Monday, August 25, 2014

~ Resipi Mango Casablanca...

Sheery Dream Cakes | 8:21 AM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang.... Bertemu kembali di entri Mango Casablanca yang sangat sedap ini... Resipi Diana ikut dari blog Akak Amie ... Memang sudah lama sangat tergoda dengan Mango Casablanca ini.. Tapi minggu lepas baru ada kesempatan membuatnya... Memang berbaloi mencuba tau... 
Buat Akak Amie... Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya akak... Terima kasih akak.. :)

Kepada sesiapa yang ingin mencubanya.. Bolehlah semak resipinya di bawah ya… 

:: Sumber ~ Akak Amie @ Amie's Little Kitchen  ( TQ )

MANGO CASABLANCA 


Bahan-Bahan
  • 27 keping Biskut Cream Crakers
  • 1 kg mangga masak ranum _ kupas kulit dan hiris nipis
  • 250 gram Philadelphia Cream Cheese
  • 2 tin ( 300gram setiap 1 tin ) Nestle Cream _ ( Diana hanya bubuh 2 tin Nestle cream, 170gm setiap 1 tin )
  • 1/2 cawan whipping cream _ ( Diana tambah )
  • 300ml Sweeted Cream _ boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
  • Susu cair _ pilihan ( Amie tidak gunakan ) _ Diana tidak bubuh
  • Susu segar secukup kegunaan _ Diana tambah
  • Bekas persegi ukuran 8" X 8" 

Cara- Cara
  1. Pukul Cream Cheese, Nestle Cream, whipping cream ( jika anda menggunakannya ) dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
  2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
  3. * Langkah ini Diana tambah  ~ Celup biskut ke dalam susu segar sekejap, jangan sampai ianya lembik ya. 
  4. Susun 3x3  biskut berjumlah 9 keping.
  5. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
  6. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
  7. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
  8. Susun lagi 3x3  biskut sebanyak 9 keping.
  9. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
  10. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
  11. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
  12. Keluarkan bekas dari peti sejuk dan potong untuk dinikmati.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, August 18, 2014

~ Tiramisu Cake...

Sheery Dream Cakes | 4:52 PM | | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Kek Tiramisu ini bukan Diana yang buat ya… Anak perempuan Diana buat untuk kawan dia… Diana cuma jadi tukang gambar dan edit gambar kek ini sahaja… Jika hendak resipi tiramisu.. Boleh klik di SINI atau di SINI

Untuk entri kali ini kita cuci mata dengan gambar-gambar kek tiramisu sahaja ya… Hehehee…. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, August 17, 2014

~ Super Moist Dark Chocolate Cake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 1:37 PM | 6 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang… 

Bertemu kita kembali di entri kek coklat yang comot ini… Hehehe… Semua sudah sedia maklum yang Diana memang tidak mahir mendeko kek kan kan kaan… Hihiii….

Tak percaya? Ha… Apa kata tengok gambar di bawah tu…


Kan….. Hehehee… Memang kek coklat ini sesangat lah comotnya… Hahaaa…. Tak apa lah kan… Yang penting boleh dinikmati gitu… Kadang-kadang yang comot ni pun cantik juga… Hehe...

Baiklah.. Apa kata kita tertus sahaja semak resipinya ya... Resipi dari Sweetapolita. Tq buat Sweetapolita dan izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya..




:: Resipi Oleh ~  Sweetapolita  ( TQ ) 

SUPER MOIST DARK CHOCOLATE CAKE

Ingredients
  • 2 1/4 cups ( 285 grams ) all-purpose flour
  • 2 1/3 cups ( 470 grams ) superfine sugar
  • 3/4 cup ( 90 grams ) dark Dutch-process cocoa powder ( I use Cacao Barry Extra Brute )
  • 2 1/2 teaspoons ( 12 grams ) baking soda
  • 2 teaspoons ( 10 grams ) baking powder
  • 1 teaspoon ( 8 grams ) salt
  • 1 1/4 cups ( 300 ml ) buttermilk
  • 3/4 cup ( 180 ml ) brewed coffee or espresso
  • 2/3 cup ( 160 ml ) vegetable oil
  • 3 eggs, room temperature
  • 1 tablespoon ( 15 ml ) pure vanilla extract


Instructions
  1. Preheat oven to 350°F. Prepare three 7-inch round cake pans with nonstick spray and parchment rounds.
  2. In bowl of electric mixer fitted with the whisk attachment, sift all dry ingredients, including sugar. Combine eggs, buttermilk, coffee, oil and vanilla in a measuring cup and beat lightly with a fork.
  3. Add milk mixture to the dry ingredients mix for 1 minute on medium speed ( you may need the plastic splash-guard that comes with mixer ). Divide batter evenly among prepared pans--each pan should contain about 600 grams of batter.
  4. Bake the first 2 layers for 20 minutes and rotate pans in oven. Continue to bake until toothpick or skewer comes almost clean ( a few crumbs ), about 5 more minutes. Cool on wire racks for 20 minutes. Repeat with remaining layer, and then gently invert onto racks until completely cool.


:: NOTE ~ Diana hanya lapis kek coklat ini dengan fresh cream dan blueberry filling.. Lepas itu saluti keseluruhan kek dengan chocolate ganache.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, August 13, 2014

~ Rindunyaaa & Mini Red Velvet Cake…...

Sheery Dream Cakes | 5:08 PM | | | 3 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga semuanya sihat sejahtera hendaknya selalu… Buat masa sekarang ni Diana agak sibuk sedikit.. Blog pun sudah lama tidak berupdate… Hari ni ada sedikit kelapangan.. Alhamdulillah dapat juga bertanyakan khabar anda semua… Rindunya kat semua orang...

Hari ini sudah 17 hari kita bersama bulan Syawal 1435… Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang untuk bernafas di bumi Allah ini… 

Diana percaya masih ramai yang membuat jamuan hari raya di rumah masing-masing kan… Cuma mungkin hanya dibuat ketika cuti hujung minggu sahaja… Begitu juga di sini :).. Masih lagi ada jemputan rumah terbuka di hujung minggu…

Diana hanya buat rumah terbuka 2 kali sahaja tahun ini… Buat pada 1 Syawal dan pada 13 Syawal hari tu… Di kesempatan ini Diana ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke rumah Diana tempoh hari… :)

Baiklah… Tiada resipi yang hendak Dikongsikan bersama… Cuma jom kita cuci mata dengan salah satu desserts yang disediakan pada 13 Syawal tempoh hari… Mini Red Velvet with Strawberry cream cheese frosting yang dibuat oleh anak perempuan Diana ni… Tahun ini tugasan penyediaan desserts rumah terbuka telah diambil alih oleh dia… Bolehlah mummy dia ni rehat sikit kan… Alhamdulillah… Dah besar dah anak mummy…. TQ sayang… ;)

Jika hendak rujuk resipi Red Velvet Cake boleh klik DI SINI ya.....


Sampai di sini saja buat kali ini… Jumpa lagi di entri akan datang… InsyaAllah….



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>