pages

Friday, May 6, 2011

~ Resipi Ambuyat Cicah Ikan Merah Goreng & Stim 3 Rasa...




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini ingin kongsikan resipi ikan yang sangat sedap dimakan bersama ambuyat ( sedap di tekak kami la ya .. Lain orang lain seleranya kan ).. Diana masak 2 versi.. 1 versi ikan yang dikukus dan 1 lagi versi ikan yang digoreng.. 

Kalau singgah di dapur Akak Ummi dan Akak Nor pasti jumpa resipi ni.. Tergoda tengoknya.. Maka hari ini terpanggil untuk memasaknya di dalam kedua-dua versi tu.. Kami makan bersama Ambuyat ( Ewah!! Menu baru untuk dimakan bersama Ambuyat .. hehehe ). Diana bagi kuahnya banyak sedikit sebab nak makan bersama Ambuyat kan.. Percubaan pertama dan pasti akan buat lagi .. Sedap sesangat!! Terima kasih buat Chef Norzailina kerana berkongsi resipi yang sesangat sedap ni.. Terima kasih juga kepada Akak Ummi dan Akak Nor kerana mengetengahkan resipi ni ya.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini... Terima kasih..

::  Versi Kukus  ::



:: Resepi Asal ~ Chef Norzailina
:: Sumber ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home & Akak Nor @ Secubit Garam



AMBUYAT CICAH IKAN MERAH GORENG/STIM 3 RASA


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau hendak kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan-Bahan dicincang Halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan-Bahan  Dihiris Halus
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis

Cara-Cara
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang d lengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman. 
  9. ( Makan bersama Ambuyat pun sedap taau.. )







12 comments:

  1. kak ayu pun suka dgn resepi dari kak norzailina..

    bila lihatikan diana nie.. amik ko.. mengoda imanku..

    ambuyat rasanya macam mana ya??

    ReplyDelete
  2. salam diana, betul tu.. ni menu ikan tiga rasa yg paling sedap bg k.nor :)

    ReplyDelete
  3. citarasa rinduan ~
    yer ker akak ayu.. a'aa kan akak.. memang sedap sesgt.. terbaik!
    ermm.. ambuyat tu rasanya tawar jer akak.. hehehe.. tp bila d makan ngan sambal n lauk2 mcm nie mmg sedap ( bagi yg pandai makan gak ler yer ) hehehe

    k.nor ~
    wsalam akak..
    yer akak.. memang terbaik n paling sedap kan akak.. setuju sesangat ngan akak.. ;)

    ReplyDelete
  4. Salam Diana...

    Wah!...mengancam u tgk ikan tu...tgk je dah nampak sedap...
    Ha..ah...ambuyat tu ape eek...kak cek tak penah dengo...makan lagi la tak penah...

    ReplyDelete
  5. Wow!! very delicious looking fish. Love the spices in this preparation. NICE!!

    ReplyDelete
  6. Assalamulaikum Diana


    kak ct kena tenung dulu ikan 3rasa ni, pastu....kita makan dulu....!! hehehe

    memang sedap lauk2 macam ni Diana, sure tak akan tolek tepi punya :DD

    ReplyDelete
  7. baru berkira2 nak makan ambuyat dah nampak ambuyat kat dapur akak nih..mmg nampak sedap tuh kak..kitorg kalo makan ambuyat mmg belasah jer ngan apa2 pun..haha..tapi paling x thn kalo ngan sambal mmpelam muda berkuah..wahhh2 kecur liur i..ahaks..

    nampak cun laa ikan2 tu berposing..yg sengih nampak gigi tu seram sket tp ttp nampak menyelerakan..ehehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya ikan merah 3 rasa tu...
    menggoda betoi ikan tu berposing..
    meh nak cubit sikit ikan tu..

    ReplyDelete
  9. Saya selalu nampak nama sky blue kat MyR...

    Yg saya tak boleh tahan ambuyat tu. Sedapnya bercandas ambuyat...

    ReplyDelete
  10. Maaf semua... baru perasan yg komen2 kat cnie lom d balas lagi.. huhuuu

    cik cek ~
    wsalam kak cek..
    ikan tu mmg sedap akak.. berbaloi2 mencuba nya.. hehehehe... ambuyat aka sagu tu terkenal kat borneo akak.. ada masa nnt dtg ler labuan ker.. sabah ker.. brunei ker.. kat sarawak pun ada akak.. sedap..

    quay po cooks ~
    tq... ^_^

    ct delima ~
    wsalam akak..
    a'aa akak... diana pun suka makan ikan 3 rasa nie akak... mmg sedap

    hasue ~
    hehehhe.. sama ler ngan akak sue... ambuyat nie bagi akak.. kalau dah ada sambal udang kering belacan tu... memang dah ok dah.. heheheh lagi2 ler ada sambal mempelam muda... perghhh.. makan x ingat... hehehhe
    ikan tu ngan senyum tu sue.. hiihiii..

    mas ~
    ikan 3 rasa nie sampai skg akak masih terbayang2 lg kewangiannya tu mas.. alahai!! mmg sedap kan mas.. ;)

    anonymous ~
    ooo sky blue kat myr tu bukan diana.. kebetulan plak tersama nama.. huhuuu... nie sky blue sempena nama kilang keluarga hubby diana... :)

    ambuyat tu mmg sedap kan... terasa nak mkn lg ler plak dah.. hehehehe

    ReplyDelete
  11. I just added your website on my blogroll. Really enjoyed reading through. Excellent information!

    ReplyDelete
  12. kalau versi sabah ambuyat ni kite selalu makan dengan kangkung belancan, jeruk buah bambangan dengan ikan goreng tambah jus limau pedas atau ikan rebus masak empap.. nyum2.. sedap

    ReplyDelete