Friday, February 10, 2017

~ Cinnamon Sugar Pull-Apart Bread Recipe...

Sheery Dream Cakes | 8:42 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran lagi bersama entri Cinnamon Sugar Pull-Apart Bread. Roti ini salah satu roti kegemaran kami sekeluarga. Memang sudah banyak kali Diana membuatnya. Kepada sesiapa yang memang suka makan cinnamon sugar, anda boleh cuba resipi ini. Sedap di tekak kami sekeluarga.

Apabila Diana buat roti ini, memang Diana akan tabur banyak-banyak cinnamon sugar tu.. Sebab Diana sendiri sememangnya suka makan roti yang ada cinnamon sugar.

Resipi kali ini Diana ikut dari blog Joy The Baker. Resipi ini memang sudah lama popular di kalangan blogger masakan. Terima kasih kepada tuan empunya resipi, Akak NorDjDayang JackIzahShidah dan kepada semua yang pernah mengetengahkan resipi ini. Kali ini izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih....



CINNAMON SUGAR PULL-APART BREAD

For the Dough
  • 2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
  • 1/4 cup gula kasar
  • 2 1/4 sudu kecik yeast
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 4 tbs butter
  • 1/3 cup susu penuh krim
  • 1/4 cup air
  • 2 biji telur  ( size A )
  • 1 sudu kecil Vanilla extract


For the Filling

  • 1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor ( boleh gak gantikan dengan gula perang ) 
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis  ( cinnamon ) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer _ Diana bubuh 2 sudu kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sebab tak ada stok
  • 4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown


Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan.
  2. Pukul telur, ketepikan.
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  4. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

Note : dough yang sudah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. ( I skipped this )
  1. Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 
  2. utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah. 
  3. Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
  4. Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
  5. Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kaedah K.Nor bila guna BM:
  1. Masukkan bahan cecair dulu ( bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila )
  2. Masukkan bahan-bahan kering ( tepung, yis, gula dan garam )
  3. On kan BM dan biarkan ia menguli seperti biasa.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, February 9, 2017

~ Resipi Pulut Kuning Bersama Rendang Daging...

Sheery Dream Cakes | 1:11 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pulut Kuning merupakan sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Beras pulut direndam bersama air kunyit bersama asam gelugor semalaman. Dikukus pula bersama santan , garam dan daun pandan sehingga ianya masak. Rasa lemak pulut beraroma daun pandan ini memang serasi dimakan bersama serunding, rendang atau sambal tumis.

Baru-baru ini, menu pulut kuning tiba-tiba menjadi popular di mata dunia. Pulut kuning merupakan salah satu menu yang telah disajikan oleh Chef Safura Tawil yang telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Embassy Chef Challenge 2016 di Ottawa, Kanada. Selain pulut kuning bersama serunding dan rendang daging, Chef Safura juga menyajikan otak-otak bersama acar dan sambal udang serta sate ayam berkuah kacang.

Hari ini sekali lagi kita singgah ke dapur Che Mat Gebu ya. Resipi pulut kuning ini Diana ikut dari resipi Dapur Tanpa Sempadan. Izinkan Diana panjangkan resipinya di sini ya Che Mat. Terima kasih... Jom semak resipinya. 



PULUT KUNING

Bahan-Bahan
  • 500 gram beras pulut
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan santan cair*
  • 3/4 camca teh garam*disatukan dan kacau rata )
  • 2 helai daun pandan
  • 100 ml pati santan (santan pekat)

Cara Membuatnya
  1. Cuci beras pulut, kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam gelugor. Biarkan semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian tos dan masukkan ke dalam loyang ( cm guna loyang saiz 9 inci ).
  2. Tuang santan cair, dan masukkan daun pandan. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Kareh atau gaulkan pulut tadi. Tuang pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau hingga pulut masak. Keluarkan daun pandan dan boleh dihidangkan bersama sambal tumis, rendang, kari atau serunding.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Rendang Daging Klasik...

Sheery Dream Cakes | 12:24 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Fenomena cuaca sejuk di Sabah yang disebabkan oleh tiupan angin sejuk yang datang dari Siberia merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk Sabah ini akan dapat dirasai sehingga bulan Mac ini. Beberapa hari ini cuaca sejuk juga dapat kami rasakan di W.P.Labuan. Hari ini cuaca sememangnya sejuk. Sejak awal pagi tadi hingga ke tengahari ini, Diana langsung tidak on kipas atau aircond. Pijak lantai pun terasa sejuknya. 

Sejuk-sejuk begini sememangnya perut cepat berbunyi. Melayan perut yang semakin rancak berkeroncang, apa kata kita masuk ke dapur dan nikmati rendang daging bersama pulut kuning. Sedap sangat!

Resipi dari Dapur Tanpa Sempadan ini sememangnya sedap. Terima kasih buat Che Mat Gebu kerana sudi berkongsi resipi rendang daging klasik ini. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya. Terima kasih...



RENDANG DAGING KLASIK

Bahan-Bahan
  • 2 kg daging lembu pejal, dipotong kiub, cuci dan toskan
  • 2 kuntum bunga kunyit, hiris halus'
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 liter santan ( dari 3 biji kelapa )
  • Air panas secukupnya
  • 5 camca besar penuh kerisik
  • 4 camca besar rempah kari daging Baba's
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 camca besar hirisan gula melaka
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Kisar Halus
  • 2 biji bawang besar, saiz sederhana
  • 18 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 10 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 2 inci kunyit hidup
  • 30 biji cili padi
  • 12 batang serai, hiris halus

Bahan Tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 8 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus

Cara Membuatnya
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan rempah kari + bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat. Masukkan garam ( sedikit dahulu ), kerisik,  asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
  3. Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap. Masuk hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat, lemang, nasi dan sebagainya.

CATATAN MAT GEBU :- 
Jangan letak garam banyak2, dikhuatiri daging akan lambat empuk dan rendang anda akan jadi masin bila ia kering nanti. Satu lagi tips yang mat selalu buat, untuk memastikan rendang anda tahan lama, bekas yang anda guna untuk menyimpan rendang harus kering, bersih dan jika menggunakan periuk, panaskan sekejap periuk tadi, kemudian masukkan rendang. JANGAN tutup rapat periuk berisi rendang panas, biarkan ia renggang sedikit, ini untuk mengelakkan wap air yang terkumpul akan masuk kembali dalam rendang anda dan menyebabkan ia cepat basi. Senduk yang anda guna pun harus kering dan bersih...ok tu saja, sekian terima kasih.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, February 6, 2017

~ Resipi Bihun Goreng Tom Yam...

Sheery Dream Cakes | 3:37 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bihun goreng memang kegemaran kami sekeluarga. Hari ini Diana kongsikan resipi bihun goreng tom yam yang simple sahaja. Masak mengikut bahan yang ada. Anda boleh menambah daging, ayam, makanan laut atau bahan lain mengikut selera masing-masing ya. 

Sebenarnya bihun goreng ini lebih kepada selera anak kecil di rumah ini. Dia kurang suka bihun goreng yang dicampur banyak bahan di dalamnya. Kalau ikutkan seleranya memang bihun goreng telur sahaja... Hehehe..

Baiklah, jom kita semak resipinya di bawah.


BIHUN GORENG TOM YAM 

Bahan-Bahan
  • 300 gm bihun _ direndam hingga kembang dan tuskan
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar _ dihiris halus
  • 1 bungkus perencah tom yam kung adabi
  • 2 tbsp cili boh
  • 1 tbsp sos ikan
  • Sedikit sos cili Thai Maggi
  • Sedikit sos cili Maggi
  • Sedikit daun kucai _ dipotong 1 inci panjang
  • Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Kisar 
  • Segenggan udang kering _ cuci, rendam, bersihkan dan tuskan
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 sudu besar bunga kantan yang dihiris kasar

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang besar hiris. Tumis sehingga layu.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, perencah tom yam dan cili boh. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging ayam kisar dan gaul rata.
  4. Setelah ayam masak, masukkan sos cili thai, sos cili, gula dan sos ikan. Gaul dan masak seketika.
  5. Masukkan bihun dan sedikit air. Gaul sehingga semua bahan sebati. 
  6. Masukkan daun kucai dan gaul rata.
  7. Sesuaikan rasa dan sekiranya kurang masin, bolehlah ditambah sedikit lagi sos ikan dan gaul sebati.
  8. Tutupkan api dan hidang bersama telur dadar hiris.

:: NOTE ~
Anda boleh menambah bahan lain seperti ayam, daging, makanan laut atau bahan lain mengikut citarasa masing-masing.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>