Friday, November 30, 2012

~ Cara SBK Mengambil Gambar 2...

Sheery Dream Cakes | 9:46 AM | 9 Comments so far


Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

Begitu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar kita  sudah pun berada di hujung bulan November kan... Tak lama lagi tiba pula tahun baru.. Ada 2 bulan lagi sebelum SBK menyambut ulangtahun ke 2... Blog yang masih baru lagi di alam maya ini... Baru nak menjangkau usia 2 tahun.. Itu pun kalau sempat kan.. Ermmm... InsyaAllah jika diizinkan Allah.. Sempat lah SBK menyambut ulang tahun ke 2 tu ..

Baik lah.. Untuk kali ini Diana hendak kongsikan bagaimana cara Diana mengambil gambar untuk mendapatkan kesan cerah di belakang.. Sama ada hendak mendapatkan kesan putih ataupun warm effect.. Caranya sama sahaja ( itu bagi pendapat Diana ya.. orang lain mungkin ada cara / pendapat yang berbeza ).. Sebab bagi Diana, ianya boleh di edit menggunakan LR dan Adobe Photoshop.. Jadi setting kamera semasa menggambil gambar amat penting dalam soal ini.. Itu sebabnya kenapa dulu pernah Diana beritahu bahawa jangan takut untuk Set White Balance kepada manual & Titik beratkan penggunaan warna dalam props yang kita gunakan.. Ianya sangat mempengaruhi mood gambar yang hendak kita ambil.. Nak tau bagaimana Diana mengambil gambar yang dimaksudkan? Caranya seperti gambar di bawah ini ya..

::  Ini hasilnya  ::

Anda boleh menggunakan 1 keping sahaja white foam board seperti gambar di bawah ini... Diana lebih banyak menggunakan 2 keping foam boards sebab cahaya yang kita perolehi lebih terang berbanding hanya menggunakan 1 keping foam board sahaja.. Ianya bergantung juga mood gambar yang hendak anda ambil..


::  Ini Hasilnya  ::


Untuk mendapatkan gambar seperti di atas ini pula... Diana buat cara yang sama dengan menggunakan 2 keping foam boards dan tutup pintu dengan kain putih yang sangat nipis ( yang boleh menembusi cahaya )..

Sekarang, kita tengok pula hasil karya yang diambil tanpa white foam board dan diambil ketika cahaya terang ( cuaca sangat cerah ).



::  Inilah hasilnya  :: 

Contoh lain boleh tengok gambar di bawah ya..







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 13, 2012

~ Ferrero Rocher Brownies Recipe...

Sheery Dream Cakes | 7:46 AM | 11 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Bersiaran di awal pagi kali ini SBK ingin berkongsikan 1 resipi brownies.. Semasa mencari resipi brownies.. Diana terjumpa dengan blog ini.. Brown Eyed Baker.. Terpikat kepada beberapa resipi brownies kat sana.. Teringin nak mencuba resipi Peanut Butter Brownies.. Tapi macam tak berapa nak rajin nak buat peanut butter topping / swirl tu.. Ermmm... Jadi buat mana yang senang sahaja lah kan.. Hehehee...


Akhirnya buat tanpa topping ( The Baked Brownie  ).. Tapi gantikan dengan Ferrero Rocher pula... Tu sahaja jalan yang paling mudah nak makan brownies.. Heehee :D.. Tak apalah.. Lain kali baru buat lagi yang lain.. :). Anak-anak Diana suka makan Ferrero Rocher Brownies ni.. Sedap di tekak kami sekeluarga.. Cuma sukatan gulanya Diana telah kurangkan mengikut citarasa keluarga Diana ya.. Kepada Brown Eyed Baker.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini pula ya.. Terima kasih.. Nak resipinya? Jom tengok resipinya pula...


:: Sumber ~ Brown Eyed Baker ( TQ )

THE BAKED BROWNIE / FERRERO ROCHER BROWNIES

INGREDIENTS


  • 1 1/4 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon salt
  • 2 tablespoons dark unsweetened cocoa powder
  • 11 ounces dark chocolate, coarsely chopped
  • 1 cup ( 8 ounces ) unsalted butter, cut into 1-inch pieces
  • 1 teaspoon instant espresso powder 
  • 1 1/2 cups granulated sugar _ ( Diana bubuh 1 cawan sahaja )
  • 1/2 cup packed light brown sugar
  • 5 eggs, at room temperature
  • 2 teaspoons vanilla extract

Method

  1. Preheat the oven to 350 degrees F. Butter the sides and bottom of a 9 x 13-inch glass or light-colored baking pan. Line the pan with parchment paper.
  2. In a medium bowl, whisk the flour, salt, and cocoa powder together.
  3. Put the chocolate, butter and instant espresso powder in a large bowl and set it over a saucepan of simmering water, stirring occasionally, until the chocolate and butter are completely melted and smooth. 
  4. Turn off the heat, but keep the bowl over the water and add the sugars. Whisk until completely combined, then remove the bowl from the pan. The mixture should be room temperature.
  5. Add 3 eggs to the chocolate mixture and whisk until combined. Add the remaining eggs and whisk until combined. 
  6. Add the vanilla and stir until combined. Do not overbeat the batter at this stage or your brownies will be cakey.
  7. Sprinkle the flour mixture over the chocolate mixture. Using a rubber spatula ( not a whisk ), fold the flour mixture into the chocolate until just a bit of the flour mixture is visible.
  8. Pour the batter into the prepared pan and smooth the top. Bake in the center of the oven for 30 minutes, rotating the pan halfway through the baking time, until a toothpick inserted into the center of the brownies comes out with a few moist crumbs sticking to it. 
  9. Let the brownies cool completely, then lift them out of the pan using the parchment paper. Cut into squares and serve.
  10. Store at room temperature in an airtight container or wrap with plastic wrap for up to 3 days.

( Recipe adapted from ~ Baked : New Frontiers in Baking )


::  Sebelum membakar susun beberapa Ferrero Rocher di atasnya  ::




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, October 16, 2012

~ Resipi Ayam Masak Sos Cili Thai & Nasi Goreng...

Sheery Dream Cakes | 2:44 PM | | 25 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung SBK...

Terlebih dahulu Diana nak mohon ampun dan maaf kerana dah lama tak bersiaran... Dan... Ini mungkin entri terakhir buat SBK untuk ketika ni... Andai kata ada yang terkasar atau Diana pernah menyinggung perasaan sesiapa di alam maya mahupun di dunia ni.. Sama ada sengaja mahupun tak disengajakan... Diana mohon ampun dan maaf yer.. InsyaAllah jika ada rezeki.. kita boleh bersua kembali... 


Di kesempatan ini juga Diana ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan selama Diana berblogging nie... Kepada yang sudi berkunjung kat SBK nie Diana ucapkan ribuan terima kasih yer.. Tanpa sokongan anda semua.. SBK tak mampu pergi sejauh nie.. Cuma sekarang ada sedikit masalah yang perlu di selesaikan... Akhir kata.. Jika terserempak Diana kat mana² tu .. tegur² ler yer... Halalkan setiap resipi yang Diana telah cuba dan olah selama nie yer... Di sini ada 2 menu terakhir kalinya Diana kongsikan khas buat anda semua.. Sampai jumpa lagi... Salam Penuh Kasih Sayang dari SBK.. Muahssss...

~ Ayam Masak Sos Cili Thai...
~ Olahan dari entri Diana yang lepas.. Klik kat SINI DAN KAT SINI.. 





AYAM MASAK SOS CILI THAI

Bahan-Bahan A
  • 6 ketul peha ayam
  • 3 ulas bawang merah _ dihiris
  • 4 ulas bawang putih _ dihiris
  • 2 inci halia _ dihiris
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp gula
  • 4 tbsp sos plum
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix

Bahan-Bahan B
  • 4 tbsp ABC saus manis ( ABC sos manis )
  • 2 tbsp gula

Bahan-Bahan C ( Dicincang )
  • 1 inci halia 
  • 6 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih

Bahan-Bahan D
  • 1 cawan sos cili Life
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1/2 cawan Kimball sos cili Thai 
  • 2 tbsp sos plum
  • 3 tbsp sos pedas berkicap Agromas
  • 3 cawan ( atau mengikut citarasa masing² ) air rebusan ayam

Bahan-Bahan E
  • Daun sup atau daun ketumbar _ dihiris
  • Cili merah _ dicincang
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. :: Penyediaan Ayam  ~ Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam. 
  2. Masukkan ayam dan air secukupnya ke dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
  3. Ambil air rebusan untuk kegunaan nanti. Ketepikan.
  4. Keluarkan ayam dan toskan. Lumurkan ayam bersama bahan-bahan B dan goreng sehingga kekuningan. 
  5. Angkat dan toskan. Potong ayam mengikut citarasa masing-masing dan susun di atas pinggan.
  6. :: Penyediaan sos  ~ Panaskan sedikit minyak di dalam kuali atau periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga sedikit garing.
  7. Kemudian masukkan bahan-bahan D dan gaul. Biarkan ianya mendidih seketika.
  8. Sesuaikan rasa dan curah di atas ayam tadi. 
  9. Taburkan dengan hirisan daun sup dan cili merah cincang.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<



NASI GORENG SIMPLE

Bahan²

  • 700 gm nasi putih
  • 4 batang sausage _ dipotong bulat nipis
  • 8 batang bersaiz kecil jejari ketam _ disiat²
  • 1 tin Rex kerang panggang
  • 1 ulas bawang merah _ dicincang
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1/2 biji bawang besar _ dicincang
  • 1 tbsp sos ikan
  • 2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/2 - 1 tsp serbuk cili
  • 2 biji telur
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu
  • Minyak untuk menumis
  • Cili padi
  • Daun sup atau daun ketumbar


Cara²
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk cili dan tumis seketika.
  3. Pecahkan telur dan biarkan hingga telur separuh masak. Kemudian gaul rata.
  4. Setelah itu masukkan kerang, sausage dan jejari ketam. Gaul rata.
  5. Masukkan sos ikan, perencah pati ayam, gula secukup rasa dan garam jika perlu.
  6. Masukkan nasi putih dan gaul rata.
  7. Angkat dan hidang.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, August 31, 2012

~ Proses Seterusnya _ Adobe Photoshop...

Sheery Dream Cakes | 11:20 AM | 3 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung SBK..

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke dapur Diana walaupun tuan rumahnya sekejap ada.. sekejap tak ada... Maaf sekali lagi sebab buat masa ni Diana masih lagi tidak dapat untuk berblogging sepenuhnya seperti biasa.. Di kesempatan ini juga, masih belum terlambat lagi rasanya untuk Diana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.. Andai kata ada yang tersilap kata dan terlanjur bicara.. Diana mohon ampun dan maaf ya.. :).  

Untuk entri kali ini Diana ingin kongsikan langkah seterusnya Diana edit gambar setelah selesai dalam proses Langkah Pertama Lightroom   & Langkah Ke 2 Lightroom.

Ada sesetengah orang yang lebih suka edit sekaligus melalui Lightroom ( LR ) dan buka Adobe Photoshop dari LR.. Ianya terpulang kepada keserasian masing-masing ya. Lain orang lain caranya.. Sekarang kita lihat cara Diana pula.

Setelah kita selesai buat langkah pertama LR tu terus klik  ~ Photo → Edit In  Edit In Adobe Photoshop. Jadi boleh edit di sana untuk proses akhir. Tapi Diana lebih senang save dulu kat LR dan baru edit semula di Adobe Photoshop. Yang ini terpulang dengan keserasian diri kita... Jom tengok proses seterusnya.. ;)


1. Klik File → Open → Buka file gambar yang anda kehendaki. Contohnya Diana buka gambar di atas nie.

2. ( Sekiranya hendak edit bahagian yang hendak dikaburkan sedikit boleh buat langkah ini. Jika tidak tinggalkan sahaja ). Diana tidak buat langkah ini.
  • Klik simbol Lasso Tool. 
  • Tandakan bahagian gambar yang hendak diedit. 
  • Klik Select → Feather → Feather Selection  → Feather Radius : ( tuliskan berapa pixels yang anda kehendaki ).
  • Klik Ok.
  • Klik Filter  → Blur  → Gaussian Blur  → Radius : ( Pilih berapa Pixels yang anda kehendaki ).
  • Klik Ok.
3. Klik Image → Adjustments → Levels
  • Setting ~ Channel : RGB
  • Input levels : Ubah mengikut setting yang anda kehendaki.
  • Output levels : bahagian ini kadang-kadang sahaja Diana ubah sedikit. Biasanya Diana tidak ubah setting sedia ada.
  • Tandakan ☑ pada Preview.
  • Klik OK.
4. Klik Image Size

:: Contohnya ~ Langkah 1 :
  • Pixel Dimensions : 6.18 M
  • Width : 1200 pixels
  • Height : 1800 pixels
  • Document Size : Width : 4 inches
  • Height : 6 inches
  • Resolution : 300 pixels / inch
  • ☑ Constrain Proportions
  • ☑ Resample Image : Bicubic
  • Klik OK
:: Langkah 2 :
  • Jangan tandakan apa-apa ☐ pada Resample Image.
  • Tukar resolution : Contohnya Diana biasa akan ubah kepada 240 pixels / inch. Yang ini terpulang pada anda sendiri nak ubah kepada berapa pixels / inch.
  • Klik OK.
5. Klik Filter → Sharpen → Unsharp Mask.
  • Tandakan ☑ Preview.
  • Amount : Ubah kepada % yang anda kehendaki.
  • Radius : Biasanya Diana guna 1.0 Pixels.
  • Threshold : Diana guna 10 levels.
  • Klik OK.
6. Klik File → Save for web → Optimized.
  • Settings : Unnamed.
  • JPEG.
  • Maximum.
  • Tandakan ☑ Optimized.
  • Quality : 100.
  • Jangan tandakan apa-apa ☐ pada Progressive.
  • Blur : 0
  • Tandakan ☑ ICC Profile.
  • Matte : Biarkan macam tu sahaja ( Jangan pilih apa-apa ).
  • Klik Save.
  • File Name : Tulis nama yang anda kehendaki. Contohnya ~ Macarons.
  • Save As Type : Image Only ( .jpg ).
  • Settings : Default Settings.
  • Slices : All Slices.
  • Klik Save



Jom tengok contoh gambar yang telah diedit dengan cara di atas...





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, August 6, 2012

~ Cara SBK Mengambil Gambar...

Sheery Dream Cakes | 6:24 AM | 25 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana moga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Baik lah, di atas permintaan sahabat-sahabat maya... Entri kali ni Diana ingin kongsikan bagaimana cara Diana mengambil gambar untuk gambar-gambar seperti di bawah ni ya. 


:: Disiarkan dalam Majalah Fotografika  &  Flickr  ::


:: Disiarkan dalam Majalah Fotografika :: 


Untuk mendapatkan kesan cahaya gelap di belakang, sebaiknya kita menggunakan papan yang berwarna gelap di tepi objek yang hendak kita gambar itu.. Diana lebih senang letakkan objek yang hendak di gambar itu dekat dengan pintu.. Semua gambar yang Diana ambil tiada yang menggunakan pencahayaan dari tingkat.. Semuanya cahaya yang datangnya dari arah pintu.. Bahan yang Diana gunakan semuanya bahan yang tak memerlukan modal yang banyak sebenarnya.. hanya memerlukan beberapa keping foam boards, white parchment paper, papan berwarna gelap ( atau lebih baik yang berwarna hitam, coklat gelap dan hijau gelap ) serta props yang ingin digunakan. Sebagai contoh kita tengok cara Diana ambil gambar untuk resipi Ayam Mentega Udang Kering... 


Foam boards tu boleh didapati di kedai yang menjual peralatan buku dan terpulang la kepada keadaan cuaca sama ada hendak menggunakan foam board yang bersaiz kecil atau besar.. Kadang-kadang Diana memerlukan 3 atau 4 keping foam boards untuk menghasilkan sesuatu karya mengikut kesesuaian karya yang kita inginkan..


Diana berharap ianya dapat sedikit membantu kepada sesiapa yang memerlukannya.. Diana bukan la arif sangat dalam bidang ni.. Namun apa yang Diana kongsikan ni hanya lah apa yang biasa Diana buat selama ni ya.. Jika ada kekurangan Diana mohon maaf dan jika sudi kiranya boleh lah berikan tunjuk ajar kepada Diana..






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, August 4, 2012

~ Lightroom - Export Settings...

Sheery Dream Cakes | 8:16 AM | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.... 

Diana mohon ampun dan maaf kerana membiarkan anda semua tertunggu² setting seterusnya untuk Export Image kat Lightroom. Dah lama Diana berjanji untuk buat entri ni.. Namun malangnya Diana tak mampu nak teruskannya masa tu.. Diana kurang sihat masa tu.. Hari ni Alhamdulillah Diana semakin sihat... :). Terima kasih di atas doa anda semua... Sayang anda semua.. 

Baik lah. terus jer kita tengok bagaimana settings yang Diana gunakan dalam proses seterusnya di dalam LR3.. Kepada sesiapa yang belum pernah membaca setting sebelum ni.. Boleh klik di → Cara Edit Image Dalam Lightroom.. Setelah itu baru lah guna setting dalam entri nie yer.. Perlu diingat semua setting ni adalah setting yang Diana biasa gunakan untuk edit gambar dalam SBK ni yer.. Sekiranya ada yang terkurang atau ada yang tersilap tu boleh beritahu Diana.. Diana ni pun masih baru dalam bidang ni dan masih memerlukan tunjuk ajar dari anda yang lebih arif dalam photography.. Terima Kasih..

1. Klik pada Export Location.. Settingnya seperti di bawah :
  • Export To : Specific Folder
  • Folder : Pilih folder yang anda kehendaki
  • Tandakan  pada Put in Subfolder dan masukkan nama yang dikehendaki.
  • Jangan tanda  pada Add to this catalog. Biarkan kosong macam tu sahaja.
  • Existing Files : Ask what to do.
2. Klik pada File Naming..
  • Tandakan  pada Rename To : Pilih Custom Settings.
  • Custom Text : Masukkan nama yang dikehendaki ( contohnya Nasi Goreng ).
  • Start Number : 1 ( yang ini setiap kali kita hendak save gambar yang berbeza kena tukar. Setelah 1 tukar kepada 2 dan nombor seterusnya ).
  • Yang ini penting. Pastikan pilih Lowercase pada Extensions.
3. Klik pada File Settings..
  • Format : JPEG
  • Quality : Terpulang pada pilihan anda. Diana sentiasa pilih 100 %.
  • Color : sRGB.
  • Jangan tanda  pada Limit File Size To.
  • Tandakan  pada Include Video Files.
4. Klik pada Image Sizing.
  • Tandakan  pada Resize To Fit : Width & Height.
  • Jangan tanda  pada Don't Enlarge.
  • Tulis saiz gambar yang anda kehendaki. Contohnya ~ W : 2569   H : 3854 
  • Resolution : Tulis berapa yang anda kehendaki. Diana biasanya akan tulis 300 pixels per inch.
5. Klik pada Output Sharpening.

  • Tandakan   pada Sharpen For : Screen.
  • Amount : High.
6. Klik pada Metadata.
  • Terpulang pada anda sama ada nak tandakan atau tidak. Jika nak sembunyikan EXIF INFO boleh tandakan  . Seperti ~ Tandakan  pada Minimize Embedded Metadata.
  • Jika hendak tunjukkan EXIF INFO jangan tandakan . Biarkan kotak itu kosong begitu sahaja.
7. Klik pada Watermarking.
  • Terpulang hendak buat atau tidak. Diana buat pada Adobe Photoshop untuk proses seterusnya.
  • Jika hendak buat Tandakan  pada Watermark : Tulis watermark yang dikehendaki. Contohnya ~ Sky Blue's Kitchen.
8. Akhir sekali klik pada Export.


Untuk proses seterusnya Diana guna Adobe Photoshop. Untuk prosesnya nanti Diana akan buat entri setetusnya yer.. InsyaAllah. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, June 19, 2012

~ Cara Edit Image Dalam Lightroom...

Sheery Dream Cakes | 10:05 PM | 35 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

Terlebih dahulu Diana ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua di atas ucapan tahniah dan doa anda semua.. Alhamdulillah moga kita semua akan dirahmati olehNya.. :)

Baik ler.. Di atas permintaan... Entri kali ini Diana hendak terangkan bagaimana proses suntingan gambar yang Diana buat selama ini.. Jika ada kesilapan di dalam entri ini nanti... Kepada yang sudi tu tolong lah perbetulkan ya.. Hehhee... Maklum la ilmu photography yang Diana ada ni hanya la sedikit.. mak budak baru belajar... :). Jadi kalau boleh sama-sama lah kita belajar ya.. Masih banyak lagi yang Diana perlu pelajari dalam bidang ni..


Setelah siap mengambil gambar.. Seperti yang anda dah tahu, Diana ambil gambar tu dalam format RAW. Dulu di awal Diana berjinak dengan format RAW ni.. Diana fahaminya dengan cara = RAW bermakna MENTAH..Jadi, Diana umpamakan ia seperti makanan.. Misalnya ayam yang mentah. Sebelum ianya dinikmati kita perlu untuk memasaknya terlebih dahulu kan.. ;). Lepas tu baru lah boleh dihidang dan dinikmati.. Begitu juga halnya dengan format RAW ni. Raw files harus melalui beberapa proses terlebih dahulu sebelum kita dapat melihat hasil sebenarnya.. Diana guna Lightroom untuk proses file RAW ni.. Apa yang Diana buat adalah seperti di bawah ya.. 

  1. Import gambar ke Lightroom ( LR ).. 
  2. Kemudian pergi ke Develop dan klik Crop Overlay.. Lepas tu klik crop & straighten ( Diana guna 2 x 3 / 4 x 6 ).. Dah siap semuanya boleh klik Done.
  3. Lepas tu pergi ke User Presets.. Tengok kat bawah Navigator tu ya.. Pilih Preset yang anda nak guna tu.. Presets ni anda boleh membelinya atau download secara percuma online.. Tapi yang menjadi fav Diana ialah LR Presets dari ( klik untuk ke blog The Bell Sisters )   The Bell Sisters.. Iaitu LR Whiped Cream LR Preset ( KING Pack ) =  £37.99 GBP  dan  Soft Afternoon Glow Lightroom Preset ( DELUXE Pack ) £37.99 GBP.. Harga yang Diana letak nie adalah harga pada masa dan ketika Diana buat entri ini ya.. Harganya mungkin akan berubah-ubah tau.. Jika anda suka buat presets sendiri lagi baik kan.. ;).
  4. Klik kat Adjustment Brush.. Kat sini anda boleh ubah Exposure, Brightness, Contrast, Saturation, Clarity dan Sharpness sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
  5. Kemudian pergi ke Basic Panel.. Di sini Diana hanya tambahkan atau kurangkan Temp, Exposure, Brightness and Contras.
  6. Kemudian Diana tambahkan Clarity, Vibrance dan Saturation.
  7. Lepas tu, pergi ke Tone Curve. Diana setkan Point Curve kepada Medium Contras. Diana lebih senang guna fungsi " Adjust tone curve by dragging in the photo" . Tapi boleh juga hanya guna fungsi kat bawahnya tu yer.. Tengok kat Region : Tambah atau kurangkan atau biarkan macam tu sahaja setting untuk Highlights, Lights, Darks dan Shadow. Lebih senang guna bahagian ni bagi yang baru bermula. 
  8. Setelah itu, tambahkan atau kurangkan Noise Reduction dan Detail. Bermain dengan kedua setting ni ya.
  9. Untuk Contras Diana biasanya akan set kepada " 0 " sahaja.
  10. Lepas tu ubahkan Sharpening.. Ubahkan Amount, Radius, Detail dan Masking. Di sini kita perlu gandingkan juga dengan setting Noise Reduction tadi ya. Kena bijak bermain dengan Noise reduction, Detail dan Sharpening. + atau - kan sehingga mendapat hasil yang kita ingini atau kita berpuas hati dengan hasilnya. 
  11. Kemudian, Diana akan + atau - kan jumlah Highlight Priority kat Effects.
  12. Lepas tu baru la Diana Export image tu ( Setting untuk nie nanti kita sambung ya.. ).







BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>