pages

Wednesday, May 11, 2011

~ Resipi Kuih Lopes...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kuih Lopes nama diberi… Mulanya dulu nampak kat dapur Akak CT... Lepas tu baru-baru ni nampak pula kat dapur Akak Yatie... Aduh!! Tak tertahan tengok kuih tu... hehhee... Selama ni asyik beli jer... tak reti nak buat sendiri Kuih Lopes ni... Hari ni buat pertama kalinya.. dah pandai buat dah... hehehhehe... Seronok sangat!! Terima kasih kat tulip77@ My Resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sungguh sedap ni... Terima kasih juga kat Akak CT dan Akak Yatie ya... Izinkan Diana pula berkongsi resipi kuih yang sedap ni di sini.. Terima Kasih… 




:: Resipi oleh ~ tulip77@ My Resipi
:: Sumber ~ Akak CT @ Dari Dapur CT & Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku


KUIH LOPES
Saiz sedang-sedang dapat 24 ketul


Bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan ( dikisar )
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Kelapa parut yang d gaul dengan sedikit garam

Bahan-Bahan Untuk Air Gula
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan _ disimpul

Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air  dan masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Rendam selama 3 jam.
  2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan.
  3. Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. 
  4. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan. Kukus lagi selama 30 minit.
  5. Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.  Ambil pulut dan tekan padat-padat dengan plastik / daun pisang. 
  6. Biarkan sejuk. Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.
  7. Semasa mengukus pulut, bolehlah buat air gula. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  8. *** Air gula ni bergantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan. Jika guna yang besar bolehlah dikurangkan. 




11 comments:

  1. Assalamualaikum Diana,
    waduh tak tahan tngk kuih lopesmu itewwwww...betul2 buat akak terliur sangat..menyelerakan sungguh...pasni takyah beli lagilah...Diana dah boleh niaga kuih lopes pulak...

    ReplyDelete
  2. yatie~
    wsalam akak..
    hehehee... a'aa akak.. x yah ler nak beli lagi kan akak.. mmg best kuih yg d buat sendiri nie... tq akak.. ;)

    ReplyDelete
  3. Di saya suka kuih ni. Tapi tak pernah pun buat sendiri

    ReplyDelete
  4. kak sam ~
    sama ler ngan diana.. suka mkn tp dulu x reti buat... baru hari nie pertama kali buat... ;)

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum Diana


    tu hari nampak kat blog mamanoor, hari ni kat sini pulak..adeiii ni yang tak tahan mengoda kalbu jiwa dan raga kak ct niii. dok tenung jer lopes tu macam nak jilat2 tapak tangan sebab nak makan sangat... hihihi. Nak buat mcm ... nak buat jugaaaa! huhuhu

    ReplyDelete
  6. Salam Diana...

    Teringin nak makan tapi lum teringin nak buat...he he ..jadi tgk2la jamu2 mata kuih lopes lat dapo diana ni...cedapnya....:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Diana

    Wah lopes...febret kak nur juga nie..pandai diana buat...so far akak tk pernah buat lopes...biasa beli aje...hehe.

    ReplyDelete
  8. Hi, can i know why is that when i steam the pulut the green fades away n when it's cooked, the colour turns light brown. Why is yours very green and it looks tempting. by the way, i followed your recipe step by step. Ash

    ReplyDelete
  9. owhhhh...sedapnye kuih lopes tu diana...menitis ayaq liuq nih haaaaa :)

    ReplyDelete
  10. salam, kalau tak taruk air kapur boleh tak?

    ReplyDelete
  11. Thank you for sharing!!! hilang ljuga rindu kalau di perantauan….my first ever testing made this at home…;)))

    ReplyDelete