Tuesday, May 1, 2012

~ Sambal Daging Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 12:21 PM | 9 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Sempena cuti hari ni pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk membawa keluarga pergi bersiar-siar kan... Diana sekeluarga tidak pergi mana pun... Hanya rehat di rumah saja.. Lagi pun hari ni cuaca teramatlah panasnya... Sekarang ni musim demam sana sini.. Ada baiknya rehat di rumah saja.

Hari ni Diana nak kongsikan 1 lagi resipi olahan dari resipi yang pernah Diana kongsikan dulu... Ingat tak dengan resipi Sambal Ayam Udang Kering .. Kepada sesiapa yang pernah mencuba resipi Sambal Ayam Udang Kering tu pasti ingat kan... :). Jutaan Terima Kasih Diana rakamkan kepada semua yang pernah mencuba resipi tu... Terima kasih sudi mencuba ya... Alhamdulillah.. Setakat ni menu tu menepati citarasa yang mencubanya... Kalau nak olah mengikut citarasa keluarga masing-masing pun boleh... Tiada masalah bagi Diana.. Dalam dunia masakan ni kita kena la memasak mengikut citarasa keluarga, ya tak?

Oleh kerana keluarga Diana suka sangat makan Sambal Ayam Udang Kering ni.. Jadi Diana olah ianya kepada daging pula... Bahanya tidak jauh bezanya pun... Hanya sedikit tambahan yang Diana buat.. Apa kata kita tengok pula olahan terbaru yang menggunakan daging pula.. Alhamdulillah... Hubby dan anak-anak pun suka makan... Lebih-lebih lagi daughter yang memang suka makan daging... Kalau nak tengok step by step boleh klik di  SINI.. Sekarang ni memang tak sempat nak buat step by step sebab masa masih mencemburui diri ni.. InsyaAllah bila dah free sikit nanti Diana akan buat step by step untuk resipi yang akan datang  seperti kebiasaan yang Diana buat dulu... :)

Jom semak resipinya.




SAMBAL DAGING UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 800 gm daging _ dihiris nipis
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris menyerong
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap

  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 1/2 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1 tsp serbuk cili
  • 1 1/2 tbsp tepung jagung
  • 2 cubit soda bikarbonat
  • 1/2 tsp kicap cair Loon Kee

Cara-Cara
  1. Perap daging bersama bahan perap selama 30 minit - 1 jam. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging seketika ( jangan goreng daging terlalu lama sebab ia akan menyebabkan daging tersebut liat ). Ketepikan. 
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  4. Masukkan serai dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  6. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  7. Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak. 
  8. Kemudian masukkan daging goreng dan gaul rata.
  9. Tambahkan air, air asam jawa dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  10. Setelah kuahnya pekat bolehlah masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Masak seketika.
  11. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  12. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, April 30, 2012

~ Vanilla Heart Cupcakes...

Sheery Dream Cakes | 9:53 AM | 19 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah... Bertemu lagi kita di pagi Isnin di penghujung bulan April ni... Moga semuanya sihat sejahtera dan gembira sentiasa hendaknya... Bagaimana cuaca kat tempat anda semua? Adakah hujan juga seperti kat sini? Awal pagi ni dah hujan lebat... Sejuk jer pepagi ni walaupun sejak pukul 3:30 am tadi black out... 

Dah dua hari dah badan nie rasa tak selesa... Kepala terasa berdenyut² jer... Petang sabtu tu sempat juga online kejap .. niat di hati sebenarnya nak BW masa tu.. Tapi oleh kerana tak larat dah rasanya bila kepala ni asyik berdenyut² jer... Terpaksa ler dibatalkan niat nak BW tu.. Kena ler rehatkan diri terlebih dahulu... Maaf sesangat tau tak sempat BW semalam...


Pagi Ahad tu Diana sempat buat CC ni untuk penuhi permintaan anak-anak yang nak makan Vanilla CC... Tu yang buat tu pagi kemarin.. Resipi CC ni Diana ambil dari blog Martha Stewart... Resipi yang mudah dan yang amat penting ianya sedap di tekak kami sekeluarga... Diana gabungkan Vanilla Cupcakes ni dengan Cream Cheese Frosting resipi dari Martha juga... Bagi Diana sekeluarga.. Gabungan keduanya ni memang sedaap... Memang menepati citarasa kami sekeluarga.. :


Ermmm... Bukan main slow lagi buat entri kali ni... Nak preview pun tak dapat... Sekarang ni kat sini masih hujan lebat.. Jadi line tenet makin tenat nampak gayanya... Ok ler tanpa membuang masa lagi jom tengok resipinya.. Terima kasih buat tuan empunya resipi di atas resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini.. Terima kasih... 


:: Resipi Dari Blog ~ Martha Stewart  ( TQ )



BILLY'S VANILLA, VANILLA CUPCAKES

Makes about 30 cupcakes

Ingredients
  • 1 3/4 cups cake flour _ *not self-rising
  • 1 1/4 cups unbleached all-purpose flour
  • 2 cups sugar
  • 1 tablespoon baking powder
  • 3/4 teaspoon salt
  • 1 cup unsalted butter _ cut into 1-inch cubes
  • 4 large eggs
  • 1 cup whole milk
  • 1 teaspoon pure vanilla extract

Directions

  1. Preheat oven to 325 degrees. Line cupcake pans with paper liners; set aside. 
  2. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, combine flours, sugar, baking powder, and salt; mix on low speed until combined. Add butter, mixing until just coated with flour.
  3. In a large glass measuring cup, whisk together eggs, milk, and vanilla. With mixer on medium speed, add wet ingredients in 3 parts, scraping down sides of bowl before each addition; beat until ingredients are incorporated but do not overbeat.
  4. Divide batter evenly among liners, filling about 2/3 full. Bake, rotating pan halfway through, until a cake tester inserted in the center comes out clean, 17 to 20 minutes.
  5. Transfer to a wire rack to cool completely. Repeat process with remaining batter. Once cupcakes have cooled, use a small offset spatula to frost tops of each cupcake. Decorate with sprinkles, if desired. Serve at room temperature.


:: Resipi Oleh ~ Martha Stewart ( TQ )



CREAM CHEESE FROSTING

Ingredients
  • 8 ounces cream cheese, room temperature
  • 8 tablespoons unsalted butter, cut into pieces, room temperature
  • 1 cup confectioners' sugar 
  • 1 teaspoon pure vanilla extract _ ( Diana bubuh 1/2 tsp sahaja )

Directions
  1. Place cream cheese in a medium mixing bowl. Using a rubber spatula, soften cream cheese. 
  2. Gradually add butter and continue beating until smooth and well blended. 
  3. Sift in confectioners' sugar and continue beating until smooth. 
  4. Add vanilla and stir to combine.
  5. ** ( Diana guna electric mixer untuk pukul adunan cream nie ).


:: Cara Diana pula ~ 
  1. Diana ambil sedikit adunan kek dan bubuh pewarna merah jambu dan ratakan di dalam loyang bersaiz kecil tapi tinggi.
  2. Kemudian bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C sehingga kek masak.
  3. Keluarkan kek dan sejukkan. Potong kek kepada beberapa bahagian kecil menggunakan cutter berbentuk hati atau jika suka boleh ukir sendiri dan potong menggunakan pisau yang tajam ( Diana buat yang nie sebab cutter berbentuk hati tu entah mana maid dah simpan.. Huhuu ). Ketepikan.
  4. Setelah itu, bubuh sedikit adunan kek yang selebihnya tadi ke dalam mangkuk kertas dan letakkan satu keping kek berbentuk hati di tengahnya.
  5. Lapis lagi dengan sedikit adunan kek sehingga 3/4 penuh.
  6. Bakar di dalam oven  yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 17 - 20 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dihias dengan cream cheese frosting ( resipi rujuk di atas ) atau cream pilihan masing-masing.
  8. Hias mengikut citarasa masing-masing.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, April 26, 2012

~ Ayam Laksamana...

Sheery Dream Cakes | 9:44 AM | 12 Comments so far
Assalamualaikum dan bertemu kembali... 

Untuk entri kedua ni Diana ingin sajikan dengan resipi dari CMG... Resipi diberi nama Ayam Laksamana... Wah klasik gitu nama resipi ni kan... Rasanya tersangat la sedaaapnya. Anda pasti akan jatuh cinta dengan resipi ni.. Percayalah...

Ayam Laksmana ni dah lama sangat dah habis... Diana masak pada awal bulan nie. Masak pada 3hb April hari tu.. Terlupa pula nak kongsikannya di sini..  Sesiapa yang pernah cuba Ayam Ros Pandan resipi CMG juga... Lebih kurang macam tu ler rasanya.. Ayam Ros Pandan tu memang dah menjadi resipi fav kami sekeluarga... Dan yang terbaru ni pula Ayam Laksamana ni pun dah termasuk dalam senarai menu fav kami sekeluarga.. Anak-anak memang suka sangat makan ayam ni... Tak henti-henti mereka memuji kesedapannya. Terima kasih CMG kerana berkongsi resipi-resipi yang sedap... Izinkan juga Diana kongsikan resipi Ayam Laksamana ni di sini ya.. Terima kasih... 


:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )


AYAM LAKSAMANA

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 1 camca besar gula melaka
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 camca besar sos cili
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 genggam kismis
  • 1 camca besar bawang goreng
  • 1 pokok daun ketumbar, potong kasar-kasar
  • Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan

Bahan Kisar Halus
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 1/2 biji pala, diparut ( nutmeg )

Cara Membuatnya
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar-kelar sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap-lembap saja. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kismis, gaul rata-rata dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan...




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, April 8, 2012

~ Udang Panggang Bersama Salsa...

Sheery Dream Cakes | 8:43 PM | | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Sekarang ni hujan dah mula lebat.. dan line tenet ni pun dah mula slow dah ni... Huhuuu.. Jadi sebelum keadaan lebih tak mengizinkan Diana terus online... Diana ambil kesempatan ni untuk update 1 lagi entri... Ni pun entri tertangguh ni sebenarnya... 

Udang Panggang Bersama Salsa ni memang kegemaran Diana.. Diana suka gandingkannya dengan Sky Blue Lemonade perisa Lemon. Memang best sangat... Hehheee... Tu kalau ikut tekak Diana lah ya.. Orang lain tak tau pula :).. Lain orang lain pula citarasanya eh... 

Eh! Panjang pula ceritanya kan... Sedangkan guruh dah berdendang-dendang tu.. Kilat pun dah beri amarannya dah... Baik lah.. Kita semak dulu resipi kali ni ya..



UDANG PANGGANG

Bahan-Bahan
  • 400 gm udang bersaiz besar _ dikupas kulitnya dan tinggalkan ekornya
  • 1/2 tsp serbuk cili 
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp rempah kari _ ( Diana guna rempah kari ayam dan daging Baba's )
  • 1/4 tsp serbuk jintan manis
  • 1/4 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk ketumbar
  • 2 tsp daun basil kering 
  • 1 tbsp mentega cair

Bahan-Bahan B
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • 1/2 tsp rempah kari
  • 1 tsp daun basil kering

Cara-Cara
  1. Toskan dan lap kering udang dan campurkan kesemua bahan-bahan A. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan B dan gaul sehingga bahan bersalut dengan udang.
  3. Perap selama 30 minit ( sementara tu boleh sediakan salsa ).
  4. Setelah itu bolehlah dipanggang hingga udang masak.
  5. Makan bersama salsa ( rujuk di bawah untuk resipinya ).




SALSA

Bahan-Bahan
  • 1/2 biji nenas bersaiz sederhana _ dikupas kulit dan dipotong kecil
  • 1 biji timun jepun _ dikupas kulit, buangkan tengahnya / bijinya dan dipotong kecil
  • 4 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong kecil
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 tbsp jus lemon ( boleh guna jus limau nipis jika tak suka jus lemon )
  • 2 tbsp minyak zaitun
  • 1 tangkai daun bawang _ dihiris
  • 1 tangkai daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula 

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  2. Sesuaikan rasa dan hidang bersama udang panggang.
  3. Boleh simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu jika suka ( Diana lebih suka simpan dulu salsa ni di dalam peti sejuk sebelum dihidang ).




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>