Wednesday, July 13, 2011

~ Resipi Mee Udang Goreng Lagi...

Sheery Dream Cakes | 12:44 PM | 26 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejehtera semua... 

Hari ni Diana ingin kongsikan resipi mee udang goreng. Diana menggunakan mee kering cap udang. Di Labuan dan Sabah memang pelbagai jenis mee kering cap udang. Kekdang tu sampai tidak pasti yang mana hendak dibeli. Salah satu mee kering cap udang yang Diana minati jenis yang macam di bawah ni. Jom terus saja kita tengok resipi Mee Udang Goreng ni… 

::  Mee Udang yang belum direndam  ::

::  Yang ni dah direndam dan ditoskan  ::

::  Gaul mee bersama kicap sebelum dimasak  ::

::  Kalau masak mee udang goreng mesti ada udang kering   ::

::  Ayam diperap selama 15 minit  ::

::  Bawang merah dan bawang putih dihiris  ::

::  Setelah separuh masak bolehlah digaul dengan bahan yang ditumis tadi.. Kemudian barulah dimasukkan lagi sebiji telur dan ulang proses seperti tadi lagi ya  ::

::  Setelah ayam dan udang masak, masukkan mee dan sedikit air  ::


MEE UDANG GORENG

Bahan-Bahan 
  • 2 bungkus Mee Cap Udang ( 120 gm setiap bungkusan sebelum d rendam )
  • Segenggam setengah udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
  • 200 gm dada ayam _ dihiris nipis
  • 100 gm udang _ dibuang kulitnya
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang merah _ dihiris
  • 6 ulas bawang putih _ dihiris
  • 1 tsp serbuk cili
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos pedas berkicap Argo Mas
  • Kicap pekat manis Cap Ayam
  • Minyak

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp gula
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp tepung jagung
  • 1/4 tsp serbuk perencah pati ayam Tumix

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap selama 15 minit. Ketepikan.
  2. Sementara itu, rendam mee di dalam air sehingga mee lembut ( Jangan guna air panas tau ). Toskan dan gaul dengan sedikit kicap pekat manis Cap Ayam.. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan udang kering, serbuk cili dan sedikit gula. Tumis sehingga garing.
  5. Masukkan telur satu persatu ( caranya rujuk gambar kat atas ).
  6. Masukkan ayam dan udang. Gaul rata.
  7. Setelah ayam dan udang masak bolehlah dimasukkan sos cili dan sos pedas berkicap ( Nak bubuh garam pun boleh juga tapi jangan bubuh banyak terlebih dahulu tau.. Sebab mee sudah digaul dengan kicap tadi kan ). Gaul rata.
  8. Masukkan mee dan sedikit air. Goreng sehingga mee garing. 
  9. Sesuaikan rasa dan angkat.
  10. Sedia untuk dihidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, July 8, 2011

~ Resipi Asam Pedas Melaka...

Sheery Dream Cakes | 10:19 PM | 20 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Asam Pedas, salah satu menu yang dikenali di Melaka.. Setiap kali menjejakkan kaki di Melaka, kami tidak ketinggalan untuk menjamu selera dengan lauk ini.. Sememangnya sedap. 

Sekarang Diana boleh memasak sendiri Asam Pedas Melaka resipi dari junjs11Sudah banyak kali Diana memasak menggunakan resipi ini.. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni.. Izinkan Diana pula berkongsi resipi ni dan mengolah cara penyampaian resipi ni ya.. Terima Kasih...


:: Resipi oleh ~ junjs11@ My Resipi ( TQ )
:: Sumber dari ~ Abg Ady @ Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes ( TQ )



ASAM PEDAS MELAKA


Bahan-Bahan
  • 3 keping ikan tenggiri ( ikan lain pun boleh )
  • Air asam jawa secukupnya
  • 1 biji tomato _ dipotong
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 batang serai _ diketuk
  • 1/2 kuntum bunga kantan atau daun kesum secukupnya 
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika suka

Bahan-Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • 1 sudu teh jintan putih 
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan-Bahan Tumis
  • 1/2 biji bawang besar _ dihiris
  • 1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air secukup kegunaan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan, kacang bendi, serai dan bunga kantan. Biarkan sehingga kesemua bahan tadi masak.
  5. Akhir sekali bolehlah dimasukkan tomato.
  6. Tutupkan api dan hidang. 


Gambar di bawah ini antara gambar yang pernah dikongsikan dulu


::  Kacang bendi.. my fav..  ::

:: Bhn² tumis ~ Daun kari, bawang besar, halba dan biji sawi  ::

::  Bhn² kisar ~  halia, bawang merah, bawang putih, cili kering, kunyit hidup  ::

::  Daun kari, bawang besar, biji sawi dan halba d tumis sehingga naik baunya  ::

::  Masukkan bhn² yang telah d kisar  dan tumis sehingga pecah minyak  ::


::  Setelah mendidih.. masukkan ikan, bunga kantan, serai dan kacang bendi  ( Tomato Diana bubuh akhir sekali )  ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, July 7, 2011

~ Ayam Mentega Rangup...

Sheery Dream Cakes | 9:49 AM | 32 Comments so far


Assalamualaikum dan Selamat pagi semua... 

Pertama sekali Diana mohon maaf sebab belum ada kesempatan nak membalas kesemua komen kat sini ya.. Semalam pun hanya sempat BW jer.. Tu pun sampai pukul 2 am.. Pun tak sempat² lagi kan.. Alahai!! Maaf sesangat.. Baik la hari ni Diana kena pergi rumah jiran.. ada jemputan kenduri.. Jadi Diana sajikan dengan Ayam Mentega Rangup ni ( Dah licin dah pun.. heheheh... jamu mata je ya ). Nak jemput makan dah habis dah.. ^_^. Jom tengok resipinya..


::  Satukan ayam dah bahan² perap  ::

::  Perap selama 20 minit  ::

::  Sementara tu boleh ler sediakan bahan² cincang dan hiris kan  ::

::  Mentega d cairkan  ::

::  Masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi  ::

::  Kemudian tumis sehingga naik aromanya  ::

::  Masukkan ayam goreng dan gula... Siap!  ::


AYAM MENTEGA RANGUP


Bahan-Bahan
  • 2 keping dada ayam _ dihiris
  • 2 tangkai daun kari _ dihiris
  • 4 biji cili padi _ dicincang
  • 60 gm mentega ( Boleh ditambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu ya )
  • 1/2 biji bawang besar _ dicincang
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit gula

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 2 tsp gula
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Ayam d gaul bersama bahan-bahan perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung kemudian digoreng. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang. 
::  Makan bersama nasi goreng atau nasi putih  ::





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, July 6, 2011

~ Acar Timun Mentah...

Sheery Dream Cakes | 9:52 PM | 14 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Resipi ni amat mudah dan cepat disediakan.. Ringkas namun sedap!! Rasanya semua orang tau membuat acar timun mentah ni kan… Cuma mungkin lain orang lain cara penyediaannya.. Apa kata kita tengok cara Diana menyediakannya pula


ACAR TIMUN MENTAH


Bahan-Bahan
  • 250 gm timun jepun yang telah dihiris nipis
  • 1 tin nenas kiub 
  • 1/2 biji cili merah _ dihiris halus
  • 1/4 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 1 biji bawang merah _ dihiris halus
  • 2 tbsp air nenas dalam tin
  • 2 tbsp cuka
  • 2 biji cili padi _ dicincang
  • Air gula secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata.
  2. Hidang.
** Diana suka simpan acar timun mentah ini di dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dihidang. 






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Special Melting Moments...

Sheery Dream Cakes | 8:43 PM | | | 3 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Resipi kali ini Diana ikut dari resipi Chef Agnes Chang... Cookies ini sangat mudah untuk menyediakannya.. Jom tengok resipi dan cara penyediaanya…

Sekjali lagi resipi dari Buku Masakan dari Agnes Chang _ I Can Bake .. Memang amat berbaloi memiliki buku ni ya.. Sesiapa yang belum memiliki buku ni bolehlah dapatkannya sekarang ya..








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>