. Kiranya tersilap hari bulan pula buat kek ini.. Orang birthday esok tapi Diana buat Chocolate Cake ini kelmarin pula... Baru teringat esok ada yang menyambut harijadi... Mungkin esok buat kek lagi atau pun order saja di kedai kan.. hehe

Kelmarin juga Diana ambil gambar ini semua.. Haih!! Cahaya petang kelmarin memang tak cukup untuk ambil gambar yang Diana kehendaki.. Cahaya tak berapa terang sekarang sebelah petang hari.. Nak tak nak kena juga lah ambil gambar kek ini.. Untuk kek coklat Diana guna resipi dari blog Sweetapolita.. Keknya memang sangat moist dan sedap.. Untuk krimnya pula Diana hanya guna Cream Cheese Frosting dari resipi Martha Stewart.. Diana gabungkan keduanya dan jika hendak buat ikut resipi asal dari Sweetapolita boleh juga.. Terserahlah pada citarasa anda semua ya.. :). Terima kasih kepada Sweetapolita & Martha Stewart di atas resipi berkenaan dan izinkan Diana kongsikannya kat sini pula ya..



:: Resipi Oleh ~ Sweetapolita ( TQ )

CHOCOLATE CAKE

Ingredients
  • 3/4 cup ( 170 g ) unsalted butter, softened
  • 2 cups ( 400 g ) packed dark brown sugar
  • 2 teaspoons (10 ml ) pure vanilla extract
  • 3 eggs, at room temperature
  • 1 3/4 cups ( 220 g ) all-purpose flour
  • 3/4 cup ( 65 g ) unsweetened Dutch-processed cocoa powder
  • 1 1/4 teaspoon ( 7 g ) baking soda
  • 1 teaspoon ( 5 g ) baking powder
  • 1 teaspoon ( 10 g ) kosher salt
  • 1 1/2 cup ( 360 ml ) buttermilk, at room temperature _ ( Homemade : 1 cawan susu + 1 tbsp cuka putih / jus lemon. Rehatkan selama 20 minit.  ) ** Untuk kek ini Diana buat : 1 1/2 cawan susu + 2 tbsp jus lemon.
  • 1/4 cup ( 59 ml ) mayonnaise


Method 

  1. Preheat oven to 350°F. Butter three 8-inch round cake pans, line with parchment rounds, and dust with flour, tapping out the excess.
  2. In a stand mixer fitted with the paddle attachment, beat the butter, brown sugar and vanilla on medium-high speed until lighter in color and slightly increased in volume, about 5 minutes. Lower the speed to medium and add the eggs, one at a time, mixing until each is fully incorporated before adding the next.
  3. Sift the flour, cocoa powder, baking soda and baking powder into a medium bowl. Add the salt to the dry ingredients after sifting, and whisk dry ingredients.
  4. Alternate dry ingredients and buttermilk into creamed mixture, beginning and ending with dry ingredients. Mix until just incorporated, or finish by hand gently. Fold mayonnaise into batter with a whisk, until just blended.
  5. Divide the batter evenly between the prepared pans. If possible, weigh the batter in each cake pan for 454 g each ( excluding the pans--you will want to tare the scale each time. ) This ensures even layers. Smooth with small offset palette knife, and bake for about 30 minutes, rotating once after 20 minutes. Cake is done when toothpick or skewer comes barely clean. Try not to over-bake. I tend to under-bake a few moments, so the skewer is a little bit gummy. This works well for a moist chocolate cake (not vanilla).
  6. Let pans cool on wire rack for 20 minutes, then invert cakes onto racks, gently, peeling away parchment rounds. Let cool completely.


~ For Cream Cheese Frosting...
( Diana buat 2x adunan di bawah )

:: Resipi Oleh ~ Martha Stewart ( TQ )

Ingredients
  • 8 ounces cream cheese, room temperature
  • 8 tablespoons unsalted butter, cut into pieces, room temperature 
  • 1 cup confectioners' sugar 
  • 1 teaspoon pure vanilla extract _ ( Diana bubuh 1/2 tsp sahaja )

  • Method

  1. Place cream cheese in a medium mixing bowl. Using a rubber spatula, soften cream cheese. 
  2. Gradually add butter and continue beating until smooth and well blended. 
  3. Sift in confectioners' sugar and continue beating until smooth. 
  4. Add vanilla and stir to combine.



:: Cara Diana Melapis Kek ini ~ 
  1. Ambil sekeping kek dan sapu di atasnya dengan cream cheese frosting dan lapis lagi dengan sekeping kek di atasnya.
  2. Kemudian ulang langkah No.1 hingga kek habis dilapis.
  3. Sapukan sekeliling kek dengan cream cheese frosting.
  4. Kemudian sapukan secara nipis dengan fresh cream yang berwarna merah jambu dan warna krim.
  5. Hias mengikut citarasa masing-masing.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>