Tuesday, May 22, 2012

~ Kek Betik @ Papaya Cake...

Sheery Dream Cakes | 9:41 AM | 17 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah... Pagi ni demam Diana dah beransur baik dah.. Malam tadi memang tidak ke mana-mana pun... Tengkuk ni nak toleh kiri kanan pun terasa sakit... Ermm... Pagi ni mentang-mentang la tuan rumah demam.. Maka blog ni pun nak join demam sekali nampak gayanya.. Huhuu... Sukar untuk Diana buat entri kali ni.. Entah di mana silap dan penyebab semua ni.. Tengok setting semua ok.. Haih!!! Ker blogspot ada masalah eh? Setiap kali Diana enter... Maka tak nampak la bahagian kat atas tu.. Maksud Diana bahagian untuk kita klik nak letak gambar.. link... dan sebagainya tu... Nak preview pun tak dapat.. Tau tak apa masalahnya?

Buat masa ni memang bertambah la sakit kepala dengan masalah ni... Alahai blog!!! Kenapa la macam ni hari ni.. Tak apa la kan... Buat entri ni pelahan-lahan saja la.. Terpaksa tiap kali nak letak gambar, kena buka tab baru lagi lepas tu pergi ke edit post.. Tu saja caranya.. Adeeeh!!! Pengsaaan!! ( Pinjam word Che Mat Gebu ya .. Hehhee ).. Ha'! Bukan sahaja nak pinjam word tu tau... Hari ni Diana pun nak pinjam resipi dari dapur Che Mat Gebu juga... Resipi yang telah menarik minat Diana hari tu semasa singgah kat dapur CMG... Tak pernah lagi Diana buat malah merasa Kek Betik pun tak pernah lagi... Sebolehnya Diana cari juga buah betik yang masak kat kedai tu.. Alhamdulillah dapat juga beli... Hanya dapat beli jenis Betik Taiwan.. Ermm.. betik pun ada pelbagai jenis eh? Baru Diana tau.. Kek Betik ni boleh tahan juga rasanya tau.. Diana bubuh juga nutella dan peanut butter di tengah kek tu.. Letak juga hirisan betik di atasnya.. Daughter orang yang paling suka makan kek ni.. Sedap katanya.. Buat CMG.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. Terima kasih... 


:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

KEK BETIK @ PAPAYA CAKE

Bahan-Bahan
  • 80 gram mentega
  • 1 biji telur gred A, pukul sedikit
  • 170 gram betik yang masak ranum*
  • 3 camca besar susu segar* ( *dikisar halus )
  • 150 gram gula perang @ soft brown sugar _ ( Diana bubuh 120 gm sebab betik yang Diana guna agak manis )
  • 180 gram tepung gandum*
  • 1 1/4 camca teh baking powder*
  • 1/4 camca teh garam halus* ( *disatukan dan ayak )
  • 2 camca teh jus lemon 
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/3 cawan kismis _ ( Diana ganti kepada betik yang dipotong dadu kecil )
  • Badam cincang, untuk hiasan _ ( Diana tukar kepada hirisan betik )
  • Nutella dan Peanut Butter secukup kegunaan _ ( Diana tambah )

Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven pada suhu 175°C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul hingga rata.
  3. Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau hingga rata. 
  4. Tuang dalam tin yang telah disiapkan, ( Diana bubuh inti nutella dan peanut butter ). tabur dengan badam cincang rata² dan bakar selama 45 minit - 50 minit, bergantung pada oven masing². Sejukkan diatas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :-
Sebab mat guna tin bulat warna hitam, mat bakar guna suhu 160°C, seperti macam pernah mat bagi tau dulu, tin kek warna hitam kadar penyerapan haba dia agak tinggi dan kuat, jadi suhu memang perlu diturunkan untuk mengelak kek jadi hangus tapi tidak masak di bahagian dalam. Kalau guna tin aluminium biasa, anda boleh guna suhu seperti yang disyorkan..... Selamat mencuba!!..


Kek ni buat pada hari Sabtu lepas... Dah habis dah pun.. :). Mulanya tu memang tak ada niat nak ambil gambar sebab Diana masa tu dah mula rasa demam... Daughter yang tolong buat kek nie bersama... Bila dah potong dan makan kek ni... Timbul pula rasa sayang tak ambil gambarnya... Tu la kenapa kek ni tak ada gambar yang belum di potong.. Tu ler Al-Kisahnya... ^_^.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 15, 2012

~ Nasi Komok ( Khao Mok Gai )...

Sheery Dream Cakes | 10:49 AM | | | 19 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Nasi Komok ni memang dah ramai yang mencubanya kan. Tertarik dengan resipi ni, Diana masak untuk seisi keluarga tempoh hari. Sedap dan terima kasih kepada tuan empunya resipi dan semua yang telah mengetengahkan resipi yang sedaaap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Ada sedikit bahan yang Diana tambah.. Halal yer.. Terima kasih.. 


:: Resipi Asal ~ Azian @ Azian Collections  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Ayu @ Curlybabe's SatisfactionAlong @ HomeKreationTun @ Life is a constant battleHaSue @ I Love My LifeAnna @ Anna QawinaSiti Aisya @ Aisya Khuzaimah dan semua yang pernah mengetengahkannya  ( TQ )



NASI KOMOK ( KHAO MOK GAI )

Bahan-Bahan Rempah Komok
  • 2 tsp serbuk kari ayam / daging _ ( Diana guna rempah daging Baba's )
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk kayu manis
  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp gula

Bahan-Bahan
  • 5 cawan beras basmathi
  • 4 sudu minyak sapi _ ( Diana guna 4 tbsp minyak zaitun )
  • 4 - 5 ulas bawang merah*
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih*
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2 - 3 sudu rempah komok _ ( Rujuk bahan Rempah Komok di atas. Diana bubuh kesemuanya )
  • 200 ml susu cair
  • 1 ekor ayam
  • 8 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Rempah penumis ~ 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih
  • Bawang goreng

Bahan-Bahan yang Diana Tambah
1 kiub pati ayam Maggi
Biji gajus goreng
Kismis 

( Hiris benda bertanda)


Cara -Cara
  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja )
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
  3. Hiris nipis bahan bertanda *
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi / minyak zaitun hingga naik bau.
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( Diana lumur ayam dengan serbuk cili, halia tumbuk, garam, sedikit asam jawa, sos manis ABC dan tepung jagung ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
  9. Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. Biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
  11. ** Cara Diana pula ~ Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan 6 cawan kuah, susu cair, garam secukup rasa serta kuib ayam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Setelah petunjuk masa kat periuk nasi menunjukkan 4 minit lagi nasi hendak masak, masukkan biji gajus goreng dan kismis. Tutup penutup periuk semula dan biarkan nasi masak. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digemburkan. Sedia untuk dihidang.

Bahan-Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* _ ( sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan )
  • 6 biji cili merah*
  • Segenggam cili padi*_ ( Ayu tambah ) 
  • 4 ulas bawang merah_ ( Ayu tambah )
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • Gula, garam ,cuka _ secukup rasa

Cara-Cara

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masak hingga agak pekat.
  3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Hidang bersama nasi komok.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, May 11, 2012

~ Resipi Kek Batik Coklat Cheese Pesona...

Sheery Dream Cakes | 4:35 PM | 20 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Alhamdulillah.. Diberikan kita peluang bersua lagi hari ni walaupun hanya di alam maya... Beberapa hari yang lepas.. SBK terpaksa berehat seketika atas sebab yang tidak dapat d ielakkan.. Maaf sesangat tau.. Memang terasa rindu sesangat kat semua orang.. Namun keadaan yang tak mengizinkan membuatkan rindu tu terpaksa dipendam.. Huhuuu... 


Pagi ni tadi memang ada niat nak online.. Namun bila seawal pukul 7am menerima call hubby yang mengatakan Irfan mengamuk kat sekolah.. Nak ikut hubby balik :D.. Terus hilang niat nak online tu.. Risau berpanjangan sehingga ler saat bertemu Irfan semasa ambil dia balik sekolah tadi.. Al-Kisahnya macam ni.. Hari ni mereka kena pakai baju sukan.. Tetapiii.. Mummy dia ni teeersilap pakaikan baju.. Aduuh!!! Kasihannya Irfan.. Pasti dia malukan .. :(. Kecuaian ni berpunca apabila Diana terlewat bangun sebab migraine melanda beberapa hari ni.. dan bergegas sediakan sarapan dan kebetulan pula Irfan meminta popia jejari ketam pagi tadi.. Makanyaaaa.. Apabila semua dibuat dalam keadaan kelam kabut.. Sampaikan hari ni kena pakai baju sukan pun Diana terlupa.. Kasihan Irfan menangis kat sekolah.. :( Sorry Irfan Cayaaang... 


Baik ler.. Dah habis cerita Irfan cayaang... Kita beralih pula kat cerita Kek Batik Coklat Cheese Pesona yang sedap ni... Hari tu nampak Izah buat kek ni.. Idea yang sangat menarik kerana Izah gabungkan 2 resipi kek iaitu Kek Batik Coklat dan Kek Lapis Cheese Persona menjadi 1 resipi... Ternyata ianya memang sedaap... Terima kasih buat Izah dan kepada tuan empunya resipi asal kerana berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih... 


KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA

Lapisan Coklat ( Kek Batik Coklat Beragar - Agar )

:: Olahan Oleh ~ Izah  ( TQ )
:: Resipi Asal ~ Mylla @ My Resipi  ( TQ )
:: Idea Oleh ~ Noorsha @ 1001 Cerita 1001 Rasa  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ HaSue @ I Love My Life  ( TQ )

Bahan-Bahan

  • 2/3 cawan air
  • 1 sk serbuk agar-agar
  • 250 gm butter
  • 125 gm milo
  • 3 sb serbuk koko
  • 1/2 sk serbuk nescafe
  • 1/2 tin susu pekat ( tin 505gm ) _hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing²
  • 1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit

Cara-Cara
  1. Sediakan Loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
  2. Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar². Kacau sehingga cair ( *kacau hingga serbuk agar²  larut dan air mendidih ).
  3. Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali.
  4. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga milonya sebati.
  5. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi. ( *boleh rasa cicip kemanisan yang disukai ).
  6. Setelah pekat ( adunan yang mengandungi agar² ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal ). 
  7. Boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  8. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  9. Ulangi langkah No. 7 dan 8 sehingga adunan habis ( Diana tinggalkan sedikit adunan coklat untuk lapisan terakhir selepas lapisan cheese ).
  10. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  11. Potong dan siap untuk dihidangkan.
  12. *Untuk kek batik coklat beragar² ini tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti ais, sudah boleh dinikmati dan dipotong.


Lapisan Cheese ( Kek Lapis Cheese Persona ) _ *izah buat half Diana bust 1 adunan di bawah )

:: Resipi Asal Oleh ~  Ryo @ Ryoazhar ( TQ )

BahanBahan ~ ( Saiz 9x9 )

A

2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 g ( ryo guna jenama LEE ) 
500 ml susu segar, dipanaskan

B

500 g cheese cream ( Philadelpia / Tartura )
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus



Cara-Cara

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik / kertas minyak / baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu ( suam-suam panas ). Terus susun dalam bekas. ( Celup 1 saat je tau ).
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese. ( Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas-ramaskan je dalam penapis tu.. jadi serbuk lah ia.. )
  11. Tekan-tekan sikit permukaan tu dan masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

:: Ini pula cara yang Diana buat untuk mengabungkan 2 resipi di atas ~ 
  1. Keluarkan lapisan coklat ( kek batik coklat beragar-agar ) dari peti ais dan susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan coklat.
  2. Ratakan adunan cheese di atasnya ( Diana tuang adunan tu sekaligus ).
  3. Kemudian susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan cheese.
  4. Ratakan lapisan coklat ( adunan kek batik coklat beragar-agar ) di atasnya.
  5. Masukkan ke dalam peti ais semalaman.
  6. Hidang bersama Salted Caramel.

Diana hidang bersama Salted Caramel.. Tu pun kebetulan Diana juga buat untuk Choc Salted Caramel Cheesecake... Untuk resipi kek tu nanti baru update eh.. Hehhehee... Terima kasih buat Izah kerana idea gabungkan kedua resipi nie.. hasilnya memang sedaaap!!! 


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 1, 2012

~ Sambal Daging Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 12:21 PM | 9 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang... 

Sempena cuti hari ni pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk membawa keluarga pergi bersiar-siar kan... Diana sekeluarga tidak pergi mana pun... Hanya rehat di rumah saja.. Lagi pun hari ni cuaca teramatlah panasnya... Sekarang ni musim demam sana sini.. Ada baiknya rehat di rumah saja.

Hari ni Diana nak kongsikan 1 lagi resipi olahan dari resipi yang pernah Diana kongsikan dulu... Ingat tak dengan resipi Sambal Ayam Udang Kering .. Kepada sesiapa yang pernah mencuba resipi Sambal Ayam Udang Kering tu pasti ingat kan... :). Jutaan Terima Kasih Diana rakamkan kepada semua yang pernah mencuba resipi tu... Terima kasih sudi mencuba ya... Alhamdulillah.. Setakat ni menu tu menepati citarasa yang mencubanya... Kalau nak olah mengikut citarasa keluarga masing-masing pun boleh... Tiada masalah bagi Diana.. Dalam dunia masakan ni kita kena la memasak mengikut citarasa keluarga, ya tak?

Oleh kerana keluarga Diana suka sangat makan Sambal Ayam Udang Kering ni.. Jadi Diana olah ianya kepada daging pula... Bahanya tidak jauh bezanya pun... Hanya sedikit tambahan yang Diana buat.. Apa kata kita tengok pula olahan terbaru yang menggunakan daging pula.. Alhamdulillah... Hubby dan anak-anak pun suka makan... Lebih-lebih lagi daughter yang memang suka makan daging... Kalau nak tengok step by step boleh klik di  SINI.. Sekarang ni memang tak sempat nak buat step by step sebab masa masih mencemburui diri ni.. InsyaAllah bila dah free sikit nanti Diana akan buat step by step untuk resipi yang akan datang  seperti kebiasaan yang Diana buat dulu... :)

Jom semak resipinya.




SAMBAL DAGING UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 800 gm daging _ dihiris nipis
  • 1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
  • 2 batang serai _ dititik
  • 2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris menyerong
  • 3 tbsp cili kering kisar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air
  • Garam jika perlu
  • Gula melaka secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-Bahan Perap

  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 1 1/2 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
  • 1 tsp serbuk cili
  • 1 1/2 tbsp tepung jagung
  • 2 cubit soda bikarbonat
  • 1/2 tsp kicap cair Loon Kee

Cara-Cara
  1. Perap daging bersama bahan perap selama 30 minit - 1 jam. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging seketika ( jangan goreng daging terlalu lama sebab ia akan menyebabkan daging tersebut liat ). Ketepikan. 
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  4. Masukkan serai dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  6. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  7. Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak. 
  8. Kemudian masukkan daging goreng dan gaul rata.
  9. Tambahkan air, air asam jawa dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  10. Setelah kuahnya pekat bolehlah masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Masak seketika.
  11. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  12. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>