Saturday, December 1, 2012

~ Biskut Makmur...

Sheery Dream Cakes | 10:34 PM | 4 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Wah!! Apa kes malam-malam pula tayang Biskut Makmur eh? Heeheee... Sebenarnya teringin sangat nak makan kuih makmur.. Itu yang buat tu.. Raya hari tu memang tak buat cookies sebab kesihatan Diana yang tak mengizinkan.. Beli semua cookies untuk raya tahun ini.. Jadi ini kiranya keinginan yang terpendam telah sekian lama lah ya.. Huhuuu... Baru berkesempatan buat kuih makmur.. Alhamdulillah diberi kesempatan juga buat kan.. 


Ok lah.. Tak nak banyak celoteh malam-malam begini.. Terus sahaja kita tengok resipi Biskut Makmur  dari SBK ya.. Oh ya.. Untuk kacangnya Diana guna walnuts.. Jadi boleh tukar kepada kacang tanah atau gajus ya.. Terpulang kepada citarasa masing-masing... Jom semak resipinya..



BISKUT MAKMUR 


Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan mentega ( anggaran )
  • 3 tbsp minyak sapi
  • 3/4 cawan walnuts panggang
  • Gula aising secukupnya

Cara-Cara
  1. Goreng tepung gandum tanpa minyak di atas api sederhana sehingga sedikit kekuningan. Sentiasa menggaul bagi mengelakkan tepung hangus.
  2. Angkat dan masukkan tepung ke dalam food processor bersama walnuts panggang. Kisar hingga walnuts hancur.
  3. Kemudian campurkan minyak sapi dan mentega ( bubuh mentega sedikit demi sedikit ) ke dalam adunan tepung dan walnuts tadi.
  4. Ramas dengan menggunakan tangan dan uli sehingga adunan dapat dibentukan.
  5. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Buat sehingga adunan habis.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15 - 20 minit atau sehingga ianya masak ( bergantung kepada saiz kuih makmur tersebut ).
  7. Angkat dan terus guling-gulingkan kuih makmur ke dalam gula aising.
  8. Sejukkan sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, November 30, 2012

~ Cara SBK Mengambil Gambar 2...

Sheery Dream Cakes | 9:46 AM | 9 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar kita  sudah pun berada di hujung bulan November kan... Tak lama lagi tiba pula tahun baru.. Ada 2 bulan lagi sebelum SBK menyambut ulangtahun ke 2... Blog yang masih baru lagi di alam maya ini... Baru nak menjangkau usia 2 tahun.. Itu pun kalau sempat kan.. Ermmm... InsyaAllah jika diizinkan Allah.. Sempat lah SBK menyambut ulang tahun ke 2 tu ..

Baik lah.. Untuk kali ini Diana hendak kongsikan bagaimana cara Diana mengambil gambar untuk mendapatkan kesan cerah di belakang.. Sama ada hendak mendapatkan kesan putih ataupun warm effect.. Caranya sama sahaja ( itu bagi pendapat Diana ya.. orang lain mungkin ada cara / pendapat yang berbeza ).. Sebab bagi Diana, ianya boleh di edit menggunakan LR dan Adobe Photoshop.. Jadi setting kamera semasa menggambil gambar amat penting dalam soal ini.. Itu sebabnya kenapa dulu pernah Diana beritahu bahawa jangan takut untuk Set White Balance kepada manual & Titik beratkan penggunaan warna dalam props yang kita gunakan.. Ianya sangat mempengaruhi mood gambar yang hendak kita ambil.. Nak tau bagaimana Diana mengambil gambar yang dimaksudkan? Caranya seperti gambar di bawah ini ya..

::  Ini hasilnya  ::

Anda boleh menggunakan 1 keping sahaja white foam board seperti gambar di bawah ini... Diana lebih banyak menggunakan 2 keping foam boards sebab cahaya yang kita perolehi lebih terang berbanding hanya menggunakan 1 keping foam board sahaja.. Ianya bergantung juga mood gambar yang hendak anda ambil..


::  Ini Hasilnya  ::


Untuk mendapatkan gambar seperti di atas ini pula... Diana buat cara yang sama dengan menggunakan 2 keping foam boards dan tutup pintu dengan kain putih yang sangat nipis ( yang boleh menembusi cahaya )..

Sekarang, kita tengok pula hasil karya yang diambil tanpa white foam board dan diambil ketika cahaya terang ( cuaca sangat cerah ).



::  Inilah hasilnya  :: 

Contoh lain boleh tengok gambar di bawah ya..







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 27, 2012

~ Satay Ayam Goreng...

Sheery Dream Cakes | 12:40 PM | 12 Comments so far
Assalamualaikum dan bertemu kembali di entri kali ini… 

Untuk entri ini Diana nak kongsikan resipi Satay Ayam Goreng... Tiada celoteh panjang yang hendak dikongsikan..Ok lah.. Terus sahaja kita tengok resipinya ya.. 


SATAY AYAM GORENG 

Bahan-Bahan
  • 4 keping peha ayam _ dibuang kulit dan tulangnya. Hiris nipis dan besar
  • 3 tangkai daun kari _ dicincang
  • Lidi secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A 
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1/2 tsp serbuk kunyit
  • 1 tbsp rempah kari _ ( Diana guna serbuk kari Ayam Brand )
  • 1/2 tbsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk rempah 5
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • 2 tbsp gula atau secukup rasa
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung ubi kayu
  • 1 biji telur

Bahan-Bahan B ( Kisar Menggunakan Food Processor ) 
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai _ ambil bahagian yang putih sahaja
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 inci lengkuas

Cara-Cara 
  1. Campurkan ayam bersama bahan-bahan A dan B. Gaul rata.
  2. Cucuk sekeping isi ayam dengan lidi. Ketepikan.
  3. Buat langkah No. 2 sehingga isi ayam habis.
  4. Kemudian perap selama 2 - 3 jam atau lebih.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng satay ayam hingga masak.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  7. Nikmati bersama sos kegemaran anda. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>