Thursday, May 12, 2016

~ Resipi Ayam Mentega Basah...

Sheery Dream Cakes | 9:02 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Moga anda semua sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan sihat-sihat hendaknya selalu... Pejam celik.. Pejam celik.. Sekarang kita sudah berada di bulan Mei 2016.. Tidak lama lagi seluruh umat islam akan bertemu bulan Ramadhan yang dirindui.. Bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya.. Semoga kita dapat bertemu lagi bulan yang penuh berkah, rahmat dan ampunan ini.. In Shaa Allah..


Hari ini Diana kongsikan resipi Ayam Mentega Basah yang Diana olah dari resipi Udang Mentega Basah.. Hari tu Diana masak udang menggunakan resipi ini.. Memang sedap sangat dan pagi tadi tekak ini teringin hendak makan ayam mentega.. Teringat pada resipi udang mentega basah ni.. Tu yang cuba menggunakan ayam pula tu.. Alhamdulillah sedap...

Terima kasih kepada Sabariah Muda atas resipi yang sedap ini ya.. Izinkan akak kongsikannya di sini pula...


AYAM MENTEGA BASAH  olahan oleh SheeryDreamCakes

Bahan-Bahan A 
  • 750 gm ayam yang dibuang kulit dan tulangnya _ dipotong kecil
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika suka
  • 1 biji telur 

Bahan-Bahan B ( dicampur rata )
  • 75 gm Bunga Raya Fried Chicken All Purpose Seasoned flour- Classic
  • 75 gm Bunga Raya Fried Chicken All Purpose Seasoned flour- Hot & Spicy

Bahan-Bahan C
  • 5 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar _ dipotong dadu kecil
  • 3 tangkai cili padi _ dipotong-potong
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 - 1 1/3 tin susu cair ( mengikut selera masing-masing )
  • Sedikit perencah pati ayam Tumix
  • Garam
  • Sedikit gula jika perlu

Cara-Cara 
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Perap selama 10 minit.
  2. Kemudian saluti ayam dengan campuran tepung ( bahan-bahan B ) dan goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga masak kekuningan.
  3. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan.
  4. Di dalam kuali / periuk yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang besar, bawang putih, daun kari serta cili padi sehingga naik aromanya dan bawang kekuningan.
  5. Masukkan serbuk kari, susu cair dan perencah pati ayam. Gaul rata dan sesuaikan rasa. Tambahkan garam dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masak sehingga kuahnya pekat.
  7. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas.


:: Resipi Asal Oleh ~ Sabariah Muda  ( TQ )

UDANG MENTEGA BASAH


Bahan-Bahan
  • Udang segar 
  • Bawang putih dua ulas (dicincang) 
  • Bawang besar holland (potong dadu)
  • Cili api ~ dalam 3 biji gitu
  • Daun kari
  • 1 sudu kecik serbuk kari 
  • 3/4 tin susu cair
  • Sedikit maggi cukup rasa / kiub ayam
  • Tepung jagung 
  • Butter dalam 3 sudu besar

Cara-Cara

  1. Mula-mula gaul udang dengan sedikit garam dan tepung jagung....goreng hingga garing ----> gune tepung kfc pon sodapp jgk. 
  2. Panaskan butter, bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi..goreng sehingga naik bau dan bawang kekuningan.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari ...susu cair kemudian perasakan dengan kiub ayam / maggi cukup rasa.
  4. Nak kuah pekat boleh tambah sedikit tepung jagung....saba masak smpi pekat aje...x tambah tpg jagung.
  5. Siap!!!!
  6. Nak sedap....lps goreng udang tu ketepikan...bile nak makan baru tuangkan kuah tu kat atas udang baru laa rase kruk krak kruk krak rangup udang tu....ok...selamat mencuba.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Ikan Masak Hijau...

Sheery Dream Cakes | 8:18 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah... Diberi kesempatan lagi bersiaran untuk kali ini.. Hari ini Diana ingin kongsikan sekali lagi resipi yang pernah dikongsikan di sini suatu ketika dulu... Jika hendak tengok entri yang lepas, bolehlah klik DI SINI ya..

Resipi asal menggunakan ikan pari dan menggunakan cili hijau dalam resipinya ini. Tetapi untuk kali ini, Diana tukarkannya kepada cili merah.. Sebab itulah langsung tak nampak macam ikan masak hijau ya... Baiklah, Apa kata kita semak resipinya sekali lagi...


:: Resipi Asal ~ Ikan Pari Masak Hijau 

IKAN MASAK HIJAU


Bahan-Bahan
  • 2 - 3 ekor anak ikan pari ( Diana gantikan dengan jenis ikan yang lain ) _ dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar sambal belacan
  • 3 - 4 batang daun kari
  • 3 batang cili hijau dihiris _ k.nor tumbuk kasar ( Diana pun tumbuk kasar )
  • 1 - 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 5 - 7 bj cili padi _ dihiris ( yg ni k.nor tambah ) _ Diana pun tambah juga

Cara-Cara
  1. Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. 
  2. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. 
  4. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . 
  5. Masukkan sedikit perasa dan garam jika perlu dan gaul rata. 
  6. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. 
  7. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. 
  8. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, February 6, 2016

~ Segalanya Tentang Kek Kukus Lapis...

Sheery Dream Cakes | 8:27 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kek Kukus Lapis merupakan salah satu kek yang menjadi kegemaran setiap kali tibanya sesuatu perayaan terutamanya perayaan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina di sini... Kek kukus lapis boleh didapati di dalam pelbagai rasa, warna dan corak.. Memang rambang mata hendak merasa yang mana dahulu pada musim perayaan tu... kalau boleh semua hendak dirasa.. 

Bagi yang membuatnya sendiri pula, memang ingin buat semua resipi kek kukus lapis yang pernah dicuba.. namun untuk membuatnya memang memerlukan pengorbanan dari segi masa dan kesabaran yang tinggi.. Kadang-kadang masa mengukus 1 biji kek tu ada yang memerlukan 4-5 jam dan ada juga kek yang sampai 6 jam masa mengukus yang diperlukan..  


Kek kukus lapis yang anda dapat saksikan di dalam gambar ini ialah Kek Kukus Lapis Keju Pelangi / Rainbow Colours Cheese Layered Cake... Resipi dari Buku Y3K, Vol.8, Cheese Layered Cakes.. Terdapat 61 resipi disertakan bersama langkah demi langkah pada setiap resipi yang ada di dalam buku ini..  Memang tak rugi mendapatkan buku ini...

Sampai di sini dulu buat kali ini.. Sampai kita bertemu kembali di lain entri.. In Sha Allah..





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 5, 2016

~ Resipi Kek Batik Horlicks...

Sheery Dream Cakes | 3:28 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Masih diberi kesempatan untuk bersiaran di hari Jumaat yang mulia ini.. Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Kek Batik Horlicks versi terbaru SBK.. Jika sudi.. bolehlah semak resipinya di bawah ya..



KEK BATIK HORLICKS

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula kastor
  • 6 biji telur
  • 180 gm tepung gandum
  • 200 gm susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 2/3 cawan Nestle nestum original 
  • Biskut Marie Munchy's secukup kegunaan
  • Choc Rice secukupnya
    ** NOTE ~ Kurangkan sukatan gula dan susu pekat manis sekiranya tidak suka manis.


    Cara-Cara
    1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
    2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
    3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
    4. Tambahkan tepung gandum, horlicks dan nestum. Pukul adunan hingga sebati.
    5. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga adunan pekat ( rujuk SINI cara memasaknya ).
    6. Tutupkan api. Kemudian masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
    7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
    8. Taburkan choc rice di atas kek.
    9. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. Lebih elok jika dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.
    10. ** Cara lain untuk melapis kek ~ Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
    11. Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
    12. Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. 






    BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>