pages

Wednesday, September 14, 2011

~ RESIPI KEK KUKUS NESCAFE...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... 

Entri  ni punya la main lama tertangguh. Sebelum raya lagi dah janji nak kogsikannya di sini. Tapi baru hari ni ada kesempatan. Tapi resipinya memang dah ada dalam blog ni. Resipi ulang tayang saja sebenarnya.


Kek kukus lapis nescafe ni la kek pertama habis semasa hari raya pertama hari tu. Diana buat 2 biji sahaja kek ni. Memang dapat bertahan untuk sehari saja. Ramai yang suka kek ni sebenarnya. Itu apa yang Diana perhatikan setiap tahun semasa musim perayaan Aidilfitri.  Kalu nak tengok versi marble bole klik di SINI ya.

KEK KUKUS LAPIS NESCAFE

:: Saiz Loyang ~ 7 atau 8 inci


Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 1 1/2 cawan ( 342 gm )  mentega berkualiti tinggi
  • 1 1/2 cawan ( 342 gm ) gula kastor
  • 1 1/2 cawan ( 175 gm ) tepung gandum ( diayak )
  • 1 tin kecil susu pekat ( 388 gm ) _ susu krimer manis cap junjung
  • 1 tin sederhana seri kaya ( 300 gm )
  • 4 tsp nescafe ( diayak ) 
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna kuning 
  • Pewarna perang atau jika suka boleh gantikan dengan sedikit browning sugar

Cara-cara

  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
  2. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. :: 1 bahagian dicampurkan dengan nescafe, susu krimer manis dan pewarna perang atau sedikit browning sugar.
  7. :: 1 bahagian lagi dicampurkan dengan seri kaya, esen vanilla dan pewarna kuning.
  8. Ambik sedikit adunan nescafe dan masukkan ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan digriskan nipis dengan mentega. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan cake tester atau lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik. Lapis lagi dengan adunan seri kaya dan kukus sehingga kek masak.
  10. Ulang proses  no.8 dan no .9 sehingga adunan kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Sejukkan kek dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong ( jangan skip proses ini ).










23 comments:

  1. slm k'diana..rajinnyer akak melapis...kalau ida buat ni mesti tebal2..he..he kemas jer lapisan kek tu

    ReplyDelete
  2. wsalam ida...
    hehheee... terima kasih ida...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak diana...adui... rajinnya kak dia buat kek lapis...kalau nani buat, mesti sibuk2 nak suruh cepat habis...ini boleh buat 2 adunan lagi...baru satu jenis kek...kalau 5 jenis, tak tahu la mcm mana...raya sakan la org labuan ye..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, kak Diana Selamat Hari Raya maaf zahir batin yer kak.. lama x wat onar kat dapo akak ni.. wah rajinnyer akak melapis.. kemas tu ader ker lagi meh erma nak join gak he he eh

    ReplyDelete
  5. nuwairani ismail ~
    wsalam nani...
    hehehe.. ari tu buat tuk raya nani.. kalu buat kek lapis nie kena banyak sabar nani.. mmg x leh dok lelama.. banyaknya berdiri jer... mmg sedikit penat ler kan.. huhu...

    halamanku ~
    wsalam erma..
    selamat hari raya .. maaf zahir dan batin.. kek nie dah abis dah erma... x per nnt akak buatkan lgi tuk erma yer.. heheh :0

    ReplyDelete
  6. cantikk...
    rajinnya akak melapis...

    ReplyDelete
  7. As salam Diana.
    Selamat Hari Raya ye :)

    Kalau dihidang pd Oeya sekarang ni pun habis hik3..

    ReplyDelete
  8. oh oeya ~
    wsalam ...
    selamat hari raya.. maaf zahir dan batin..
    hehehhee.... suka makan yer... bole2... jap yer nak hidang.. hehehhee

    ReplyDelete
  9. DIANA..
    SUNGGUH TAU.. KAK AYU BELUM PERNAH MAKAN LAGI KEK kek lapis nescafe..
    nampak sedap..
    kalau 2 biji lah....
    ayu minta kedua2 sekali ya.. heheheh

    ReplyDelete
  10. Diana ada tak kek lapis yang tak payah melapis-lapis.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Di..Wahhhhh masa masak mesti wangi sedapur ni....kalau sebelah umah kompen dah gi nempel ni...

    ReplyDelete
  12. piwitt... baru aje buat kek lapis semalam...kena tunggu datang angin rajin dulu...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Diana,
    nanti buatkan khas untuk Kak Amie ye Diana.... seloyang tau! jangan bagi sesiapa... he he hehh

    ReplyDelete
  14. Salam Diana

    This looks nice, maybe I shd try :) ..sejak akak dah melapis bakar..lama sungguh rasanya tak tak melapis kukus :)

    ReplyDelete
  15. wahh.. cantik nyer lapisan akak.. nmpk moist je kek akak nih.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum ..
    kaka diaana.. i miss uuu... akak simple je kek ni, trasa nak mencubenya. tapi nak tanya kek gini memang jenis tak gebu ye kak. memang jenis padat lembut gitu je ye. nampak sedap. saya suke rasa nescafe

    ReplyDelete
  17. tentunya sedap tu kak.. terasa nak capai je..:)

    ReplyDelete
  18. Salam Diana cayang...amboiii byk nya dia wat kek lapis raya nih...kalau la akak dekat, harus hari2 datang rumah nak menempel dan tolong habiskan kek dia...hehehee, rajin Diana ni.. :))

    ReplyDelete
  19. ngintai reaepi kek D.. harap2 dpt kerajinan di ptg2 hari ni..

    ReplyDelete
  20. Assalam kak diana cayang,rindu betoi ngan akak,da jenguk sini,tapi xsmpat nak tinggai jejak,lappy wat hal lah kak,ashik duk off jer,huhu..Akak nih rajin toi melapis,cantik betoi setiap lapisan,kemas jer kak..Miss u kak,muahhhss..

    ReplyDelete
  21. selamat hari malaysia!

    bila la sy blh rajin mcm diana ni..berkenan kat cream crackers lapis2 bwh tu..lain drp yg lain. :)

    ReplyDelete