pages

Wednesday, September 7, 2011

~ Resipi Nasi Halia...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Nasi Halia... Pernah makan kan? Cara penyediaannya amat mudah sekali... Diana sebenarnya mengejar masa ni.. Tapi sebelum Diana keluar .. Diana nak sajikan dengan Nasi Halia ni dulu ya... Malam nanti baru Diana BW dan membalas komen yang ada... Insyaallah.. :). Jom tengok cara Diana menyediakan Nasi Halia yang sangat mudah ini.. 
::  Halia, bawang putih, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga d tumis sehingga garing bersama mentega.. Lepas tu masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi.. Tutupkan api..  ::

::  Kemudian tuang bahan tumis tadi ke dalam rice cooker yang telah d isikan dengan beras dan air secukup kegunaan.. Bubuh kiub pati ayam dan garam secukup rasa.. Masak seperti biasa  ::


NASI HALIA

Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
  • 2 inci halia _ ditumbuk bersama kulitnya
  • 1/2 tsp halba
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris
  • 150 gm mentega
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega. Tumis halia, halba, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi. Tutupkan api. Ketepikan.
  3. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan tuangkan air secukupnya seperti sukatan memasak nasi biasa.
  4. Setelah itu masukkan bahan yang dItumis tadi ( No.1 ) bersama kiub pati ayam dan garam secukup rasa ke dalam rice cooker. Gaul rata.
  5. Masak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak, biarkan seketika sebelum digembur-gemburkan.
  7. Sedia dihidang dengan lauk kegemaran masing-masing.



17 comments:

  1. arisha dah pernah makan nasi halia..mama yg buatkan..it tastes good!! i like it!! :))

    ReplyDelete
  2. fuhhh...terus tergoda. bookmark dulu!

    ReplyDelete
  3. salam kak dia.. good idea.. leh la try lama tak masak nasi berperisa ni

    ReplyDelete
  4. tercium semerbak halia... bagus nasi ni Diana,lepas makan boleh keluar angin satu badan dek panas halia!.... lega rasanya... Kak Amie pun dah lama tak masak nasi berperisa....

    ReplyDelete
  5. nmpk sedap je nasi tu.. mmg bagus mkn halia byk nih. rasa mcm nasi minyak ye kak? tp nmpk ada halba tu, mesti lg sedap nih.

    ReplyDelete
  6. senangnye cara nk buat! tapi susah nk jumpa halba...hmmm...teringin pulak nk makan....

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Diana..skali lg tergoda ari nii..kna msk list dulu ni..terasa wangi je bau halia tuu hehee

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..selamat pagi..wahhh, ada juadah best pd ni..mesti sesuai utk org yang banyak angin dalam badan mcm tun ni..hihihi...

    ReplyDelete
  9. salam lebaran diana..rajin diana msk2 dihari raya..akak plk lps raya dh jd "M"...nk rehat je...sedap npk nasi halia..nnt blh cuba..

    ReplyDelete
  10. nampak sedap nasi diana ni..
    boleh jgak cuba nanti..:)

    terimakaseh atas ucapan takziah dan amin atas doa2 diana terhadap arwah abang akak tu ya..:(

    ReplyDelete
  11. u ni dah la cantik, pandaimasak pulak tu. beruntung your husband! :)

    ReplyDelete
  12. I couldn't stop salivating at your dishes ever since I entered dear!

    Owh myyyyyy...where's the tissue???

    Chicken down there looks really good! Do share them on Resipi Masakan Ayam in FB when you find time :)

    ReplyDelete
  13. salam kak diana..selamat hari raya..waaaa nak duit raya kak! ok lah kalau tak der duit raya utk mieza kasi ler sepinggan nasi halia ni...one of my fav ni kak..sedap nasi ni...tabur dengan halia mayang yang dogoreng angin..huhuhu leh buang angin satu badan kak..sedap kan kak..tp mana lauk rakan sekapalnya kak?

    ReplyDelete
  14. 1st time dengar nasi halia ni kak diana. sedap ye.. teringat2 nasi org berpantang pulak. hehe..

    selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  15. Salam Diana..lom pernah cuba lagi tp cam dah trgoda gak!
    Selamat hari raya..maaf zahir & batin dr K.atie sekluarga.

    ReplyDelete
  16. salam kakdiana...macam2 resepi nasi kuar selepas raya nih...hehhehe...nasi serai pun tak buat lagi nih....rindu nak makan nasi putih lepas beraya....ikan masin dan seangkatan dgnnya..hehehhe

    ReplyDelete