Tuesday, April 21, 2020

~ Nasi Goreng...

Sheery Dream Cakes | 12:52 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bertemu kembali bersama resipi nasi goreng. Resipi ni Diana sudah kongsikannya di YouTube channel Diana ya. Cuma baru hari ni ada kesempatan buat entrinya di blog. Jom semak resipinya di bawah.


:: Cara-cara menyediakannya anda boleh rujuk di YouTube Channel Melley Mey



NASI GORENG

Bahan-bahan
  • 2 Cawan nasi sejuk
  • 200 gram daging ayam kisar ( saya guna Ayamas )
  • 2 batang sosej dipotong menyerong
  • 1 bungkus kecil Perencah nasi goreng Adabi
  • 1 batang daun bawang
  • Sedikit udang kering ( rendam di dalam air panas sehingga lembut, bersihkan dan ditumbuk )
  • 1 ulas bawang putih ( dicincang )
  • 2 biji bawang merah ( dicincang )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris ) _ optional
  • Sedikit hirisan cili merah
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit gula jika suka
  • Sos ikan secukup rasa ( jangan bubuh banyak ya sebab sos ikan ni masin )
  • Minyak masakan

Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga wangi dan layu.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan tumis lagi sehingga garing.
  3. Masukkan perencah nasi goreng Adabi dan gaul. Tumis seketika.
  4. Masukkan daging ayam kisar dan sosej ( boleh rujuk di SINI cara memasaknya ).
  5. Setelah ayam dan sosej masak, masukkan telur dan biarkan seketika. Setelah telur keras sedikit, bolehlah digaul rata bersama bahan yang lain tadi.
  6. Masukkan nasi dan gaul.
  7. Tambahkan sos ikan, sos cili dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul rata.
  9. Sesuaikan rasa dan hidang.

 

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, April 8, 2020

~ Resipi Double-Boiled Ayam masak Kicap

Sheery Dream Cakes | 9:27 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk hari ini saya kongsikan resipi double-boiled ayam masak kicap. Resipi ulang tayang sebenarnya, cuma ada sedikit perubahan dari segi bahan. Boleh tengok di entri yang lepas ya.

Cara penyediaan menu ni memang sesuai untuk mereka yang sibuk. Sebab kita hanya masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan set kan masa yang telah ditetapkan. Biarkan ianya memasak sehingga siap. Sementara tu kita bolehlah buat kerja-kerja yang lain. Mudahkan. 

Jika ingin mencuba, bolehlah rujuk resipinya di bawah.



 :: Cara-cara menyediakannya anda boleh rujuk di YouTube Channel Melley Mey



DOUBLE-BOILED AYAM MASAK KICAP

 Bahan-Bahan A
  • 1 kg ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil-kecil
  • 1 biji bawang merah ( dihiris )
  • 1 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 1 inci halia ( dihiris )
  • 1 batang daun bawang ( dipotong 2 inci panjang )
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil perencah pati ayam Tumix
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 sudu besar kicap manis soya pekat Cap Ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung dicampur dengan sedikit air

Bahan-Bahan B
  • 6 keping cendawan shiitake kering ( dipotong kasar )
  • 1 batang lobak merah ( dipotong menyerong )
  • 10 biji kurma merah tanpa biji
  • Sedikit air

* NOTE:

  • Sukatan kicap manis pekat tu bergantung juga kepada jenis dan jenama kicap yang anda guna.


Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A. Masukkan ke dalam peti ais dan perap selama 30 minit atau lebih ( Lebih lama diperap lebih sedap rasa daging ayam tu ).
  2. Ada 2 cara untuk memasak ayam ni. 

  • Cara Pertama ~ Dengan menggunakan double boiler. 

  1. Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam periuk tembikar. Tambahkan sedikit air. Masukkan lobak, kurma merah tanpa biji dan cendawan shiitake kering. Setkan masa dan biarkan ianya memasak sehingga ayam empuk. Hidang.


  •  Cara-cara ke-2 ~ Memasak seperti biasa.
  1. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk dan masak seketika di atas api sederhana.
  2. Tambahkan sedikit air dan masukkan kurma merah, cendawan shiitake kering dan lobak merah . Gaul lagi dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan rasa dan tutupkan api. Hidang bersama nasi putih.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, April 1, 2020

~ Resipi Udang Goreng Tepung

Sheery Dream Cakes | 7:32 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi campak-campak sahaja. Tiada sukatan tertentu untuk resipi ni ya. Bubuhlah mengikut citarasa masing-masing. Sosnya tu boleh dicicah atau jika suka boleh digaul sekali bersama udang goreng tepung ini.

Jom semak resipinya di bawah.




:: Boleh tengok cara menyediakannya di youtube channel Melley Mey


UDANG GORENG TEPUNG

 Bahan-Bahan A
  • Udang bersaiz besar
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Serbuk lada hitam / lada hitam kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured black pepper )
  • Serbuk lada putih / lada putih kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured pepper )
  • Parutan halia
  • Parutan bawang putih
  • Parutan kulit lemon
  • Air perahan lemon


Bahan-bahan B ( Satukan di dalam mangkuk besar dan gaul rata )

  • Garam
  • Tepung ubi kayu
  • Tepung jagung
  • Serbuk lada hitam / lada hitam kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured black pepper )
  • Serbuk lada putih / lada putih kisar ( saya guna Aji-Shio Flavoured pepper )
  • Smoked paprika

Bahan-bahan untuk sos
  • Garam
  • Gula
  • Madu
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Paste asam jawa

Bahan lain

  • Minyak masak untuk menggoreng



Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Simpan di dalam peti ais dan perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak yang banyak.
  3. Saluti udang dengan tepung ( bahan-bahan B ) kemudian goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam periuk yang lain, masukkan kesemua bahan-bahan untuk sos. Masak di atas api sederhana. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. 
  5. Angkat dan makan bersama udang goreng tadi atau boleh juga digaul bersama udang goreng.










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, March 31, 2020

~ Resipi Ikan Tenggiri Masak Masam Manis

Sheery Dream Cakes | 2:04 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Lamanya tidak bersiaran di sini...Sudah setahun beberapa bulan menyepi rupanya. Terima kasih kepada semua yang masih sudi berkunjung ke blog Diana ini ya.

Apa khabar semua? Semoga anda semua sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera.. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berjangkit Covid-19 ini. Aamiin.. Jaga diri walau di mana anda berada ya.

Hari ni Diana ingin kongsikan resipi Ikan Tenggiri Masak Masam Manis yang mudah.. Jika ingin tengok video cara memasaknya bolehlah ke channel YouTube Diana .

Baiklah, apa kata kita semak resipinya di bawah.




:: Boleh tengok cara menyediakannya di youtube channel Melley Mey

IKAN TENGGIRI MASAK MASAM MANIS

Bahan-Bahan A
  • 1 kg ikan tenggiri _ dipotong dan dibersihkan
  •  Garam
  • Serbuk kunyit

Bahan-Bahan B ( ditumbuk )
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-Bahan C
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar _ dihiris
  • 1 biji bawang bombay _ didadu kasar
  • 1 batang serai _ optional
  • 1/4 cawan sos tomato Maggi
  • 1/3 cawan sos cili Maggi
  • 1 tin kecil ketulan nanas dalam sirap Ayam Brand
  • Garam jika perlu
  • Gula secukup rasa
Cara-cara
  • Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Simpan di dalam peti ais dan perap selama 10 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing ( nak goreng garing pun boleh, terpulang kepada selera masing-masing ). Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan serai. Tumis sehingga wangi.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan tumis hingga sedikit garing.
  • Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. Gaul rata.
  • Masukkan nanas berserta sirapnya dan masak seketika.
  • Tambahkan gula dan garam jika perlu.
  • Tambahkan sedikit air. Masak sehingga kuahnya mendidih.
  • Selepas itu, bolehlah dimasukkan hirisan bawang besar dan bawang bombay yang dipotong dadu.
  • Akhir sekali, masukkan ikan tenggiri goreng dan gaul. Masak seketika.
  • Angkat dan hidang bersama nasi putih.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, January 10, 2019

~ Ulang tahun ke-8

Sheery Dream Cakes | 12:54 PM | 5 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Agak lama tidak bersiaran di sini.. Terasa rindu sangat dengan semua orang... Alangkah meriahnya suasana blogging suatu ketika dulu kan.. Alhamdulillah banyak kenangan manis bersama. Walau hanya kenal di alam maya, tetapi persahabatan itu tidak terhenti di sini. Ada juga sahabat alam maya yang masih berhubung dengan Diana hingga kini melalui whatsapp. Alhamdulillah dan terima kasih di atas persahabatan ini. In Shaa Allah.. Semoga persahabatan alam maya yang terjalin ini sentiasa mendapat rahmat dan berkekalan selamanya. Aamin.

Hari ini merupakan ulangtahun ke-8 buat Melley Mey's Kitchen ( Sheery Dream Cakes ).. Sedar tak sedar sudah 8 tahun blog ini wujud. Walaupun tidak seaktif dulu lagi, tetapi blog ini akan tetap di sini buat rujukan Diana dan semua yang sudi. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di sini walaupun dapur maya ini sudah lama menyepi. 

Faktor usia dan masa sememangnya membuatkan Diana kurang aktif blogging lagi sekarang ini. Nak pegang DSLR tu memang malas dah. Hahahaaa.. Hanya ambil gambar guna handphone sahaja sekarang ni kongsikannya di Instagram. Di Instagram masih lagi ada gambar-gambar makanan yang Diana kongsikan. Cuma tidak lah aktif sangat ya. Kadang-kadang sahaja ada kongsikannya. Di bawah ni antara gambar yang ada di Instagram Diana.

Baiklah, setakat ini sahaja buat kali ini.. Semoga bertemu lagi dilain siaran.. In Shaa Allah.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, January 30, 2018

~ Chia Seed Oatmeal Breakfast Bowl...

Sheery Dream Cakes | 9:00 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bersiaran kembali setelah sekian lama dapur alam maya ni bercuti. Sekali lagi hari ini SDC ingin berkongsikan beberapa gambar menu sarapan yang mudah untuk disediakan.

Chia Seed Oatmeal Breakfast Bowl ini merupakan antara sarapan sihat lagi berkhasiat serta mengenyangkan untuk memulakan hari kita. Ianya sangat sesuai diambil semasa sarapan pagi. Kita hanya perlu sediakan Organic Rolled Oats, Chia Seeds, Susu rendah lemak atau air ( Diana hanya bubuh air ), Greek yogurt, buah-buahan serta warmed blueberries. Bertambah sedap jika dimakan bersama no added sugar peanut butter. Anda pasti akan menyukai gabungan rasanya yang sedap ni. Cubalah!



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, December 24, 2017

~ Overnight Oat Breakfast Bowl...

Sheery Dream Cakes | 2:30 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah bertemu kembali. Masih bersama overnight oats untuk entri kali ini. Overnight oats sememangnya pilihan Diana ketika sibuk melanda. Masih sibuk untuk beberapa minggu ini. Jika tiada pilihan inilah menu yang paling mudah untuk disediakan.

Diana suka makan overnight oats ni bersama buah-buahan dan kacang panggang hancur serta 1 tsp homemade peanut butter. Sedap!



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, December 13, 2017

~ Overnight Oats...

Sheery Dream Cakes | 11:48 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sarapan sememangnya perlu diambil setiap pagi. Namun sering diabaikan dan ini merupakan salah satu punca kenapa kita berasa lapar dan ianya akan mendorong kita untuk makan lebih dari saiz portion sepatutnya.  Jangan jadikan sibuk dan tiada masa untuk menyediakan sarapan sebagai alasan tidak dapat mengambil sarapan. Overnight oats merupakan salah satu sarapan yang sangat mudah untuk disediakan. Bukan sahaja mudah disediakan, malahan ianya sedap dan mengenyangkan. Apa kata kita masukkan menu ini ke dalam menu sarapan kita.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, December 12, 2017

~ Resipi Roti Bakar...

Sheery Dream Cakes | 11:40 AM | 1 Comment so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah bersiaran kembali bersama menu sarapan hari ini. Menu macam ni merupakan salah satu menu kegemaran Diana. Ianya mudah untuk disediakan dan yang amat penting ianya merupakan menu yang sihat. Nak tau apa yang ada di atas roti tu, jom semak bahan-bahan dan cara penyediannya di bawah.

ROTI BAKAR

Bahan-Bahan
  • 2 keping roti wholemeal _ dibakar
  • 1 biji telur goreng mata
  • 1 tsp homemade peanut butter
  • 1/2 biji pisang _ dibelah 2
  • 1 tbsp low fat Greek yogurt
  • Smooth & creamy cream cheese SCS
  • Kacang tanah panggang yang telah dihancurkan
  • Blueberries
  • Pea sprouts
  • Lettuce

Bahan-Bahan A
  • Cinnamon powder
  • Smoked paprika
  • Chilli flakes
  • Garlic powder
  • Parsley flakes
  • Biji bijan panggang

Cara-Cara
  • Ambil sekeping roti bakar dan sapukan cream cheese di atasnya.
  • Kemudian letakkan lettuce dan telur goreng mata di atasnya.
  • Taburkan bahan-bahan A dan letakkan pea sprouts di atasnya. Ketepikan.
  • Ambil sekeping lagi roti bakar dan sapukan yogurt dan homemade peanut butter di atas roti.
  • Letakkan hirisan pisang dan taburkan cinnamon powder serta kacang tanah panggang yang telah dihancurkan.
  • Makan bersama blueberries.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, December 11, 2017

~ Salam Rindu...

Sheery Dream Cakes | 10:54 AM | 2 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Lamanya tidak bersiaran di sini. Bila blog ini menyepi sekian lama, terasa rindu pula jari jemari ni hendak menulis di sini. Diana agak sibuk sebenarnya akhir-akhir ini. Hari ini rindu itu bertandang, teringin sangat kongsikan satu entri di sini.

Anda semua apa khabar? Doa dan harapan Diana semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya selalu. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

Hari ini Diana hanya ingin kongsikan resipi sarapan Diana hari ini. Beginilah sarapan Diana di pagi yang sibuk. Alhamdulillah.. Sesibuk mana sekalipun kita, sarapan jangan ditinggalkan ya. Jom tengok apakah yang ada di dalam mangkuk atas tu.

OATMEAL BREAKFAST BOWL

INGREDIENTS

  • Oatmeal
  • Chia seeds
  • Blueberries
  • Homemade peanut butter
  • Nestle Cheerios Oat Crisp
  • Roasted crushed peanuts
  • Low fat milk


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, October 5, 2017

~ Churro Cheesecake Recipe...

Sheery Dream Cakes | 7:50 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama tidak bersiaran di sini. Dah lama dapur alam maya ni bercuti nampaknya. Agak sibuk kebelakangan ni. Masa yang terhad membataskan Diana untuk mengambil gambar dan update blog. Ada juga gambar makanan yang telah diambil sebenarnya, tetapi entah bila hendak dikongsikan di sini. 

Terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung ke blog ini walaupun tiada entri terbaru akhir-akhir ni. Alhamdulillah, hari ini berkesempatan juga untuk buat satu entri. Resipi Diana ikut dari blog The Recipe Critic. Churro Cheesecake ni memang sedap di tekak kami sekeluarga. Bahan-bahannya pun tidak banyak dan mudah untuk disediakan. Di dalam resipi ini ada menggunakan Pillsbury Crescent Dinner Rolls. Di tempat Diana agak sukar hendak dapatkannya. Jadi jika rajin bolehlah buat doh tu sendiri atau mungkin jika suka boleh gantikannya dengan Kawan Puff Pastry Square. Mungkin rasanya sedikit berbeza ya. 

Baiklah... Jom kita semak resipi dan cara menyediakannya.

 :: Sumber ~ The Recipe Critic  ( TQ ) 

CHURRO CHEESECAKE

INGREDIENTS
  • 2 cans ( oz. each ) Pillsbury Crescent Dinner Rolls ( I used the butter flake kind )
  • 2 pkg. ( 8 oz. each ) Cream Cheese, softened
  • 1 tsp vanilla
  • 1 egg, slightly beaten
  • 1 cup sugar, divided
  • 2 Tbsp ground cinnamon

INSTRUCTIONS
  1. Preheat the oven to 350 degrees. Using a hand mixer or a kitchenaid, beat together the cream cheese, vanilla, partially beaten egg, and 1/2 cup sugar until smooth.
    1. Mix together the rest of the sugar ( 1/2 cup ) and 2 tablespoons cinnamon. Set aside.
    2. Spray a 9x13 baking dish with cooking spray and sprinkle 1/4 cup ( or half ) of your cinnamon sugar mixture evenly into the bottom of the 9x13.
    3. On a piece of parchment paper, roll out your crescent dinner roll dough into a big 9x13 square and press the seams together so the dough is completely sealed. Set the dough in the bottom of your 9x13 baking dish on top of the cinnamon sugar.
    4. Spread the cheesecake evenly on top of your dough and unroll the other can of crescent dough and place on top also making sure that the seams are completely sealed.
    5. Sprinkle the top with the remaining 1/4 cup of cinnamon sugar mixture and bake for 30-35 minutes or until golden brown.

    NOTES
    Recipe Adapted From Oh Bite It

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, August 31, 2017

~ Chinese Rice Dumpling ( Chang Ayam )...

Sheery Dream Cakes | 5:39 PM | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah hari ini negara kita Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60. Selamat Hari Merdeka Malaysia. Esok kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti semua. 

Baiklah, hari ini tiada cerita yang hendak dikongsikan bersama. Apa kata kita cuci mata dengan gambar-gambar chang ayam yang Diana buat kelmarin. Jika hendak mencubanya, anda boleh rujuk resipinya di entri lepas  DI SINI atau  DI SINI atau bole juga rujuk di bawah ya.


CHINESE RICE DUMPLING ( CHANG AYAM )

Bahan-Bahan
  • Beras pulut _ cuci dan toskan ( jika hendak rendam pun boleh tapi Diana tidak suka merendam beras tu sebab ia akan nampak hancur setelah siap direbus nanti ).
  • Daun pandan / Daun buluh kering ( boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan untuk Chang ).
  • Tali pengikat Chang yang dibuat dari kulit  batang pisang  atau sejenis lalang / rumput kering _ rendam terlebih dahulu sebelum digunakan.

Bahan-Bahan Inti
  • Dada ayam _ dibersihkan dan dipotong nipis
  • Cendawan shiitake kering _ direndam dan dipotong kecil  
  • Dried chestnuts _ rebus hingga lembut dan buang sisa kulit yang masih ada / selaput merah pada chestnuts
  • Rebung dalam tin _ dihiris nipis
  • Preserved Vegetable / sayur asin _ rendam sekejap dan dibersihkan
  • Bawang merah _ dicincang halus
  • Bawang putih _ dicincang halus
  • Serbuk lada putih
  • Rempah 5 ( 5 spices ) _ optional
  • Garam
  • Perencah pati ayam Tumix _ optional
  • Kicap pekat Yot Brand /  Kicap pekat manis

**Boleh juga dicampur dengan bahan-bahan seperti daging, udang kering, scallops, salted egg yolk dan ianya terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara-Cara Menyediakan Inti
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, rebung, cendawan dan preserved vegetable. Masak seketika.
  3. Campurkan garam, kicap pekat, serbuk lada putih dan rempah 5.
  4. Masak hingga bahan² empuk dan sedikit garing.
  5. Angkat dan biarkan sejuk seketika. 
  6. Ketepikan.

Cara-cara Menyediakan Berasnya
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan beras pulut, garam dan kicap pekat. Masak seketika.
  3. Angkat.

Cara-cara Membungkus Chang
  1. Ambil sehelai daun pandan atau daun buluh ( letakkan daun pandan sepanjang 2 inci di dalamnya jika menggunakan daun buluh ) dan lipat membentuk seperti kon. 
  2. Isikan sedikit beras pulut dan isikan sedikit inti ayam di atasnya.
  3. Masukkan juga sebiji atau beberapa biji chestnuts dan kemudian tutup atasnya dengan beras pulut semula.
  4. Lipat / bungkus chang dengan kemas dan ikat menggunakan tali pengikat chang. 
  5. Masukkan chang ke dalam air mendidih ( jumlah air mesti melebihi paras chang ) sehingga Chang Ayam masak. 
  6. Biasanya masa merebus tidak kurang dari 1 jam 30 minit ( Diana biasanya merebus chang selama 2 jam lamanya). Tapi ia bergantung juga kepada saiz bungkusan chang yang kita buat.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>