Friday, February 25, 2011

~ Resipi Minuman Koktail Buah - Buahan...

Sheery Dream Cakes | 9:16 PM | 1 Comment so far



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Ni nak cerita sikit pasal Minuman Koktail Buah-buahanan ni... Biasanya kalau kami buat kenduri atau open house hari raya atau ada tetamu yang datang ke rumah.. mesti hubby yang buat Minuman Koktail ni... Mana Diana?  Hee Hee... Diana memang tak kan buat minuman ni kalau nak sediakan banyak-banyak ni.. Biar bagi hubby yang buat kan :D. Tapi kalau nak buat untuk keluarga saja.. Diana akan buat.. Tadi buat la sikit.. Teringin nak minum Koktail Buah-buahan.. Rasanya... cara semua orang menyediakan minuman koktail buah-buahan ni tak jauh bezanya kan... Mari tengok resipi ni… 



MINUMAN KOKTAIL BUAH-BUAHAN

Bahan-Bahan A
  • 1 tin koktail buah-buahan ( 820 gm ) _ ambil bersama jusnya
  • 1 tin nata de coco ( 425 gm ) _ ambil jusnya juga
  • 1 tin laici ( 565 gm ) / longan _ ambil bersama jusnya
  • Air sejuk secukup kegunaan

Bahan-Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 3 tbsp tepung kastard
  • Gula secukup rasa
  • 4 cawan air

** Campurkan kesemua bahan B... Masak d atas api sederhana.. sentiasa menggaul supaya ianya tidak berketul. Setelah mendidih, tutupkan api dan sejukkan. Ketepikan.

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan A kemudian campurkan bahan-bahan A yang telah d masak dan disejukkan tadi.
  2. Simpan di dalam peti sejuk dan campurkan ais batu semasa menghidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, February 24, 2011

~ Sarapan Pagi Nie.. Lagi? Hee Hee.. Layan...

Sheery Dream Cakes | 9:14 AM | 8 Comments so far

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua…  

Resipi dan cara-caranya sama sahaja dengan yang hari tu Diana kongsikan di sini.. Nak resipinya klik di SINI ..  

Cuma... kali ni Diana guna sekeping roti sahaja dan letak  telur rebus yang dipotong nipis, telur goreng macam kat resipi  tu, jejari ketam dan sosej. Resipi ni amat senang sebab kita boleh letak apa sahaja yang kita nak... Tak percaya? Cuba buat.. letak bahan kegemaran masing-masing... Pasti jadi punya..  ◠‿◠








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, February 23, 2011

~ Resipi Kurma Ayam...

Sheery Dream Cakes | 9:34 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila sebut saja nak makan  Kurma Ayam... Pasti akan teringat kat masakan arwah nenek.. Bagi kami adik beradik juga hubby dan anak Diana... masakan arwah nenek  la yang paling sedaaaap..  Sampai sekarang pun belum lagi kami jumpa kurma ayam sesedap masakan arwah nenek... Tapiii alangkah sayangnya… Kami tak pernah belajar nak masak kurma ayam cara arwah nenek... ( Masa tu tak ingat langsung nak minta resipi ker.. nak tengok nenek masak ker... sebab yang kami ingat masa tu cuma nak makan masakan arwah nenek.. tu ja... Tapi memang sedap!! Sayang nenek... Sentiasa akan merindui dan menyayangi nenek.. Moga arwah nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.



KURMA AYAM


Bahan-Bahan
  • 1 kg ayam _ dipotong kecil-kecil
  • 70 gm rempah kurma Adabi ( boleh dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • 2 biji cili merah _ dibelah dan buang bijinya
  • 2 biji bawang besar _ dibelah 4 
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 50 - 70 gm kerisik
  • 2 tbsp gula
  • 2 tbsp susu pekat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air panas
  • 200 ml santan pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Dikisar Halus
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai


Cara-Cara
  1. Campurkan gula, rempah kurma dan air panas. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga terbit aromanya. 
  3. Masukkan campuran rempah kurma tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup penutup periuk dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Setelah itu, bolehlah dimasukkan santan pekat dan air secukupnya mengikut citarasa masing-masing.
  6. Tambahkan air asam jawa, susu pekat dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan kerisik. Gaul dan masukkan pula bawang besar dan cili merah. Masak seketika.
  8. Angkat dan hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, February 20, 2011

~ Ayam Sos Plum..

Sheery Dream Cakes | 10:45 PM | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Resipi ni agak sama dengan  Isi Ikan Masak Sos Plum  ya... Cuma tukarkan beberapa bahan jer.. Sukatan untuk memasak ayam dan ikan ni sama jer tau... Kalau  Isi Ikan Masak Sos Plum tu cuma letak resipi campak² gitu kan.. So untuk memudahkan lagi.. hari ni Diana letak sukatannya.. Selamat mencuba..





AYAM SOS PLUM

Bahan-Bahan
  • 800 gm ayam _ dipotong kecil²
  • 300 gm nanas yang telah dikupas kulitnya _ dipotong kecil²

Bahan-Bahan A
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 2 inci halia _ dicincang
  • 2 tangkai cili merah _ dicincang

Bahan-Bahan B
  • 3 tbsp sos plum
  • 2 tbsp sos tomato maggi ( kalau tak suka sos tomato boleh kurangkan kepada 1 1/2 tbsp ya )
  • 1 tbsp sos tiram maggi

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tsp sos lada hitam Life
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara

  1. Perapkan ayam bersama bhn² perap selama 30 minit atau lebih ( 30 minit dalam suhu bilik.. lepas tu 2 - 3 jam kat peti ais ). Kukus ayam sehingga masak. Susun ayam di atas piring dan ketepikan.
  2. Sementara itu, panaskan sedikit minyak.T umiskan bhn² A sehingga naik baunya dan sedikit garing. Ambil separuh daripada bhn² A tadi _ ketepikan.
  3. Masukkan nenas dan bhn² B. Gaul rata.
  4. Setelah nenas layu,  angkat dan tuangkan di atas ayam kukus tadi.
  5. Hidang dengan nasi putih.



:: Diana guna Sos Plum yang ni ::




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, February 19, 2011

~ Resipi Sandwich Sosej Telur...

Sheery Dream Cakes | 11:37 AM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Selamat pagi.. Dah hari Sabtu lagi kan... Cepat sungguh.. Hari ini hanya bersarapan dengan Sandwich Sosej Telur.. Sarapan kegemaran anak-anak.. Sebenarnya Diana sendiri pun suka dengan menu sarapan yang ringkas ni. 

Apa kata kita semak resipinya..




SANDWICH SOSEJ TELUR
Untuk Seorang 


Bahan-Bahan
  • 2 keping roti Gardenia Breakthru _ d potong tepinya
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp sos cili
  • 1 batang sausage 
  • Keju parut secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng


Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp gula


Cara-Cara
  1. ~ Untuk sausage ::  Perapkan sosej bersama bahan-bahan perap selama 5 minit.
  2. Goreng sausage dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ya. Goreng sekejap sahaja. Angkat dan  belah kepada 2 bahagian. Ketepikan.
  3. ~ Untuk telur ::  Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali. Pecahkan telur dan bubuh sos cili di atas telur itu. Jangan digaul. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan.
  4. Ambil sekeping roti dan taburkan keju parut. 
  5. Lapiskan dengan telur dan keju parut lagi.
  6. Kemudian lapis dengan sekeping roti dan setelah itu tabur dengan keju parut lagi.
  7. Susun sosej dan sedikit telur lagi. Taburkan keju parut dan picitkan sos.
  8. Bakar sekejap.
  9. Hidang.
  10. Siap!!!
::  Ni la rupa telur tu ya  ::










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>