Ermmm.. penatnya.. baru tadi pukul 4 pm siap kesemua kek... Alhamdulillah.... Boleh tarik nafas lega.. Tahun ni cuma dapat buat 6 biji kek untuk CNY untuk MIL... Jom tengok resipi nya
KEK KUKUS COKLAT
Bahan-Bahan
- 10 biji telur
- 200 gm mentega
- 1 tin kecil ( 388g ) susu krimer manis cap junjung
- 1/2 cawan gula halus
- 50 gm kelapa parut
- 200 gm tepung gandum
- Coklat secukupnya _ ( perisa mengikut kegemaran masing-masing )
- 1 tsp esen vanilla
- Sedikit pewarna merah
Cara-Cara
- Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
- Pukul telur dengan gula sehingga sebati dan gebu. Ketepikan.
- Pukul mentega dengan susu krimer manis dan esen vanilla sehingga sebati.
- Setelah itu campurkan kedua-dua adunan dan pukul lagi.
- Kemudian masukkan pula tepung gandum dan kelapa parut. Pukul sehingga sebati.
- Warnakan adunan dengan pewarna merah.
- Ambil sedikit adunan kek dan tuangkan ke dalam acuan kek yang telah dilapiskan dengan aluminium foil. Kukus sehingga adunan masak.
- Kemudian susun coklat pilihan di atasnya. Tuangkan lagi sedikit adunan kek dan kukus lagi sehingga masak.
- Buat begini sehingga adunan habis.
- Sejukkan sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment