Tuesday, November 29, 2011

~ Resipi Tang Yuen Glutinous Rice Balls...

Sheery Dream Cakes | 8:25 AM | 10 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. 

Rindu rasanya kat semua orang.. Tapi apa kan daya.. Keadaan tak mengizinkan untuk Diana berkunjung ke blog akak².. abang².. adik² dan  kekawan semua... Huhuuu.. kesibukan yang melanda ni belum berakhir lagi.. Diana mohon maaf tau sebab banyak entri menarik anda semua yang Diana ketinggalan.. InsyaAllah hari ni akan Diana BW mana yang tersempat yer.. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke dapur Diana yang sunyi sepi dari entri terbaru ni.. Sayang anda semua...

Hari ni buat Tang Yuen atas permintaan anak Diana Shafie ( Yong ) di hari lahirnya 2 hari lepas. Kali ni Diana buat yang berinti kacang tanah.. Sememangnya anak² Diana suka sangat makan Tang Yuen ni sejak mereka kecil lagi.. Dulu Diana pernah kongsikannya kat sini juga resipi Tang Yuen ni.. Nak tengok Versi Lepas ( hanya menggunakan tepung pulut sepenuhnya untuk adunan tepung tu ) klik kat    SINI yer.. Untuk resipi kali ni Diana nak kongsikan resipi adunan tepung tu yang d campurkan dengan sedikit tepung jagung.. Rasanya sama jer bagi Diana.. Tak der ler jauh sangat bezanya.. :). Apa kata kita tengok resipinya.. 




TANG YUEN GLUTINOUS RICE BALLS ( Tepung jagung + Tepung pulut )

Bahan-Bahan
  • 4 cawan tepung pulut
  • 10 tbsp tepung jagung
  • 2 ( - + ) cawan air _ ( ni anggaran saja ya.. bubuh sikit-sikit tau )
  • Pewarna merah, kuning atau pewarna kesukaan masing-masing 

Bahan-Bahan A
  • 4 inci halia _ dihiris kasar
  • 4 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Air secukup kegunaan
  • Sedikit garam
  • Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Inti ( init ini jika ada lebih boleh disimpan dalam peti ais ya )
  • 1 1/2 cawan kacang tanah tanpa kulit
  • 2 tbsp creamy peanut butter
  • 1 1/2 tbsp peanut butter with choc stripes
  • 3 tbsp gula kastor ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. :: Sebaiknya sediakan intinya terlebih dahulu. Goreng kacang tanah tanpa minyak atau boleh juga dipanggang. Kemudian kisar kacang tanah tadi dan gaulkan bersama kesemua baki bahan inti tersebut.. Ketepikan.
  2. :: Sediakan 2 periuk yang berisi dengan air. 1 periuk dibubuh dengan garam dan halia. Biarkan ianya mendidih. Jangan tutupkan api.
  3. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa. Tutupkan api setelah ianya mendidih.
  4. :: Untuk membuat adunan tepung ~ Campurkan tepung pulut bersama tepung jagung dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya boleh dibulat-bulatkan.
  5. Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian ( diana bahagi kepada 3 bahagian ).
  6. Bubuh pewarna berlainan pada setiap bahagian adunan tepung tersebut.
  7. Ambil sedikit adunan tepung dan bubuhkan inti ( boleh juga buat tanpa inti ). Bulat-bulatkankan dan kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi air, garam dan halia. Setelah ianya timbul bolehlah diangkat dan dipindahkan ke dalam periuk yang berisi dengan daun pandan, air dan gula tadi.
  8. Buat sehingga adunan habis.
  9. Hidang.
  10. Sedap juga dinikmati setelah disejukkan di dalam peti ais.
:: Untuk intinya ~ Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar.. campurkan bersama bahan inti yang lain  :: 

::  Sediakan 2 periuk yang berisi air.. 1 periuk dibubuh dengan garam dan halia.. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa.. Biarkan mendidih  ::


::  Bahgiakan kepada beberapa bahagian mengikut kesukaan masing-masing ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, November 21, 2011

~ Kek Batik Lembik?...

Sheery Dream Cakes | 9:26 AM | 23 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. 

Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana semoga semuanya sihat sejahtera..

Sebenarnya memang dah banyak kali dah Diana kongsikan resipi ni walaupun ada sedikit olahan dalam setiap resipi tu kan.. 

Kali ni pun Diana ada buat sedikit olahan pada resipi ni.. Nak tau apa pula yang telah diolah dalam resipi ni? Jom semak resipinya.. Ooo ya.. Sebelum tu.. Diana nak jawab pertanyaan beberapa orang kat fb yer berkaitan dengan Kek Batik ni.. Diharap dapat membantu.. Apa-apa pun.. nanti boleh inbox Diana kat fb tau sekiranya masih ada soalan ya.. Jangan segan-segan tau.. Diana akan membantu mana yang termampu.. ;)

Hampir semua soalan yang ditujukan berkaitan Kek Batik ni " Sampai bila kah nak masak adunan kek tu dan kenapa bila dah dipotong masih lembik walaupun dah simpan semalaman dalam peti sejuk? ".. Baik la.. Cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah.

Gambar 1 → Ni adunan yang baru saja mula dimasak.. Perhatikan warna adunan agak pucat dan cair kan.. 

Gambar 2 → Di sini la punca segala kesilapan kenapa kek batik yang dibuat tu masih lembik walaupun sudah bermalam di dalam peti sejuk.. Ramai yang bubuh biskut tu atau melapis adunan kek ni bersama biskut semasa adunan kek nie macam ni.. Sebenarnya silap tu.. Apabila tengok adunan nie ianya masih lagi berwarna sedikit pucat dan lembik kan.. Seharusnya kita terus memasak adunan kek nie sehingga ianya bebetul pekat dan berketul seperti gambar no 3. 

Gambar 3 → Sekarang cuba perhatikan dan bezakan ketiga-tiga gambar di atas.. Perbezaan warnanya amat ketara sekali antara satu sama lain kan.. begitu juga kepekatannya.. Masa yang sesuai untuk melapis adunan kek nie dengan biskut atau bubuh biskut tu dalam adunan kek tu ialah ketika ianya betul-betul pekat, berwarna coklat kehitaman dan berketul seperti gambar no 3 tu..

Begitu la sedikit penerangan berkaitan masalah yang sering terjadi semasa membuat Kek Batik ni.. Diharap ianya dapat membantu ya.. ;) Sekarang kita tengok pula cara Diana melapis Kek Batik ni.. Cara Diana susun biskut tu ya..



Mula-mula ratakan sedikit aduan kek dan susun biskut d atas permukaan kek.. Kemudian lapis lagi dengan adunan kek dan ratakan.. Susun biskut dan seterusnya lapis dengan adunan kek lagi.. Buat begini hingga adunan habis.. Pastikan lapisan terakhir tu merupakan adunan kek dan jika suka boleh la ditaburkan dengan choc rice..

Sekarang tiba masanya kita semak pula resipi olahan menggunakan Nestle nesvita 3 in 1 nutritious cereal drink dan sedikit serbuk koko.

::  Nestle nesvita 3 in 1 nutritious cereal drink  :: 



KEK BATIK


Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula _ ( kurangkan sebab menggunakan 3 in 1 cereal )
  • 1 1/2 cawan milo
  • 4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 nutritious cereal drink 
  • 4 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
  • Biskut marie secukup kegunaan
  • Choc Rice secukupnya

Cara-Cara
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita. Pukul adunan hingga sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice di atas kek.
  9. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. Lebih elok jika dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.
  10. ** Cara lain untuk melapis kek ~ Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  11. Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  12. Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, November 2, 2011

~ Sup Ayam Hadnyai...

Sheery Dream Cakes | 8:30 PM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  

Sup Ayam Hadnyai ni memang sedap. Makan bersama nasi putih panas dan hirup supnya panas-panas lagi, memang terbaik! 

Sup Ayam Hadnyai ni Diana masak lebih seminggu yang lepas kalau tak silap Diana. Masa tu Diana kurang selera nak makan. Bila tengah selongkar dapur Akak Nor , ternampak gambar Sup Ayam Hadnyai tu terus teringin nak makan.. Terus masak Sup Ayam Hadnyai ni. Memang sangat sedap dan membuka selera. Diana makan nasi putih dan bubuh sup ayam ni banyak-banyak. Sedap!

Terima kasih kepada tuan empunya resipi pyhonda kerana berkongasi resipi ni. Terima kasih juga kepada Akak Nor cayang kerana mengetengahkan resipi ni ya akak... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini. Terima kasih...




:: Resipi Oleh ~ pyhonda @ MyR  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam  ( TQ )


SUP AYAM HADNYAI

Bahan-Bahan
  • Sebelah ayam _ dipotong-potong
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis _ ditumbuk untuk pecahkannya
  • 5 batang serai _ ditumbuk untuk pecahkannya
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun dan batang sadri _ ( Diana tak bubuh )

Bahan-Bahan Ditumbuk Lumat
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 biji cabai 
  • 4 cm halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih

Cara-Cara
  1. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat ( bawang putih, bawang merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih ), bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa ke dalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata . Tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri.
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri. Taburkan pada hidangan. 
  6. Perahkan sedikit limau nipis semasa menghidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 1, 2011

~ Kek Belacan...

Sheery Dream Cakes | 12:16 PM | | 26 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Untuk entri kali ni Diana nak kongsikan resipi kek kukus hasil selongkar kat dapur HaSue ... Kalau tak silap Diana.. Resipi ni dIminta oleh seorang rakan kat FB... Diana pernah makan Kek Belacan ni.. Cuma tak pernah lagi buatnya sehingga la seorang rakan FB ( Twin Twinellysememinta resipi ni. Resipi ni memang best... Terima kasih buat HaSue kerana berkongsi resipi ni.. Sedaaap! Izinkan akak pula kongsikannya di sini ya HaSue... Terima kasih... 

Menurut HaSue... resipi asal memang menggunakan bahan yang agak banyak.. Tapi untuk sukatan adunan di bawah ni telah diubah kepada piawaian loyang 8 1/2" x 8 1/2"... Namun bahan-bahannya masih dikekalkan.  Jom kita semak resipi Kek Belacan ni.



:: Resipi Oleh ~ HaSue @ I Love My Life ( TQ )


KEK BELACAN

Bahan-Bahan
  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 gelas tepung gandum
  • Browning sugar secukupnya
  • 1 sudu kecil nescafe ( dibancuh sedikit air panas )
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata ( masukkan sebiji telur, pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya ).
  4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati.
  5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan.
  6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar-benar kehitaman.
  8. Gaul adunan sehingga benar-benar sekata dan sebati.
  9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung.
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil ( jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus ) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam.
  11. Sejukkan sebelum dipotong.. Selamat mencuba!



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>