Saturday, June 10, 2017

~ Resipi Sup Ayam Tomato...

Sheery Dream Cakes | 9:06 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sup Ayam Tomato ni sangat mudah untuk disediakan. Ianya amat sesuai dimasak ketika hari sibuk atau hari bekerja. Bahan-bahannya ringkas sahaja dan cara memasaknya pun teramatlah senangnya. Kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan-bahannya. Utamanya bagi suri rumah yang bekerja yang mana perlu menyediakan menu makan malam untuk seisi keluarga, menu ni amat sesuai sekali. 

Diana pernah kongsikan resipinya  DI SINI dulu. Nak tau mudah atau tidak cara penyediaannya, apa kata kita semak resipinya di bawah.

Untuk tengok entri yang lepas, anda boleh klik DI SINI.

SUP AYAM TOMATO

Bahan-Bahan
  • 700 gm ayam _ dipotong ketulan kecil
  • 2 biji ubi kentang _ dipotong 8 ( kalau ubi kentang tu kecil potong 4 sahaja )
  • 1 batang lobak merah _ dipotong bulat
  • 3 biji tomato _ dipotong 4
  • 1 biji bawang besar _ dipotong 8
  • 2 inci halia _ dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Didihkan air secukupnya d dalam periuk. Masukkan kesemua bahan kecuali garam.
  2. Masak sehingga mendidih di atas api kuat.
  3. Kemudian renih sehingga ayam masak di atas api sederhana.
  4. Bubuh garam dan sesuaikan rasa.
  5. Angkat dan hidang ketika ianya masih panas.


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, June 9, 2017

~ Resipi Sirap Lemon Laici...

Sheery Dream Cakes | 3:42 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sirap Lemon Laici ini merupakan gabungan Sirap Lemon Sky Blue bersama buah dan air laici di dalam tin. Sudahkah anda mencuba perisa terbaru sirap Lemon keluaran SkyBlue ini? Kepada sesiapa yang ingin mencubanya, bolehlah dapatkannya di kilang SkyBlue atau di kedai berdekatan dengan anda ya. Tetapi sirap ni tiada di Semenanjung ya. Hanya boleh didapati di W.P. Labuan, Brunei Darussalam, Limbang dan kawasan yang berdekatan dengannya.

Mudah sahaja cara penyediannya. Seperti biasa, bubuhlah mengikut selera masing-masing. Jom semak cara penyediannya.



SIRAP LEMON LAICI

Bahan-Bahan
  • Sirap Lemon Sky Blue
  • Laici dalam tin
  • Air sejuk secukup kegunaan
  • Ketulan ais secukupnya

Cara-Cara
  1. Tuangkan sirap lemon ke dalam jug atau gelas dan tambahkan air laici serta buah laici. 
  2. Tambahkan air sejuk secukupnya. 
  3. Kacau dan bubuh ketulan ais. Hidang.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, June 8, 2017

~ Resipi Ayam Panggang Kerisik...

Sheery Dream Cakes | 12:22 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ayam Panggang Kerisik  ni merupakan juadah kami seisi keluarga semasa bersahur pagi tadi. Cara penyediaannya pun mudah sahaja. Tu yang masak untuk bersahur pagi tadi. Dah lama Diana tidak masak Ayam Panggang Kerisik ni. Kelmarin tiba-tiba pula teringat resipi ni. Dulu Diana pernah kongsikannya di entri INI. Tetapi untuk hari ni Diana akan kongsikan resipi yang sedikit berbeza dari resipi yang lepas ya. Tidaklah banyak sangat bezanya. Sedikit saja. Jom semak resipi untuk versi terbaru ni.



AYAM PANGGANG KERISIK

Bahan-Bahan
  • 4 keping paha ayam _ buangkan tulangnya dan potong kepada 2 bahagian
  • 3 tbsp kerisik _ ( boleh juga bubuh 2 tbsp jika tidak suka banyak kerisik )
  • 200 ml santan pekat _ ( 1 kotak )
  • 2 helai daun kunyit _ diracik halus
  • Paste asam jawa secukup rasa
  • Garam
  • Gula Melaka
  • Air secukup kegunaan

Bahan-Bahan Dikisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi _ ( boleh ditambah jika suka pedas )
  • 1 biji buah tomato
  • 1 tbsp serbuk kunyit
  • 3 tbsp serbuk kari daging Baba's 

Cara-Cara
  1. Campurkan ayam dengan bahan-bahan yang dikisar. Ramas sehingga semua bahan bersalut rata. Perap selama 10 minit atau lebih. 
  2. Masukkan ayam berserta bahan-bahan kisar ke dalam kuali / periuk. Tuangkan santan dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
  3. Tambahkan garam, gula melaka, paste asam jawa dan kerisik. Teruskan memasak hingga ayam empuk dan perencah meresap, angkat.
  4. Kemudian panggang ayam seketika untuk menambahkan aromanya.
  5. Sementara itu, teruskan menumis lebihan perencah sehingga garing dan pecah minyak ( tambahkan sedikit minyak jika perlu ketika menumis ).
  6. Angkat ayam dari oven dan tuangkan juga lebihan perencahnya ketika menghidang.
  7. Taburkan hirisan daun kunyit di atasnya dan jika suka bolehlah perahkan jus limau kasturi ketika menghidang..
  8. Nikmati bersama nasi panas atau ketupat.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, June 7, 2017

~ Resipi Spaghetti Bolognese...

Sheery Dream Cakes | 2:57 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Spaghetti Bolognese ni merupakan satu lagi menu bersahur kami kelmarin pagi. Masak yang mudah-mudah sahaja. Masak menu permintaan seisi keluarga. Kebetulan kelmarin tu semua sepakat pula nak makan menu masakan barat. Tu lah masak Burger Ayam & Daging dan Spaghetti Bolognese ni. Resipinya mudah sahaja. Jom tengok resipinya.


SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-Bahan
  • 1/2 bungkus spaghetti _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 1 batang sosej _ dicincang halus
  • 4 ulas bawang puih _ dicincang
  • 175 gm sos tradisi Prego ( 1/2 botol )
  • 175 gm sos cendawan Prego ( 1/2 botol )
  • Sos tomato secukup rasa
  • Air secukup kegunaan
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Perencah pati ayam Tumix _ ( optional )
  • Keju parmesan parut
  • Minyak zaitun

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk dan masukkan bawang putih cincang. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan daging ayam kisar dan sosej cincang. Gaul dan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan sos tradisi dan sos cendawan Prego serta sos tomato. Gaul rata.
  4. Tambahkan air secukup kegunaan. Biarkan ianya mendidih.
  5. Renih sos sehingga kepekatan yang diingini.
  6. Masukkan garam, gula dan perencah pati ayam Tumix.
  7. Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
  8. Angkat dan hidang bersama spaghetti.
  9. Taburkan keju parmesan parut jika suka.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>