pages

Wednesday, May 4, 2011

~ Resipi Kek Batik Horlicks...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 

Sebenarnya resipinya sama saja dengan Kek Batik tu.. Cuma tukarkan milo dengan horlicks ja.. Lepas tu tukar biskut tu kepada yang berperisa coklat dan Diana tambahkan juga dark choc semasa melapisnya... Mudah kan.. Hehehe.. Tapi Kek Batik Horlicks ni bukan la kegemaran Diana dan daughter.. Kalau hubby dan anak-anak lelaki Diana memang suka makan kek ni.. Selera masing-masing kan… :) 



KEK BATIK HORLICKS


Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan horlicks
  • 2 cawan Nestle nestum original ( boleh dikurangkan atau tak bubuh pun boleh )
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm) _ susu krimer manis cap junjung
  • Biskut Marie berperisa coklat ( Diana guna Lee brand )
  • Choc Rice secukupnya
  • Dark choc secukupnya

Cara²
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, nestum dan horlicks. Pukul adunan sehingga ianya betul-betul sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak adunan di atas api sederhana sehingga pekat. ( Tips memasaknya ada di SINI )
  6. Setelah adunan betul-betul pekat bolehlah diangkat.
  7. Sediakan loyang yang telah dilapis dengan kertas minyak atau aluminium foil dan bubuh sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  8. Kemudian susun biskut marie dan dark choc di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  9. Taburkan choc rice di atasnya. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong.
:: Gambar A ~ Yang nie lapisan kedua.. untuk lapisan pertama.. biskut tu tak perlu d patahkan. susun 3 baris. Lapisan kedua baru buat macam nie yer.. Lupa pula ambil gambarnya tadi.. huhuu  ::





13 comments:

  1. cantik n kemas lah susunan tu hehee..but mcm tlampau pekat btl kn horlicks tu....

    ReplyDelete
  2. wahhhhh...cantiknya kek batik ni...
    terliur mas tengok.....
    mas tak pandai lagi buat kek batik...
    cantik betoi tengok kek batik akak tu...

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Diana

    wah..memang cantik hasil air tangan Diana ni. kak ct pun macam Mas gak..dok terliur tengok pic dari Diana ni. kalau dapat merasa baru hilang kecur tu.. hihihi.

    kak ct kurang sikit kalau kuih2 yang manis ni Diana. kalau nak buat kek batik anak dara kak ct jer yang suka makan. penghuni yang lain tak berapa gemar. jadi bila buat kena bagi kat jiran2 buat sedekah amal jariah :D

    ReplyDelete
  4. cantiknya kek batik..sure sedap. Rajin Irfan tolong mama dia..takde la macam Irfan akak, suruh ambik barang pun lambat jer..

    ReplyDelete
  5. anne ~
    tq ... a'aa anne.. mmg pekat gitu.. tu yg akak kureng ckit tu suka.. tp anak2 lelaki akak n hubby juga jiran akak suka makan.. sempat bg kat jiran semalam.. hehhee

    mas ~
    t.kasih..hehhee.. senang jer nak buat nie mas.. yg penting semasa memasaknya tu.. kena gaul sentiasa..

    ct delima ~
    wsalam akak..
    t.kasih akak... ehhehe... ada lagi nie akak.. kalau dkt boleh bagi kat akak.. sebab diana buat 2 adunan sekali smlm.. hehehe..
    sama ler ngan diana akak... tp kalau versi milo ok ckit.. untuk versi horlicks nie diana pun mmg terasa cam manis ckit.. hehehe

    cendana kasih ~
    t.kasih ... ermm.. irfan diana tu suka tu akak tlg mummy dia kat dapur kalau buat kek atau biskut.. tp tlg tgk jer ler dia akak... sambil cakap.." mmmm.. sedaaapnyaaa... " hehehe.. tu jer ler kerja dia akak.. heehee.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Ada kelainan sikit kek batik ni. Bagus juga kalau diubahsuai resepi supaya ada pelbagai rasa.

    ReplyDelete
  7. wsalam...
    a'aa... d olah untuk mempelbagaikan lagi rasa kek tu.. mengikut permintaan anak2.. ehhehee

    ReplyDelete
  8. Nice...arghh!! tak sabaq nak kawen...haha..
    sebab kalau dah kawen mesti kena ada rumah..dah ada rumah mesti ada dapur...dah ada dapur mesti kena masak...

    ReplyDelete
  9. oreo hitam ~
    hehehe... x per2.. nnt bila dah kahwin berasap ler dapur tu kan kan kan... heehee ;)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. wahhh... nmpak sedap dan senang nk di buat. penah buat kek batik, tp yg ni lain skt. mst cuba ni. tentu sedap...

    ReplyDelete
  12. wrong timing lah jumpa blog ni. patut datang masa kenyang. ni rasa kebulur dah tengok macam2 menu. haha.

    ReplyDelete
  13. Salam kenal...
    menarik kek batik ni ...tengok bahan2 tu pon dah tau mmg sedap...nnt nak cubalah..tq

    ReplyDelete