Thursday, December 15, 2011

~ Stew Daging...

Sheery Dream Cakes | 8:05 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Stew daging resipi dari Resepi Raidah ini memang sedap.. Sudah banyak kali Diana memasaknya... Diana ternampak resipi ini ketika singgah di blog  Hana tempoh hari. Memang mengoda sangat.. 

Diana memasak stew daging ini menggunakan kaedah Amway Thermal Cooker.. Dengan adanya Thermal Cooker tu kerja memasak semudah ABC.. Hanya perlu lebih kurang 30 minit sahaja kita berada di dapur.. Selebihnya tu biar la Thermel Cooker tu yang menjalankan tugasnya.. Kita yang sibuk ni boleh la buat kerja yang perlu kan... Tak perlu risau sebab Thermel Cooker ni memasak tanpa kuasa.. Kita nak keluar rumah pun boleh.. Nanti balik dari jejalan boleh la makan terus...  

Terima kasih kepada empunya resipi dan Hana kerana berkongsi resipi yang sedap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini ya.. Terima Kasih..


:: Resipi Oleh ~ Resepi Raidah  ( TQ )
:: Sumber ~ c&p dari Hana @ HaNa's FamiLy  ( TQ )


STEW DAGING


Bahan-Bahan
  • 500gm daging lembu / kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih ( jgn hiris / potong, sebiji-sebiji )
  • 2 sudu pes bawang _ ** resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dalam 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ untuk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk tekanan ( pressure cooker ) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  3. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam ( kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit ).
  4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20 minit atau sehingga sayuran empuk / lembut.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
:: Nota Kak Raidah~
*** Saya tidak menggunakan sebarang perasa ( MSG/stok ayam ) dalam masakan saya. Saya menggantikan dengan gula serta menggunakan bawang yang banyak dalam setiap masakan.



~RESIPI PES BAWANG...


:: Resipi Oleh ~ Resepi Raidah ( TQ )

Bahan-Cara

  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dalam pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul-betul masak.
  5. Pes bawang ini boleh disimpan... taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.
:: Nota Hana ~
*** Untuk pes bawang, Hana cuma goreng bawang besar + bawang putih dalam setengah cawan sehingga jadi bawang goreng then blend.. kemudian tumis dengan bahan-bahan lain seperti arahan resepi. 





:: Cara Diana pula dengan menggunakan kaedah Thermal Cooker ~

  1. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau hingga daging keperangan.. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Letakkan periuk dalaman Thermal Cooker di atas dapur biasa dan panaskan sedikit minyak ( Diana guna minyak zaitun ) dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun bay sehingga terbit aromanya.
  3. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum. Kacau rata.
  4. Masukkan daging dan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.. ( jika menggunakan thermal cooker .. tambahkan 1 1/4 cawan air sahaja.. Kalau nak bubuh lebih pun boleh.. terpulang pada selera masing-masing ).
  5. Sesuaikan rasa kemudian tutup penutup periuk dalam dan renih selama 10 minit d atas api sederhana.
  6. Kuatkan api dan renih lagi selama 5 minit.. Matikan api dan pindahkan periuk dalam ke dalam periuk luaran dengan keadaan periuk masih bertutup ( PENTING ** jangan buka penutup periuk dalaman ).
  7. Setelah itu tutup penutup periuk luaran dan biarkan ia memasak termal tanpa kuasa selama 3 - 4 jam.
  8. Setelah 3 atau 4 jam bolehlah d buka penutup periuk dan gaul rata.
  9. Sedia untuk dihidang. 












BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, December 6, 2011

~ Telur Kukus Cendawan & Ayam...

Sheery Dream Cakes | 8:11 PM | Be the first to comment!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baik la.. entri kali ni Diana nak kongsikan resipi Telur Kukus Cendawan & Ayam.. Resipi yang simple sebenarnya ni... Jom tengok resipinya..



TELUR KUKUS CENDAWAN & AYAM


Bahan-Bahan

A
  • 3 biji telur _ d pukul ringan dengan garpu
  • 50 gm daging ayam kisar
  • 2 keping cendawan shitake kering _ d rendam dalam air panas dan d hiris nipis
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 100 ml air suam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

B
  • 2 tbsp udang kering _ d rendam dalam air panas dan d tumbuk kasar
  • 1/4 tsp serbuk cili
  • Sedikit minyak zaitun

C
  • 4 ulas bawang putih _ d cincang
  • 2 tsp kicap cair Loon Kee
  • 1 1/2 - 2 tsp gula

Hiasan
  • Daun bawang
  • Cili merah cincang



Cara-Cara
  1. Didihkan air kukusan terlebih dahulu.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bahan B ( udang kering bersama serbuk cili ) sehingga garing. Angkatdan ketepikan.
  3. Di dalam kuali dan minyak yang sama, masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan gula dan kicap cair. Setelah sebati tutupkan api dan angkat. Ketepikan.
  4. Masukkan kesemua bahan A dan udang kering yang ditumis tadi ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  5. Tuang ke dalam bekas yang sesuai dan kukus selama 15- 20 minit atau sehingga telur masak di atas api sederhana. Untuk mendapatkan permukaan telur kukus yang cantik, jangan menggunakan api besar.
  6. Angkat dan tuangkan bahan C yang telah ditumis tadi di atas telur kukus.
  7. Hias dengan daun bawang dan cili merah.
  8. Hidang ketika ianya masih panas.


::  Untuk Perencah Pati Ayam... Diana gunakan Tumix Brand  ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, November 24, 2011

~ Ayam Mentega / Golden Butter Chicken Versi 1 & 2...

Sheery Dream Cakes | 5:30 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Ayam Mentega / Golden Butter Chicken versi 1 & 2.. 1 entri 2 resipi.. Tetapi resipi pilihan keluarga adalah VERSI 1… Ianya terpulang kepada selera masing-masing ya.. Jika suka versi 1 boleh cuba resipinya.. Kalau teringin hendak mencuba versi 2 boleh rujuk resipinya di bawah ya.. 

Sebenarnya resipi ini pernah Diana kongsikannya di SBK dulu.. Cuma dulu Diana menggunakan udang.. Kali ini Diana kongsikan resipi yang menggunakan ayam pula. Jom kita selongkar resipinya.. 



AYAM MENTEGA / GOLDEN BUTTER CHICKEN VERSI 1


Bahan-Bahan
  • 4 keping paha ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong menjadi 16 ketulan kecil
  • 180 gm mentega
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang halus
  • 5 - 8 biji cili padi _ tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 1 biji kuning telur _ dipukul ringan
  • 1 tin susu cair
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( secukup rasa )
  • Perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Bahan-Bahan B
  • 70 gm tepung jagung
  • 70 gm tepung ubi kayu
  • 70 gm tepung beras
  • 2 biji telur
  • 1-2 tbsp air atau secukup kegunaan ( jika perlu ) 


Cara-Cara
  1. Campurkan ayam, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung ubi kayu. Gaul hingga rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk mendapatkan adunan tepung seperti Gambar A.
  4. Perap ayam selama 5- 10 minit.
  5. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak sehingga ayam masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  6. Di dalam periuk / kuali yang lain, panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan cili padi . Tumis sehingga terbit aromanya.
  7. Kemudian masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  8. Setelah itu masukkan kuning telur dan gaul cepat-cepat sehingga telur garing.
  9. Masukkan susu cair dan bahan A. Sesuaikan rasa.
  10. Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Biarkan ianya mendidih seketika.
  11. Tutupkan api dan hidang.

::  Gambar A  ::




* * * * * * * * * * * * * *

~ AYAM MENTEGA / GOLDEN BUTTER CHICKEN VERSI 2… 



Sebenarnya resipi ini pernah Diana kongsikannya di sini dulu.. Cuma dulu Diana menggunakan udang ( klik di sini ).. Kali ini Diana kongsikan resipi yang menggunakan ayam pula. Jom kita selongkar resipinya.. 


AYAM MENTEGA / GOLDEN BUTTER CHICKEN VERSI 2


Bahan-Bahan
  • 250 gm dada ayam _ potong kecil
  • 2 tangkai daun kari _ dicincang
  • 2 biji cili padi _ potong 2
  • 50 gm mentega
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • Tepung jagung secukup kegunaan
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A 
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp gula
  • 1 1/2 tbsp tepung kastard
  • 1 biji telur bersaiz kecil
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan B
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • 1 biji telur bersaiz kecil
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Gaul ayam bersama bahan-bahan A dan perap selama 30 minit.
  2. Saluti ayam bersama tepung jagung dan goreng ayam hingga masak keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan mentega dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi. Tumis lagi hingga terbit aromanya.
  5. Masukkan bahan-bahan B dan kacau rata. Setelah sedikit pekat bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi.
  6. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  7. Tutupkan api dan hidang.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, November 21, 2011

~ Kek Batik Lembik?...

Sheery Dream Cakes | 9:26 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. 

Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana semoga semuanya sihat sejahtera..

Sebenarnya memang dah banyak kali dah Diana kongsikan resipi ni walaupun ada sedikit olahan dalam setiap resipi tu kan.. 

Kali nie pun Diana ada buat sedikit olahan pada resipi nie.. Nak tau apa pula yang telah diolah dalam resipi ni? Jom semak resipinya.. Ooo ya.. Sebelum tu.. Diana nak jawab pertanyaan beberapa orang kat fb yer berkaitan dengan Kek Batik ni.. Diharap dapat membantu.. Apa-apa pun.. nanti boleh inbox Diana kat fb tau sekiranya masih ada soalan ya.. Jangan segan-segan tau.. Diana akan membantu mana yang termampu.. ;)

Hampir semua soalan yang ditujukan berkaitan Kek Batik ni " Sampai bila kah nak masak adunan kek tu dan kenapa bila dah dipotong masih lembik walaupun dah simpan semalaman dalam peti sejuk? ".. Baik la.. Cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah..



Gambar 1 → Ni adunan yang baru saja mula dimasak.. Perhatikan warna adunan agak pucat dan cair kan.. 

Gambar 2 → Di sini la punca segala kesilapan kenapa kek batik yang dibuat tu masih lembik walaupun sudah bermalam di dalam peti sejuk.. Ramai yang bubuh biskut tu atau melapis adunan kek ni bersama biskut semasa adunan kek nie macam ni.. Sebenarnya silap tu.. Apabila tengok adunan nie ianya masih lagi berwarna sedikit pucat dan lembik kan.. Seharusnya kita terus memasak adunan kek nie sehingga ianya bebetul pekat dan berketul seperti gambar no 3. 

Gambar 3 → Sekarang cuba perhatikan dan bezakan ketiga-tiga gambar di atas.. Perbezaan warnanya amat ketara sekali antara satu sama lain kan.. begitu juga kepekatannya.. Masa yang sesuai untuk melapis adunan kek nie dengan biskut atau bubuh biskut tu dalam adunan kek tu ialah ketika ianya betul-betul pekat, berwarna coklat kehitaman dan berketul seperti gambar no 3 tu..

Begitu la sedikit penerangan berkaitan masalah yang sering terjadi semasa membuat Kek Batik ni.. Diharap ianya dapat membantu ya.. ;) Sekarang kita tengok pula cara Diana melapis Kek Batik ni.. Cara Diana susun biskut tu ya..



Mula-mula ratakan sedikit aduan kek dan susun biskut d atas permukaan kek.. Kemudian lapis lagi dengan adunan kek dan ratakan.. Susun biskut dan seterusnya lapis dengan adunan kek lagi.. Buat begini hingga adunan habis.. Pastikan lapisan terakhir tu merupakan adunan kek dan jika suka boleh la ditaburkan dengan choc rice..

Sekarang tiba masanya kita semak pula resipi olahan menggunakan Nestle nesvita 3 in 1 nutritious cereal drink dan sedikit serbuk koko.


::  Nestle nesvita 3 in 1 nutritious cereal drink  :: 


KEK BATIK


Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula _ ( kurangkan sebab menggunakan 3 in 1 cereal )
  • 1 1/2 cawan milo
  • 4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 nutritious cereal drink 
  • 4 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
  • Biskut marie secukup kegunaan
  • Choc Rice secukupnya

Cara-Cara
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita. Pukul adunan hingga sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice di atas kek.
  9. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. Lebih elok jika dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.
  10. ** Cara lain untuk melapis kek ~ Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  11. Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  12. Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong.










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, November 6, 2011

~ COFFEE STREUSEL BARS | Tanpa Resipi...

Sheery Dream Cakes | 3:16 PM | | | Be the first to comment!



Assalamualaikum dan Salam Aidiladha... 

Hari ni Diana hanya duduk di rumah sahaja.. Mama, abah dan adik Diana sambut raya Aidiladha di Kota Kinabalu di rumah aunty Diana... Rasa sunyi sesangat hari ni... Hanya habiskan masa bersembang sambil tengok TV dengan daughter... :). Sampaikan TV yang tengok Diana.. Hahaa.. Aduuh!!! Kebosanan sesangat la tu kan..

Baik la.. Beralih kita kepada cookies ini.. Menurut Chef Agnes, Cookies ni dikategorikan dalam kelas A... Rasanya memang sedaaaap!! Untuk membuat cookies ni tak ada la susah sangat.. Senang sahaja sebenarnya nak buat... Resipi dari Agnes Chang _ I Can Bake.. Terima kasih buat Chef Agnes Chang di atas resipi yang sedap ni.. I

:: Untuk lapisan bawah cookies ni adunannya hendak la dicucuk dengan garpu ::


::  Kemudian dilapis pula dengan lapisan kedua ::

::   Setelah itu boleh la dilapis dengan lapisan ke tiga ( mentega, gula kastor, tepung gandum dan walnut cincang).  Masukkan ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 - 20 minit... Siap!  ::


:: Gambar ni tanpa diedit tone nya.. Inilah rupa sebenar cookies ni  ::






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, October 30, 2011

~ Salt Cheese Crackers Cream Cake...

Sheery Dream Cakes | 10:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana agar semuanya d dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya… 

Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini.. Bersiaran bersama resipi Salt Cheese Crackers Ceam Cake.. Kek ni lebih kurang sama dengan Kek Lapis Cheese Persona.. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi bahannya ya... Resipi kali ni Diana ikut dari blog Emiza's Life... Cuma kuantiti menteganya tu Diana kurangkan sedikit.. Ampun ya Emiza... Halal ya.. Terima kasih buat Emiza kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni..  Izinkan Diana pula kongsikannya di sini Emiza... Terima Kasih.. 


:: Sumber Dari ~ Emiza's Life ( TQ )
:: Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen ( Dalam tulisan merah )


SALT CHEESE CRACKERS CREAM CAKE

( Diana buat 2 kali adunan di bawah )

Bahan-Bahan

  • 250 gm mentega _ ( Diana hanya bubuh 125 gm mentega )
  • 250 gm cream cheese
  • 1 cawan gula aising
  • 170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )
  • 2 bungkus Khong Guan salt cheese crackers _ ( Diana guna salt cheese crackers + biskut marie perisa coklat Jenama Lee secukup kegunaan )
  • 1 cawan susu segar atau susu jenis lain _ ( Diana guna susu segar )


Cara-Cara
  1. Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu. 
  2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
  4. Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas... *** Yang Diana buat seperti versi Ryo ~ Panaskan susu segar sekejap dan padamkan api. Ambil sekeping salt cheese crackers dan celup sekejap ke dalam susu segar suam-suam panas tadi. Dan susun d dalam bekas. Buat begini pada keseluruhan permukaan bekas / loyang yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
  5. Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
  6. Ulangi proses No.4 dan No.5.. *** Untuk lapisan biskut yang terakhir, Diana pula guna biskut marie berperisa coklat yang dicelup di dalam susu segar suam ).
  7. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah  kepada citarasa masing-masing.
  8. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
  9. *** Akhir sekali Diana buat seperti versi Ryo juga ~ taburkan dengan serbuk biskut marie berperisa coklat yang telah di kisar atau diramas-ramas dan ditapis ).
  10. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.



*** Biskut yang Diana gunakan tu seperti di bawah ini ya... 





























BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, October 25, 2011

~ Ayam Sos Siam...

Sheery Dream Cakes | 11:00 PM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Untuk resipi Ayam Sos Siam ni Diana ambil dari dapur Akak Ummi.. Resipi yang simple namun sangat sedap.. Diana dah buat untuk kali ke dua dah ni.. Sedap! Terima kasih buat Akak Ummi Cayang kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni.. Izinkan Diana kongsikannya di sini pula ya  akak.. Terima Kasih…


:: Resipi Oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home ( TQ )

AYAM SOS SIAM


Bahan-Bahan (anggaran )
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * ( bahan * ditumbuk halus )
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus ( kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la ) _ Diana bubuh dua²nya sekali
  • Sedikit gula ( optional )
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit garam dan serbuk kunyit


Cara Memasak
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. ( akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek )
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...