Friday, May 25, 2012

~ Brown Butter, Carrot, Pineapple, Coconut And Raisin Cupcakes ( Brown Butter Carrot Cupcakes ) ...

Sheery Dream Cakes | 9:45 AM | 20 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Indah sungguh suasana pagi ini.. Sang Mentari pagi bersinar terang disambut dengan kicauan burung... Bebunga kuning mekar cantik sesekali ditemani si rama-rama yang riang berterbangan bebas menikmati keindahan alam... Alangkah bahagianya hari ini.. 

Heheheee.. Adeeh!!! Pepagi dah buang tabiat kan... Haahaaa… Dah lama tak mengarang karangan.. Tu la tu jadinya.. Teringat pula zaman persekolahan dulu.. Diana suka ikut kursus sastera walaupun Diana bukan pelajar aliran sastera.. Minat sebenarnya..

Pagi nie Diana nak kongsikan resipi Cupcake yang Diana buat 2 hari lepas.. Masa tu memang tiada niat nak buat cc ni pun.. Bila mama beritahu pesanan jiran yang menjemput Diana pergi kenduri malamnya tu.. Terus ler buat cc ni.. Buat mengikut bahan yang ada kat rumah ni jer.. Bubuh ler mengikut gerak hati dengan berbekalkan pengetahuan asas yang pernah dipelajari sendiri... Tercipta ler cc ni.. Kiranya.. hentam jer ler ni kan.. Nasib baik menjadi.. Kalau tak... Mr.T kenyang lagi... :D.


Rasa cc ni lebih kurang dengan Brown Butter, Carrot, Apple And Coconut Muffins yang pernah Diana kongsikannya dulu... Cuma yang ni versi cupcake.. :). Ok ler.. Apa kata kita tengok resipi Brown Butter, Carrot, Pineapple, Coconut And Raisin Cupcakes ni.. Adeeh!! Panjangnya namaaa... Hehehee... Alaa beri jer nama Brown Butter Carrot Cupcakes.. Kan senang .. Hehhehee 


BROWN BUTTER CARROT CUPCAKES

Bahan-Bahan A ( Diayak )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 1 1/2 tsp serbuk kayu manis
  • 1/4 tsp serbuk buah pala ( nutmeg )
  • 1/2 tsp garam kalau perlu _ Bubuh sekiranya menggunakan unsalted butterTak perlu bubuh jika guna salted butter

Bahan-Bahan B
  • 250 gm mentega _ ( Diana guna SCS salted butter ) 
  • 1 1/2 cawan gula perang ( soft brown sugar )
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan sirap maple
  • 1 tsp esen vanilla

Bahan-Bahan C ( Dicampur dan Gaul Rata )
  • 1/2 cawan kelapa parut kering
  • 2 1/2 cawan lobak merah yang diparut
  • 1/2 cawan nenas _ dicincang ( Diana guna nenas dalam tin )
  • 1/4 cawan kismis _ dicincang


Cara-Cara
  1. :: Cara menyediakan Brown Butter ~ Cairkan mentega di atas api sederhana. Masak hingga keperangan. Setelah terbit aroma seperti kacang yang sedang dipanggang, bolehlah diangkat dan sejukkan. Ketepikan. 
  2. Campurkan gula perang dengan bahan-bahan A yang telah diayak. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Pukul telur, sirap maple, brown butter dan esen vanilla hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan campuran bahan kering tadi ( gula dan bahan-bahan A ) dan pukul rata.
  5. Masukkan bahan-bahan C dan kaup balikkan dengan menggunakan spatula hingga sebati.
  6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sehingga 3/4 penuh dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 20 - 25 minit atau hingga ianya masak.
  7. Angkat dan sejukkan sebelum disapu dengan cream pilihan.

Untuk cream nya tu anda boleh buat mengikut resipi pilihan masing-masing.. Diana pula lebih suka gabungkannya dengan Cream Cheese Frosting atau jika nak satu kelainan... Diana ada juga buat Mascarpone Cream Frosting.. 


MASCARPONE CREAM FROSTING

Bahan-Bahan
  • 175 gm mascarpone cheese
  • 75 gm mentega _ unsalted ( pada suhu bilik )
  • 3 tbsp gula aising
  • Secubit garam
  • 1/3 tsp lemon paste

Cara-Cara
  1. Pukul mascarpone cheese dengan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga adunan lembut.
  3. Masukkan garam dan lemon paste. Pukul sebati.
  4. Sedia untuk digunakan.
::  Diana taburkan juga denga kacang Pistachio cincang di atas cream tu  ::






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 22, 2012

~ Kek Betik @ Papaya Cake...

Sheery Dream Cakes | 9:41 AM | 16 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah... Pagi ni demam Diana dah beransur baik dah.. Malam tadi memang tidak ke mana-mana pun... Tengkuk ni nak toleh kiri kanan pun terasa sakit... Ermm... Pagi ni mentang-mentang la tuan rumah demam.. Maka blog ni pun nak join demam sekali nampak gayanya.. Huhuu... Sukar untuk Diana buat entri kali ni.. Entah di mana silap dan penyebab semua ni.. Tengok setting semua ok.. Haih!!! Ker blogspot ada masalah eh? Setiap kali Diana enter... Maka tak nampak la bahagian kat atas tu.. Maksud Diana bahagian untuk kita klik nak letak gambar.. link... dan sebagainya tu... Nak preview pun tak dapat.. Tau tak apa masalahnya?

Buat masa ni memang bertambah la sakit kepala dengan masalah ni... Alahai blog!!! Kenapa la macam ni hari ni.. Tak apa la kan... Buat entri ni pelahan-lahan saja la.. Terpaksa tiap kali nak letak gambar, kena buka tab baru lagi lepas tu pergi ke edit post.. Tu saja caranya.. Adeeeh!!! Pengsaaan!! ( Pinjam word Che Mat Gebu ya .. Hehhee ).. Ha'! Bukan sahaja nak pinjam word tu tau... Hari ni Diana pun nak pinjam resipi dari dapur Che Mat Gebu juga... Resipi yang telah menarik minat Diana hari tu semasa singgah kat dapur CMG... Tak pernah lagi Diana buat malah merasa Kek Betik pun tak pernah lagi... Sebolehnya Diana cari juga buah betik yang masak kat kedai tu.. Alhamdulillah dapat juga beli... Hanya dapat beli jenis Betik Taiwan.. Ermm.. betik pun ada pelbagai jenis eh? Baru Diana tau.. Kek Betik ni boleh tahan juga rasanya tau.. Diana bubuh juga nutella dan peanut butter di tengah kek tu.. Letak juga hirisan betik di atasnya.. Daughter orang yang paling suka makan kek ni.. Sedap katanya.. Buat CMG.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. Terima kasih... 


:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )

KEK BETIK @ PAPAYA CAKE

Bahan-Bahan
  • 80 gram mentega
  • 1 biji telur gred A, pukul sedikit
  • 170 gram betik yang masak ranum*
  • 3 camca besar susu segar* ( *dikisar halus )
  • 150 gram gula perang @ soft brown sugar _ ( Diana bubuh 120 gm sebab betik yang Diana guna agak manis )
  • 180 gram tepung gandum*
  • 1 1/4 camca teh baking powder*
  • 1/4 camca teh garam halus* ( *disatukan dan ayak )
  • 2 camca teh jus lemon 
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/3 cawan kismis _ ( Diana ganti kepada betik yang dipotong dadu kecil )
  • Badam cincang, untuk hiasan _ ( Diana tukar kepada hirisan betik )
  • Nutella dan Peanut Butter secukup kegunaan _ ( Diana tambah )

Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven pada suhu 175°C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul hingga rata.
  3. Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau hingga rata. 
  4. Tuang dalam tin yang telah disiapkan, ( Diana bubuh inti nutella dan peanut butter ). tabur dengan badam cincang rata² dan bakar selama 45 minit - 50 minit, bergantung pada oven masing². Sejukkan diatas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :-
Sebab mat guna tin bulat warna hitam, mat bakar guna suhu 160°C, seperti macam pernah mat bagi tau dulu, tin kek warna hitam kadar penyerapan haba dia agak tinggi dan kuat, jadi suhu memang perlu diturunkan untuk mengelak kek jadi hangus tapi tidak masak di bahagian dalam. Kalau guna tin aluminium biasa, anda boleh guna suhu seperti yang disyorkan..... Selamat mencuba!!..


Kek ni buat pada hari Sabtu lepas... Dah habis dah pun.. :). Mulanya tu memang tak ada niat nak ambil gambar sebab Diana masa tu dah mula rasa demam... Daughter yang tolong buat kek nie bersama... Bila dah potong dan makan kek ni... Timbul pula rasa sayang tak ambil gambarnya... Tu la kenapa kek ni tak ada gambar yang belum di potong.. Tu ler Al-Kisahnya... ^_^.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, May 15, 2012

~ Nasi Komok ( Khao Mok Gai )...

Sheery Dream Cakes | 10:49 AM | | | 19 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Nasi Komok ni memang dah ramai yang mencubanya kan. Tertarik dengan resipi ni, Diana masak untuk seisi keluarga tempoh hari. Sedap dan terima kasih kepada tuan empunya resipi dan semua yang telah mengetengahkan resipi yang sedaaap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Ada sedikit bahan yang Diana tambah.. Halal yer.. Terima kasih.. 


:: Resipi Asal ~ Azian @ Azian Collections  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Ayu @ Curlybabe's SatisfactionAlong @ HomeKreationTun @ Life is a constant battleHaSue @ I Love My LifeAnna @ Anna QawinaSiti Aisya @ Aisya Khuzaimah dan semua yang pernah mengetengahkannya  ( TQ )



NASI KOMOK ( KHAO MOK GAI )

Bahan-Bahan Rempah Komok
  • 2 tsp serbuk kari ayam / daging _ ( Diana guna rempah daging Baba's )
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk kayu manis
  • 1 tsp garam
  • 1 tbsp gula

Bahan-Bahan
  • 5 cawan beras basmathi
  • 4 sudu minyak sapi _ ( Diana guna 4 tbsp minyak zaitun )
  • 4 - 5 ulas bawang merah*
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih*
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2 - 3 sudu rempah komok _ ( Rujuk bahan Rempah Komok di atas. Diana bubuh kesemuanya )
  • 200 ml susu cair
  • 1 ekor ayam
  • 8 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Rempah penumis ~ 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih
  • Bawang goreng

Bahan-Bahan yang Diana Tambah
1 kiub pati ayam Maggi
Biji gajus goreng
Kismis 

( Hiris benda bertanda)


Cara -Cara
  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja )
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
  3. Hiris nipis bahan bertanda *
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi / minyak zaitun hingga naik bau.
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit ( Diana lumur ayam dengan serbuk cili, halia tumbuk, garam, sedikit asam jawa, sos manis ABC dan tepung jagung ). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
  9. Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. Biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.
  11. ** Cara Diana pula ~ Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan 6 cawan kuah, susu cair, garam secukup rasa serta kuib ayam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Setelah petunjuk masa kat periuk nasi menunjukkan 4 minit lagi nasi hendak masak, masukkan biji gajus goreng dan kismis. Tutup penutup periuk semula dan biarkan nasi masak. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digemburkan. Sedia untuk dihidang.

Bahan-Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* _ ( sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan )
  • 6 biji cili merah*
  • Segenggam cili padi*_ ( Ayu tambah ) 
  • 4 ulas bawang merah_ ( Ayu tambah )
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • Gula, garam ,cuka _ secukup rasa

Cara-Cara

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masak hingga agak pekat.
  3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Hidang bersama nasi komok.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, May 11, 2012

~ Resipi Kek Batik Coklat Cheese Pesona...

Sheery Dream Cakes | 4:35 PM | 20 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Alhamdulillah.. Diberikan kita peluang bersua lagi hari ni walaupun hanya di alam maya... Beberapa hari yang lepas.. SBK terpaksa berehat seketika atas sebab yang tidak dapat d ielakkan.. Maaf sesangat tau.. Memang terasa rindu sesangat kat semua orang.. Namun keadaan yang tak mengizinkan membuatkan rindu tu terpaksa dipendam.. Huhuuu... 


Pagi ni tadi memang ada niat nak online.. Namun bila seawal pukul 7am menerima call hubby yang mengatakan Irfan mengamuk kat sekolah.. Nak ikut hubby balik :D.. Terus hilang niat nak online tu.. Risau berpanjangan sehingga ler saat bertemu Irfan semasa ambil dia balik sekolah tadi.. Al-Kisahnya macam ni.. Hari ni mereka kena pakai baju sukan.. Tetapiii.. Mummy dia ni teeersilap pakaikan baju.. Aduuh!!! Kasihannya Irfan.. Pasti dia malukan .. :(. Kecuaian ni berpunca apabila Diana terlewat bangun sebab migraine melanda beberapa hari ni.. dan bergegas sediakan sarapan dan kebetulan pula Irfan meminta popia jejari ketam pagi tadi.. Makanyaaaa.. Apabila semua dibuat dalam keadaan kelam kabut.. Sampaikan hari ni kena pakai baju sukan pun Diana terlupa.. Kasihan Irfan menangis kat sekolah.. :( Sorry Irfan Cayaaang... 


Baik ler.. Dah habis cerita Irfan cayaang... Kita beralih pula kat cerita Kek Batik Coklat Cheese Pesona yang sedap ni... Hari tu nampak Izah buat kek ni.. Idea yang sangat menarik kerana Izah gabungkan 2 resipi kek iaitu Kek Batik Coklat dan Kek Lapis Cheese Persona menjadi 1 resipi... Ternyata ianya memang sedaap... Terima kasih buat Izah dan kepada tuan empunya resipi asal kerana berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih... 


KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA

Lapisan Coklat ( Kek Batik Coklat Beragar - Agar )

:: Olahan Oleh ~ Izah  ( TQ )
:: Resipi Asal ~ Mylla @ My Resipi  ( TQ )
:: Idea Oleh ~ Noorsha @ 1001 Cerita 1001 Rasa  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ HaSue @ I Love My Life  ( TQ )

Bahan-Bahan
  • 2/3 cawan air
  • 1 sk serbuk agar-agar
  • 250 gm butter
  • 125 gm milo
  • 3 sb serbuk koko
  • 1/2 sk serbuk nescafe
  • 1/2 tin susu pekat ( tin 505gm ) _hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing²
  • 1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit

Cara-Cara
  1. Sediakan Loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
  2. Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar². Kacau sehingga cair ( *kacau hingga serbuk agar²  larut dan air mendidih ).
  3. Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali.
  4. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga milonya sebati.
  5. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi. ( *boleh rasa cicip kemanisan yang disukai ).
  6. Setelah pekat ( adunan yang mengandungi agar² ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal ). 
  7. Boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  8. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  9. Ulangi langkah No. 7 dan 8 sehingga adunan habis ( Diana tinggalkan sedikit adunan coklat untuk lapisan terakhir selepas lapisan cheese ).
  10. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  11. Potong dan siap untuk dihidangkan.
  12. *Untuk kek batik coklat beragar² ini tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti ais, sudah boleh dinikmati dan dipotong.


Lapisan Cheese ( Kek Lapis Cheese Persona ) _ *izah buat half Diana buat 1 adunan di bawah )

:: Resipi Asal Oleh ~  Ryo @ Ryoazhar ( TQ )

BahanBahan ~ ( Saiz 9x9 )

A

2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 g ( ryo guna jenama LEE ) 
500 ml susu segar, dipanaskan

B

500 g cheese cream ( Philadelpia / Tartura )
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus



Cara-Cara
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik / kertas minyak / baking paper.
  5. Panaskan susu segar, padamkan api.
  6. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu ( suam-suam panas ). Terus susun dalam bekas. ( Celup 1 saat je tau ).
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese. ( Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas-ramaskan je dalam penapis tu.. jadi serbuk lah ia.. )
  11. Tekan-tekan sikit permukaan tu dan masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

:: Ini pula cara yang Diana buat untuk mengabungkan 2 resipi di atas ~ 
  1. Keluarkan lapisan coklat ( kek batik coklat beragar-agar ) dari peti ais dan susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan coklat.
  2. Ratakan adunan cheese di atasnya ( Diana tuang adunan tu sekaligus ).
  3. Kemudian susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan cheese.
  4. Ratakan lapisan coklat ( adunan kek batik coklat beragar-agar ) di atasnya.
  5. Masukkan ke dalam peti ais semalaman.
  6. Hidang bersama Salted Caramel.

Diana hidang bersama Salted Caramel.. Tu pun kebetulan Diana juga buat untuk Choc Salted Caramel Cheesecake... Untuk resipi kek tu nanti baru update eh.. Hehhehee... Terima kasih buat Izah kerana idea gabungkan kedua resipi nie.. hasilnya memang sedaaap!!! 


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>