Tuesday, September 13, 2011

~ Resipi Kek Batik Cream Crackers...

Sheery Dream Cakes | 8:58 PM | 15 Comments so far

Assalamualaikum dah Salam Sayang...

Pertama sekali Diana nak mohon ampun dan maaf sebab belum berpeluang lagi nak membalas komen dan BW seperti biasa... Ahad lepas Diana ada buat rumah terbuka lagi.. Jadi agak sibuk juga ler beberapa hari tu... Hari ni pun Diana masih sibuk sedikit dengan hal² yang lain.. Hanya sempat berfb jer hari ni.. Insyaallah lewat sikit nanti Diana akan BW juga yer... 


Pagi tadi Diana ada buat Kek Batik Cream Crackers.. Kek batik masa raya hari tu dah habis pun masa raya pertama... :). Tak sempat pun nak makan... Dia pun masa tu tak ingat sangat nak makan kek ni sebab dah sibuk dengan pelita-pelita dan suasana malam raya tu... Baik ler. Jom semak resipinya.. Sebenarnya sama jer resipi dengan kek batik yang lepas... Cuma kuantiti nestum Diana kurangkan... Dan kali ni Diana guna Cream Crackers pula... Hasilnya sama juga.. Tapi bagi Diana menggunakan Cream Crackers ni lebih sedap.. Tu bagi tekak Diana ler yer... Orang lain tu memang tak sama ler kan... ;)


Untuk kali ni Diana kurang rajin nak melapis biskut tu... Hehehehe.. Jadi Diana hanya gaulkan semasa adunan kek tu dah pekat ( macam gambar kat atas ni ).. tapi sekiranya belum biasa lagi menggunakan cream crackers ni sebagai biskutnya.. Yer ler biasanya kita menggunakan biskut marie kan.. Kalau digaul pun tak ler cepat hancur biskut tu.. Tetapi.. jika menggunakan cream crackers ni sememangnya jika kita tak berhati-hati semasa menggaulnya pasti akan hancur nanti... Jadi buat sesiapa yang pertama kalinya menggunakan cream creackers ni dinasihatkan supaya gaul dengan perlahan dan lembut-lembutkan ler tangan tu yer.. ;). Kalau tak pun guna kaedah melapis satu persatu seperti versi kek batik marie tu .. 

::  Potongan memang tak kemas.. Sebab tak simpan dalam peti ais pun dah potong dah.. Hehehe.. Dah tak sabar nak makan tadi... Sebaiknya simpan dulu kat peti ais yer sebelum dipotong.. 

KEK BATIK CREAM CRACKERS

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan milo
  • 1 1/2 cawan Nestle nestum original 
  • 1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
  • Cream Crackers Hup Seng secukupnya _ ( Diana guna dalam 34 keping )
  • Choc Rice secukupnya

Cara-Cara
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum. Pukul adunan sampai ianya betul-betul sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice di atas kek.
  9. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong.
  10. Boleh juga dibuat seperti d bawah ni yer...
  11. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  12. Kemudian susun cream crackers di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong...




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, September 7, 2011

~ Resipi Nasi Halia...

Sheery Dream Cakes | 5:26 PM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Nasi Halia... Pernah makan kan? Cara penyediaannya amat mudah sekali... Diana sebenarnya mengejar masa ni.. Tapi sebelum Diana keluar .. Diana nak sajikan dengan Nasi Halia ni dulu ya... Malam nanti baru Diana BW dan membalas komen yang ada... Insyaallah.. :). Jom tengok cara Diana menyediakan Nasi Halia yang sangat mudah ini.. 
::  Halia, bawang putih, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga d tumis sehingga garing bersama mentega.. Lepas tu masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi.. Tutupkan api..  ::

::  Kemudian tuang bahan tumis tadi ke dalam rice cooker yang telah d isikan dengan beras dan air secukup kegunaan.. Bubuh kiub pati ayam dan garam secukup rasa.. Masak seperti biasa  ::


NASI HALIA

Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
  • 2 inci halia _ ditumbuk bersama kulitnya
  • 1/2 tsp halba
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 150 gm mentega
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega. Tumis halia, halba, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi. Tutupkan api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan tuangkan air secukupnya seperti sukatan memasak nasi biasa.
  4. Setelah itu masukkan bahan yang dItumis tadi ( No.1 ) bersama kiub pati ayam dan garam secukup rasa ke dalam rice cooker. Gaul rata.
  5. Masak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digembur-gemburkan.
  7. Sedia dihidang dengan lauk kegemaran masing-masing.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, September 5, 2011

~ Resipi Ayam Goreng Cream Crackers & Cornflakes...

Sheery Dream Cakes | 11:15 PM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua… 

Ermmm.. Tak nak banyak membebel la hari ni... Heehee.... Sebab baru balik dari beraya... Dah puas dah tadi bersembang² juga penat ketawa... Heeheeeheee... Aduh... Ketawa sampai penat tau.. Hahaaaa.. ;). Baik la jom kita terus selongkar resipi kali ni... Ayam Goreng Cream Crackers & Cornflakes.. Sebenarnya ni menu pagi tadi ni... Baru dapat update malam ni.. Mari tengok bahan yang diperlukan... 

::  Paha ayam dibuang kulit dan tulangnya... Kemudian dipotong kecil  ::

::  Ni adalah bahan A... Bijan putih, tepung jagung, biskut cream crackers dan cornflakes harus dikisar halus...  ::

::  Kemudian disatukan kesemua bahan tadi dan gaul rata  ::

::  Ayam d perap bersama telur, sos tiram, sos hoisin, sos plum, minyak bijan, garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih selama 1 jam  ::

::  Ayam yang telah diperap disaluti dengan bahan A kemudian digoreng didalam minyak yang banyak sehingga masak kekuningan.. Angkat dan toskan.. Siap!!  ::

AYAM GORENG CREAM CRACKERS & CORNFLAKES

Bahan-Bahan
  • 4 keping peha ayam _ dIbuang kulit dan tulangnya.. potong kecil
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 1 biji telur
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tbsp sos hoisin Life
  • 1 tbsp sos plum
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • 1 tsp serbuk lada putih
  • 1 tbsp gula
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan A ( Disatukan )
  • 20 keping biskut cream crackers _ dikisar halus
  • 2 cawan cornflakes _ dikisar halus
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 2 tsp bijan putih

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap selama 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam yang telah diperap tadi bersama bahan-bahan A.
  3. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak di atas api sederhana sehingga masak kekuningan.
  4. Angkat ayam dan toskan.
  5. Sedia untuk d hidang bersama sos kegemaran masing-masing ( Diana makan bersama sos cili + mayo ).




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, September 4, 2011

~ Resipi Ayam Ros Pandan...

Sheery Dream Cakes | 12:22 PM | 8 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini dah Raya ke 6 dah ... Masih lagi ramai yang buat rumah terbuka kan... Jemputan pun masih banyak lagi dalam senarai... Semalam kami ada tertinggal 1 jemputan... Huhuuu... Ampun sesangat... Ingatkan hari ni.. Huhuu.. InsyaAllah tahun depan kalau panjang umur kami akan pergi ya... Ampun sekali lagi … 


Macam mana dengan suasana hari raya kat tempat anda semua? Pasti sungguh meriahkan.. Rasanya hari ni dah ramai yang dah balik dari kampung.. Jadi berhati-hati di jalan raya tau... Yang dah sampai kat rumah tu... Pasti penatkan... :). Banyakkan berehat tau… 

Semalam Diana buat sarapan agak berat sedikit... Diana masak nasi Lobak Merah, Nasi Ayam, Ayam Ros Pandan, Sayur dan juga Telur Mata Lembu

Baik la... Jom kita semak resipi Ayam Ros Pandan dari dapur Che Mat Gebu yang sangat sedaaaaap ni... Memang dah ramai yang mencuba resipi ni kan... Ingat nak masak sekali lagi semasa buat rumah terbuka kali kedua nanti... Insyaallah...  Buat Che Mat Gebu.. Izinkan Diana kongsikan resipi nie kat sini pula ya.. Terima kasih Che Mat Gebu..


:: Resipi oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan ( TQ )



AYAM ROS PANDAN

Bahan-Bahan
  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.

Bahan-Bahan Kisar Halus

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato

Cara-Cara

  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal-embal ( lembap-lembab jangan garing sangat ). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  4. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>