pages

Sunday, January 8, 2012

~ Ayam Sos Plum Versi 2...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Entri kali ni Diana nak kongsikan resipi  SBK yang pernah d siarkan di dalam Majalah Aroma Dec 2011. Terima kasih sekali lagi buat Akak Siti Dimiati dan semua yang terlibat. Resipi Ayam Sos Plum ni Diana cipta khas buat Majalah Aroma.. Dulu pernah juga Diana kongsikan resipi Ayam Sos Plum Versi 1 di sini... Nak tengok versi 1 tu klik kat  SINI  yer... 

AYAM SOS PLUM


Bahan-Bahan 

  • 1/2 ekor ayam ( 650 gm ) _  dipotong kecil
  • 200 gm nenas kiub dalam tin _ dipotong 2
  • 3 biji cili padi _ dipotong 2
  • Sedikit daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dicincang
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Perap

  • 2 tsp sos lada hitam Life
  • 2 tsp gula
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 biji telur ( dipukul ringan )
  • 3 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung ubi kayu
  • Garam secukup rasa

Bahan A ( Dicincang halus )

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji cili merah

Bahan B

  • 3 tbsp sos plum Loon Kee
  • 2 tbsp sos tomato Maggi
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 4 tbsp syrup nenas dalam tin

Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama sos lada hitam, gula, minyak bijan, serbuk lada putih dan garam secukup rasa selama 30 minit.
  2. Kemudian gaulkan ayam bersama baki bahan perap ( telur, tepung kastard dan tepung ubi kayu ). Gaul rata.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A dan cili padi sehingga wangi dan sedikit garing. Ambil 1 1/2 tbsp bahan yang ditumis tadi dan ketepikan.
  5. Kemudian masukkan nenas kiub dan bahan B. Gaul rata dan setelah mendidih bolehlah sesuaikan rasa.
  6. Tutupkan api dan tuang di atas ayam goreng yang telah disusun di atas pinggan.
  7. Taburkan daun sup / ketumbar cincang dan 1 1/2 tbsp bahan tumis tadi di atas ayam semasa menghidang.



8 comments:

  1. owhhh...sungguh mengancam rupa paras ayam tuh! Cuci mata ajelah ye...

    ReplyDelete
  2. ...terliurnya... terasa-rasa msam manis kat mulut nih :-)

    ReplyDelete
  3. Assalam kak diana,nmpak sgt2 menyelerakan,nnti kalo da nenas dlm tin tuh,leh la try resepi nih,mesti rasa msm2 manis kan..

    ReplyDelete
  4. adoyaiiii Diana.... menitis air lior dibuatnya....

    ReplyDelete
  5. Baru belajar Masak. 1 tsp tu ape? Apa maksud tsp Dan tbsp?hehehehe ...terima kasih krn menjawab.bru ke dapur

    ReplyDelete
  6. nur azwanis ~
    tsp tu maksudnya teaspoon
    tbsp pula tablespoon

    ReplyDelete