Monday, May 9, 2011

~ Resipi Ikan Goreng Pandan...

Sheery Dream Cakes | 9:44 PM | 7 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...  

Salah satu menu makan malam kami hari ni Ikan Goreng Pandan... Tidak ada apa coretan yang hendak dikongsikan hari ini.. Cuma ingin kongsikan resipi Ikan goreng pandan ni sahaja.. Jom semak resipinya..




IKAN GORENG PANDAN


Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan sederhana besar ( boleh guna ikan putih, ikan merah, ikan kembong atau lain-lain )
  • Daun pandan atau secukup kegunaan
  • Lidi secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan-Bahan Perap
  • 10 ulas bawang merah _ ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih _ ditumbuk
  • 2 cm halia _ ditumbuk
  • 2 batang serai _ dimayang halus
  • 3 - 4 biji cili padi _ ditumbuk
  • 2 tbsp serbuk kari
  • 1 tbsp asam jawa
  • 2 tbsp cili kisar
  • 2 tbsp gula atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung


Cara-Cara
  1. Perap ikan bersama bahan-bahan perap selama 2-3 jam. Pastikan juga menyumbatkan bahan perapan ke dalam perut ikan.
  2. Balut ikan dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi.
  3. Kemudian goreng ikan di dalam minyak yang banyak sehingga masak ( terpulang la nak garing atau pun tak ).
  4. Angkat dan hidang bersama cicah kegemaran.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, May 6, 2011

~ Resipi Ambuyat Cicah Ikan Merah Goreng & Stim 3 Rasa...

Sheery Dream Cakes | 10:18 PM | | 12 Comments so far



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini ingin kongsikan resipi ikan yang sangat sedap dimakan bersama ambuyat ( sedap di tekak kami la ya .. Lain orang lain seleranya kan ).. Diana masak 2 versi.. 1 versi ikan yang dikukus dan 1 lagi versi ikan yang digoreng.. 

Kalau singgah di dapur Akak Ummi dan Akak Nor pasti jumpa resipi ni.. Tergoda tengoknya.. Maka hari ini terpanggil untuk memasaknya di dalam kedua-dua versi tu.. Kami makan bersama Ambuyat ( Ewah!! Menu baru untuk dimakan bersama Ambuyat .. hehehe ). Diana bagi kuahnya banyak sedikit sebab nak makan bersama Ambuyat kan.. Percubaan pertama dan pasti akan buat lagi .. Sedap sesangat!! Terima kasih buat Chef Norzailina kerana berkongsi resipi yang sesangat sedap ni.. Terima kasih juga kepada Akak Ummi dan Akak Nor kerana mengetengahkan resipi ni ya.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini... Terima kasih..

::  Versi Kukus  ::



:: Resepi Asal ~ Chef Norzailina
:: Sumber ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Akak Nor @ Secubit Garam



AMBUYAT CICAH IKAN MERAH GORENG/STIM 3 RASA


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau hendak kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan-Bahan dicincang Halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan-Bahan  Dihiris Halus
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis

Cara-Cara
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang d lengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman. 
  9. ( Makan bersama Ambuyat pun sedap taau.. )







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Kek Sarang Semut...

Sheery Dream Cakes | 8:50 AM | 18 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita semak pula resipi Kek Sarang Semut.. Kek ini juga dikenali sebagai Kek Gula Hangus.. Kek yang sentiasa mendapat tempat di rumah ni.. Memang tak muak makan kek ni.. Cuma kekadang ada masanya kek ni tidak menjadi sarangnya tu.. Tak banyak lubangnya.. Bila ianya terjadi memang kecewa sesangat la kan.. Tapi tak apa.. Mungkin ada teknik yang kita tersilap.. Cuba lagi dengan teknik yang betul.. Dengan izinNya pasti menjadi.. Yang penting jangan putus asa ya..



:: Sumber ~ Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku  &  Widad @ MyR  ( TQ )


KEK SARANG SEMUT | KEK GULA HANGUS

Bahan-Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega

Cara-Cara
  1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan masak lagi hingga gula cair ( berhati-hati ketika menuangkan air tu.. sebab merecik yer ).
  3. Kemudian masukkan mentega dan tutupkan api. Ketepikan. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.
  4. Sementara itu, pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam adunan telur tadi dan kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung gandum dan soda yang telah diayak bersama. Gaul sebati.
  7. Akhir sekali masukkan air gula yang telah disejukkan sepenuhnya tadi.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3 - 4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana pada suhu 160°C - 180°C selama 1 jam.
  10. **  Diana pun ikut akak Yatie... bakar guna api bawah sahaja selama 40 minit dan api atas bawah selama 15 minit. 
  11. Sekiranya kek masih belum masak, bakar lagi 5 minit atau sehingga kek masak.



Gambar di atas merupakan Kek yang hanya adunannya diperap selama 2 jam. Gambar yang di bawah pula kek yang adunannya diperap selama 4 jam.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, May 4, 2011

~ Resipi Kek Batik Horlicks...

Sheery Dream Cakes | 12:36 AM | 13 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Sebenarnya resipinya sama saja dengan Kek Batik tu.. Cuma tukarkan milo dengan horlicks ja.. Lepas tu tukar biskut tu kepada yang berperisa coklat dan Diana tambahkan juga dark choc semasa melapisnya... Mudah kan.. Hehehe.. Tapi Kek Batik Horlicks ni bukan la kegemaran Diana dan daughter.. Kalau hubby dan anak-anak lelaki Diana memang suka makan kek ni.. Selera masing-masing kan… :) 



KEK BATIK HORLICKS


Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 2 cawan Nestle nestum original ( boleh dikurangkan atau tak bubuh pun boleh )
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm) _ susu krimer manis cap junjung
  • Biskut Marie berperisa coklat ( Diana guna Lee brand )
  • Choc Rice secukupnya
  • Dark choc secukupnya

Cara²
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, nestum dan horlicks. Pukul adunan sehingga ianya betul-betul sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak adunan di atas api sederhana sehingga pekat. ( Tips memasaknya ada di SINI )
  6. Setelah adunan betul-betul pekat bolehlah diangkat.
  7. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak atau aluminium foil dan bubuh sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  8. Kemudian susun biskut marie dan dark choc di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  9. Taburkan choc rice di atasnya. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong.
:: Gambar A ~ Yang nie lapisan kedua.. untuk lapisan pertama.. biskut tu tak perlu d patahkan. susun 3 baris. Lapisan kedua baru buat macam nie yer.. Lupa pula ambil gambarnya tadi.. huhuu  ::





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>