Sekarang ni hujan dah mula lebat.. dan line tenet ni pun dah mula slow dah ni... Huhuuu.. Jadi sebelum keadaan lebih tak mengizinkan Diana terus online... Diana ambil kesempatan ni untuk update 1 lagi entri... Ni pun entri tertangguh ni sebenarnya...
Udang Panggang Bersama Salsa ni memang kegemaran Diana.. Diana suka gandingkannya dengan Sky Blue Lemonade perisa Lemon. Memang best sangat... Hehheee... Tu kalau ikut tekak Diana lah ya.. Orang lain tak tau pula :).. Lain orang lain pula citarasanya eh...
Eh! Panjang pula ceritanya kan... Sedangkan guruh dah berdendang-dendang tu.. Kilat pun dah beri amarannya dah... Baik lah.. Kita semak dulu resipi kali ni ya..
Eh! Panjang pula ceritanya kan... Sedangkan guruh dah berdendang-dendang tu.. Kilat pun dah beri amarannya dah... Baik lah.. Kita semak dulu resipi kali ni ya..
UDANG PANGGANG
Bahan-Bahan
- 400 gm udang bersaiz besar _ dikupas kulitnya dan tinggalkan ekornya
- 1/2 tsp serbuk cili
- 1/2 tsp serbuk lada hitam
- 1/2 tsp serbuk lada putih
- 1 tsp rempah kari _ ( Diana guna rempah kari ayam dan daging Baba's )
- 1/4 tsp serbuk jintan manis
- 1/4 tsp serbuk jintan putih
- 1/2 tsp serbuk ketumbar
- 2 tsp daun basil kering
- 1 tbsp mentega cair
Bahan-Bahan B
- 1/4 tsp serbuk cili
- 1/2 tsp rempah kari
- 1 tsp daun basil kering
Cara-Cara
- Toskan dan lap kering udang dan campurkan kesemua bahan-bahan A. Gaul rata.
- Kemudian masukkan bahan-bahan B dan gaul sehingga bahan bersalut dengan udang.
- Perap selama 30 minit ( sementara tu boleh sediakan salsa ).
- Setelah itu bolehlah dipanggang hingga udang masak.
- Makan bersama salsa ( rujuk di bawah untuk resipinya ).
SALSA
Bahan-Bahan
- 1/2 biji nenas bersaiz sederhana _ dikupas kulit dan dipotong kecil
- 1 biji timun jepun _ dikupas kulit, buangkan tengahnya / bijinya dan dipotong kecil
- 4 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong kecil
- 1 ulas bawang putih _ dicincang
- 1 ulas bawang merah _ dicincang
- 1 tbsp jus lemon ( boleh guna jus limau nipis jika tak suka jus lemon )
- 2 tbsp minyak zaitun
- 1 tangkai daun bawang _ dihiris
- 1 tangkai daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dihiris
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula
Cara-Cara
- Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
- Sesuaikan rasa dan hidang bersama udang panggang.
- Boleh simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu jika suka ( Diana lebih suka simpan dulu salsa ni di dalam peti sejuk sebelum dihidang ).
Salam kak diana.lama x singgah sini.sedapnya udang tue.bila digadingkan dengan salsa tue lg mengancam nampak.dahla nenas kegemaran nonie.kena cuba nanti.:D
ReplyDeletePagi Diana.. udang my fav nih, di masak apa aja juga suka.. nyam..nyam
ReplyDeleteNampak begitu mengiurkan.....
ReplyDeleteAssalam Diana cayang...salam rindu..salam kaciiihhh cayanggg...hehee.. Amboiiihh x tahan tengok udang bakor gitu...mantops sekali dgn sos salsa eh.. Mmg xyah makan nasi la kalau camni...ratah2 jer kan..
ReplyDeletebila sebut salsa teringat plak dengan nandos hihihi...
ReplyDeletemenggiurkan betul tgk udg2 tu landing atas pinggan, seksi hihihi
kalau dapat seketul dua best ni...
salam diana..
ReplyDeleterupanya sky blue tu sempena nama syarikat family hubby diana rupanya yer.. rasanya kat semenanjung belum pernah ternampak lagi minuman jenama skyblue ni.. tap taktau ler kot akak yg kurang bershopping.. hehehe...
apa2pun.. udang tu mmg nampak sgt2 merbelesss... pasti sedapkan..
Sedapnyer udang itewwww....
ReplyDeleteSalam Diana.mula tengok botol air tu...terfikir napa sama dg nama blog Diana...kebetulan kut rupa2nya produk kilang hubby Diana.
ReplyDeleteudang bakar Diana hidang tu nampak sedapnya....tambah mkn dg sos salsa.
salam diana....hidangan yang menyelerakan.
ReplyDeletetunggu dpt pancing udang besar2 sket baru boleh buat nih :)
ReplyDelete