Wednesday, November 2, 2011

~ Sup Ayam Hadnyai...

Sheery Dream Cakes | 8:30 PM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  

Sup Ayam Hadnyai ni memang sedap. Makan bersama nasi putih panas dan hirup supnya panas-panas lagi, memang terbaik! 

Sup Ayam Hadnyai ni Diana masak lebih seminggu yang lepas kalau tak silap Diana. Masa tu Diana kurang selera nak makan. Bila tengah selongkar dapur Akak Nor , ternampak gambar Sup Ayam Hadnyai tu terus teringin nak makan.. Terus masak Sup Ayam Hadnyai ni. Memang sangat sedap dan membuka selera. Diana makan nasi putih dan bubuh sup ayam ni banyak-banyak. Sedap!

Terima kasih kepada tuan empunya resipi pyhonda kerana berkongasi resipi ni. Terima kasih juga kepada Akak Nor cayang kerana mengetengahkan resipi ni ya akak... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini. Terima kasih...




:: Resipi Oleh ~ pyhonda @ MyR  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam  ( TQ )


SUP AYAM HADNYAI

Bahan-Bahan
  • Sebelah ayam _ dipotong-potong
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis _ ditumbuk untuk pecahkannya
  • 5 batang serai _ ditumbuk untuk pecahkannya
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun dan batang sadri _ ( Diana tak bubuh )

Bahan-Bahan Ditumbuk Lumat
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 biji cabai 
  • 4 cm halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih

Cara-Cara
  1. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat ( bawang putih, bawang merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih ), bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa ke dalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata . Tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri.
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri. Taburkan pada hidangan. 
  6. Perahkan sedikit limau nipis semasa menghidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 1, 2011

~ Kek Belacan...

Sheery Dream Cakes | 12:16 PM | | 26 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Untuk entri kali ni Diana nak kongsikan resipi kek kukus hasil selongkar kat dapur HaSue ... Kalau tak silap Diana.. Resipi ni dIminta oleh seorang rakan kat FB... Diana pernah makan Kek Belacan ni.. Cuma tak pernah lagi buatnya sehingga la seorang rakan FB ( Twin Twinellysememinta resipi ni. Resipi ni memang best... Terima kasih buat HaSue kerana berkongsi resipi ni.. Sedaaap! Izinkan akak pula kongsikannya di sini ya HaSue... Terima kasih... 

Menurut HaSue... resipi asal memang menggunakan bahan yang agak banyak.. Tapi untuk sukatan adunan di bawah ni telah diubah kepada piawaian loyang 8 1/2" x 8 1/2"... Namun bahan-bahannya masih dikekalkan.  Jom kita semak resipi Kek Belacan ni.



:: Resipi Oleh ~ HaSue @ I Love My Life ( TQ )


KEK BELACAN

Bahan-Bahan
  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 gelas tepung gandum
  • Browning sugar secukupnya
  • 1 sudu kecil nescafe ( dibancuh sedikit air panas )
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata ( masukkan sebiji telur, pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya ).
  4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati.
  5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan.
  6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar-benar kehitaman.
  8. Gaul adunan sehingga benar-benar sekata dan sebati.
  9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung.
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil ( jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus ) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam.
  11. Sejukkan sebelum dipotong.. Selamat mencuba!



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Sizzling Mee...

Sheery Dream Cakes | 8:47 AM | 20 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Sebenarnya malam tadi nak update resipi Sizzling Mee ni.. Tapi disebabkan hujan lebat + guruh + petir sambung menyambung... terus tak jadi nak update malam tadi.. Tu yang terus offline tu.. Tak berani nak online lelama. 

Semalam Diana masak Sizzling Mee.. Dulu pernah tengok resipi Sizzling Mee kat dapur Akak Nor.. Memang masa tu terliur habis tengok gambar mee tu tau... Heehee... Resipi asal Sizzling Yee Mee nie dari Lilydvalley @ MyR.. Memang best resipi ni... Terima kasih kat Lilydvalley kerana sudi berkongsi resipi yang sedap nie.. Terima kasih juga kepada Akak Nor cayang kerana mengetengahkan resipi ni... Izinkan Diana kongsikannya kat sini pula ya. Terima kasih..



:: Resipi Oleh ~ Lilydvalley @ MyR ( TQ )
:: Sumber Dan cnp Dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )

SIZZLING MEE

Bahan-Bahan 
  • 2-3 sanggul ( gulung ) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan _ ( Diana pula guna Mee Mat Salleh )
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering )- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam - potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering - potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia - hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain. Tunggu 2-3 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik - jangan banyak-banyak...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee - biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>