Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
A M B U Y A T.... Apa itu Ambuyat? Ianya dihasilkan dari pokok rumbia.. Ermm.. kadang-kadang ada yang panggil Ambulung… Kalau dulu Diana pun kurang pasti apa perbezaan antara ambuyat dengan ambulung ... Sama ada ia panggilan sebelum atau selepas dibancuh ( pepandai jer kan.. )... heeheee... atau ia panggilan dari daerah-daerah mahu pun negara yang berbeza?.. Kalau kat Labuan dan Sabah.. kebiasaannya akan dipanggil Ambuyat... Pernah Diana dengar orang panggil ianya Ambulung... Alahai!!.. Pening .. heeheee… Tidak kisah lah ambuyat atau pun ambulung… yang penting ianya sama dan sedap!!! kan kan kaannn.... :)
Tetapi sekarang Diana sudah faham apakah perbezaan antara keduanya tu.. Sebenarnya Ambulung tu adalah nama sebelum ianya dibancuh dengan air panas.
Ambuyat pula panggilan untuk Ambulung yang telah dibancuh ( kalau salah tolong perbetulkan ya )…
Salah tu keunikan Ambuyat ini.. Ianya dimakan menggunakan penyepit khas yang diperbuat dari buluh yang dipanggil chandas..
Tetapi sekarang Diana sudah faham apakah perbezaan antara keduanya tu.. Sebenarnya Ambulung tu adalah nama sebelum ianya dibancuh dengan air panas.
Ambuyat pula panggilan untuk Ambulung yang telah dibancuh ( kalau salah tolong perbetulkan ya )…
Salah tu keunikan Ambuyat ini.. Ianya dimakan menggunakan penyepit khas yang diperbuat dari buluh yang dipanggil chandas..
Ambuyat amat popular di kalangan orang-orang Borneo .. Utamanya di kawasan Sabah, Labuan dan Brunei... Tapiii.. orang Semenanjung pun dah ramai suka makan Ambuyat tau.. Masa mereka datang untuk aktiviti Homestay di kg Diana @ Kg. Sg. Labu, W.P.LABUAN.. salah satu menu yang akan diperkenalkan adalah Ambuyat.. Ambuyat ini sedap dimakan dengan cicah udang kering + belacan, sambal tumis kangkung / sayuran lain, kuah-kuah ikan dan ia mengikut citarasa masing-masing la kan…
:: Ambulung dibancuh dengan sedikit air ::
:: Tuangkan air panas mendidih sambil digaul sehingga ianya pekat ::
:: Ambuyat dah siap untuk dinikmati bersama sambal, kuah ikan, sayur pucuk paku, kangkung dan yang paling best kan kalau makan dengan sambal bambangan atau sesetengah orang suka makan bersama sambal binjai… Sedap juga makan dengan ikan yang diperap tu.. apa ek namanya.. kalau kat Labuan pangil hampap ikan.. ::
Buah Bambangan adalah sejenis buah yang sedap dimakan begitu sahaja atau pun enak juga dibuat sambal mahupun jerak... Ianya merupakan menu yang membuka selera kita.. Diana lebih suka buah bambangan ini dibuat sambal... Makan dengan nasi panas atau cicah dengan Ambuyat... Memang sedaaap!!! :)
SAMBAL BAMBANGAN
- 200 gm isi buah bambangan
- 1 ulas bawang merah _ dihiris
- 3 biji cili padi _ dihiris / dicincang / ditumbuk
- 1 tsp belacan _ bancuh sedikit dengan air yang telah dimasak
- Sedikit gula
- Garam secukup rasa
Cara-Cara
- Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
- Sedia untuk dinikmati.