Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Pagi ni hanya buat sarapan ringkas saja... Ermmm.. Dah lama dah tak masukkan entri sarapan macam ni kan... Bukannya tak buat cuma tak sempat nak update.. Hmmm.. Sebenarnya ambil gambar pun tak sempat.. :D. Macam mana la nak update kan.. Sarapan macam ni memang kegemaran anak-anak sejak dulu hingga la sekarang.. Ianya amat mudah disediakan namun sedap dimakan... Bukan saja anak-anak yang suka makan.. Diana sendiri pun suka.. ;). Apa kata kita tengok cara Diana buat sarapan kali ni…
ROTI BAKAR TELUR & SOSEJ
Untuk 4 keping Roti Bakar Telur dan Sosej
Bahan-Bahan
- 4 keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
- 4 biji telur mata lembu
- 1 batang sosej
- 1 biji tomato _ dihiris nipis
- Mayonis secukupnya
- Sos cili secukupnya
- Keju cheddar parut secukupnya
Bahan-Bahan Perap
- 1/2 tbsp sos tiram
- 1 tsp gula
Cara-Cara
- Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ( goreng sekejap sahaja ). Angkat dan hiris sosej kepada 16 bahagian. Ketepikan.
- Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atas roti dan susun 2 hirisan tomato di tengahnya.
- Kemudian susun sosej di setiap penjuru roti.
- Taburkan keju cheddar parut di atasnya dan lapiskan dengan sebiji telur mata lembu dan taburkan lagi dengan keju cheddar parut.
- Setelah itu, picitkan sos cili dan mayonis di atasnya.
- Bakar di dalam oven sekejap.
- Hidang.
mengancam nyer roti diana & nice shoot ....
ReplyDeletegee ~
ReplyDeleteterima kasih akak... ^_<
K Diana... Ringkas2 pun tapi menarik bekpes nya.... :)
ReplyDeleteAs'salam Diana
ReplyDeleteNi menu yang paling ringkas dan anak2 memang mengemarinya. Kak ct kalau buat pizza segera ni 10 keping anak2 makan belum tentu cukup..hihihi
meleleh air liurr tgk. besttt nii :)))
ReplyDeletesimple tp menyelerakan :)
ReplyDeletecun gak ni...
ReplyDeleteamboi sedapnyaaaaa.. teringin nak cuba, thanx :)
ReplyDeleteKak diana sedapnya nampak.. Ringkas tp menyelerakan
ReplyDeletekak diana.. sedapnyer... resepi simple, tp nmpk sgt mengancam!
ReplyDeleteakak..sedapnya nampak breakfast tu.. gambar nampak ada class la mcm kat restoren je.. cantik
ReplyDeleteyummy..sungguh menyelerakan ngan limpahan cheese yg meleleh tu....
ReplyDeleteuishhh sedapnya kak..rasa nk ngap jer kat screen ni..hehehe
ReplyDeletealamdamai ~
ReplyDeletehehehe... terima kasih.. ;)
ct delima ~
wsalam akak...
a'aa akak.. anak2 kalau jumpa menu mcm nie laju jer mereka nak makan kan akak... wah kena sediakan 10 keping tu akak... ehhehe
rtp farra arisha ~
arisha... mari makan sama akak.. akak buat yg baru lg yer.. ;)
k.nor ~
terima kasih akak.. ;)
nazrah bakery ~
terima kasih akak.. :)
sweethoney ~
ur wcme... terima kasih kerana sudi nak cuba.. :)
juwita jamaludin ~
terima kasih ita.. :)
tun_telani ~
terima kasih tun.. ;)
izahdaut ~
terima kasih izah... hehehehe... nie kat rumah akak jer nie izah.. ;)
intan morsalin ~
cheese tu yg membuatkan anak2 tak tertahan tu kan.. hehehe
nieza ~
hehheee... jangan nieza... hiihiii.. nnt kita makan sama2 yer nieza...