Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah... Pagi ni demam Diana dah beransur baik dah.. Malam tadi memang tidak ke mana-mana pun... Tengkuk ni nak toleh kiri kanan pun terasa sakit... Ermm... Pagi ni mentang-mentang la tuan rumah demam.. Maka blog ni pun nak join demam sekali nampak gayanya.. Huhuu... Sukar untuk Diana buat entri kali ni.. Entah di mana silap dan penyebab semua ni.. Tengok setting semua ok.. Haih!!! Ker blogspot ada masalah eh? Setiap kali Diana enter... Maka tak nampak la bahagian kat atas tu.. Maksud Diana bahagian untuk kita klik nak letak gambar.. link... dan sebagainya tu... Nak preview pun tak dapat.. Tau tak apa masalahnya?
Buat masa ni memang bertambah la sakit kepala dengan masalah ni... Alahai blog!!! Kenapa la macam ni hari ni.. Tak apa la kan... Buat entri ni pelahan-lahan saja la.. Terpaksa tiap kali nak letak gambar, kena buka tab baru lagi lepas tu pergi ke edit post.. Tu saja caranya.. Adeeeh!!! Pengsaaan!! ( Pinjam word Che Mat Gebu ya .. Hehhee ).. Ha'! Bukan sahaja nak pinjam word tu tau... Hari ni Diana pun nak pinjam resipi dari dapur Che Mat Gebu juga... Resipi yang telah menarik minat Diana hari tu semasa singgah kat dapur CMG... Tak pernah lagi Diana buat malah merasa Kek Betik pun tak pernah lagi... Sebolehnya Diana cari juga buah betik yang masak kat kedai tu.. Alhamdulillah dapat juga beli... Hanya dapat beli jenis Betik Taiwan.. Ermm.. betik pun ada pelbagai jenis eh? Baru Diana tau.. Kek Betik ni boleh tahan juga rasanya tau.. Diana bubuh juga nutella dan peanut butter di tengah kek tu.. Letak juga hirisan betik di atasnya.. Daughter orang yang paling suka makan kek ni.. Sedap katanya.. Buat CMG.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. Terima kasih...
:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan ( TQ )
KEK BETIK @ PAPAYA CAKE
Bahan-Bahan
- 80 gram mentega
- 1 biji telur gred A, pukul sedikit
- 170 gram betik yang masak ranum*
- 3 camca besar susu segar* ( *dikisar halus )
- 150 gram gula perang @ soft brown sugar _ ( Diana bubuh 120 gm sebab betik yang Diana guna agak manis )
- 180 gram tepung gandum*
- 1 1/4 camca teh baking powder*
- 1/4 camca teh garam halus* ( *disatukan dan ayak )
- 2 camca teh jus lemon
- 1 camca teh esen vanilla
- 1/3 cawan kismis _ ( Diana ganti kepada betik yang dipotong dadu kecil )
- Badam cincang, untuk hiasan _ ( Diana tukar kepada hirisan betik )
- Nutella dan Peanut Butter secukup kegunaan _ ( Diana tambah )
Cara Membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 175°C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
- Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul hingga rata.
- Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau hingga rata.
- Tuang dalam tin yang telah disiapkan, ( Diana bubuh inti nutella dan peanut butter ). tabur dengan badam cincang rata² dan bakar selama 45 minit - 50 minit, bergantung pada oven masing². Sejukkan diatas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :-
Sebab mat guna tin bulat warna hitam, mat bakar guna suhu 160°C, seperti macam pernah mat bagi tau dulu, tin kek warna hitam kadar penyerapan haba dia agak tinggi dan kuat, jadi suhu memang perlu diturunkan untuk mengelak kek jadi hangus tapi tidak masak di bahagian dalam. Kalau guna tin aluminium biasa, anda boleh guna suhu seperti yang disyorkan..... Selamat mencuba!!..
Sebab mat guna tin bulat warna hitam, mat bakar guna suhu 160°C, seperti macam pernah mat bagi tau dulu, tin kek warna hitam kadar penyerapan haba dia agak tinggi dan kuat, jadi suhu memang perlu diturunkan untuk mengelak kek jadi hangus tapi tidak masak di bahagian dalam. Kalau guna tin aluminium biasa, anda boleh guna suhu seperti yang disyorkan..... Selamat mencuba!!..
Kek ni buat pada hari Sabtu lepas... Dah habis dah pun.. :). Mulanya tu memang tak ada niat nak ambil gambar sebab Diana masa tu dah mula rasa demam... Daughter yang tolong buat kek nie bersama... Bila dah potong dan makan kek ni... Timbul pula rasa sayang tak ambil gambarnya... Tu la kenapa kek ni tak ada gambar yang belum di potong.. Tu ler Al-Kisahnya... ^_^.
Salam Diana.Atie doakn semoga cepat sembuh ya..syian dia demam.
ReplyDeleteTp dlm demam2 pon sgt rajin membuat kek yg sedapppp nie....
Take care ya.
Salam diana cayang momey wangi wangi :))
ReplyDeleteHaah akak pun kena jugak macam tu.. tak nampak header kat atas tu masa nak edit gambar.. akak buat apa tau.. akak refresh.. hah! okay gitu lagi senang tak perlu diana bukak satu lagi tabs leceh.. just refresh aje.. dont worry tak hilang N3 yang kita dah masukkan tu sebab dia auto save gitewww... kalau kena buat camni ekk.. so tak ler pening kepala tu lagi.. get well soon dear :))
Wahh kek tu nampak mengancam! gambar cantik macam selalu.. i like!!! tapi nak membayangkan rasanya tu masih tak dapat hehehe.. mungkin nak kena cuba.. nak cuba tu boleh tapi yang di rumah nii rasanya tak makan kek yang ada buahh alahaii.. nak kena tunggu ada kenduri baru boleh cuba ni..
anyway tq so much dengan komen2 diana cayang yang berderet tu yaa..cayang adik muahzzzzzz
orang skrg semakin kreatif, kan.. betik pun boleh jadi kek.. agak2 sedap macam kek pisang tak?
ReplyDeleteHari tu mama adalah kerek dengan si Mat.. konon nak celen kek betik dia.. mana nak buat something else. Betik dah beli... tapi ended up makan gitu sebab kemalasan melanda. Hahaha.. Tak apalah, kiranya mama wakilkan Diana je buat ye.. ahaks...
ReplyDeleteAssalam Diana cayang...adoiii baca komen Mama tu ha, akak rasa kalau dpt betik pun jadi mcm Mama gak laa...suka lagi makan gitu jer sejuk2...hehehhe. Tapi nampak sedap betuii kek ni Diana...lembab, padat dan bertekstur berat..akak suka..
ReplyDeletesalam diana..
ReplyDeletealahai kesianya tak baik2 lagi sakitnya cubalah masak air barli atau teh bunga,mgkin badan panas dalam tu.
tp walaupun sakit semangat nak kedapur tu masih membara yer.
menarik tul kek ni tak pernah lak terpikir betik leh jd kek mcm nak try gak lah tp kena cari betik dulu lah
Cuaca sekarang tak menentu, ramai yang kurang sihat termasuk le saya. Saya selalu betik makan macam tu je...
ReplyDeleteAduhai... dah berjangkit ogyep pulak ke... makan sup ikan ya... pas tu miun air kosong banyak2...
ReplyDeletesuka betik u.. x pernah cuba buat kek pulak... mesti sedap kan..
salam kak diana cayang.. kesiannya akak.. makan ubat n rest betul2 ye. semoga cepat sembuh. agaknya lappy akak pun ikut demam sama ;)
ReplyDeletelama x makan betik. buat kek pulak ye. menarik.
asslm kak Diana...alahai kesiannya...Qh pon penah juga alaminya...masa tu mmg bleh hangin 1 badan dibuatnyakan...
ReplyDeletesedap la tgk kek betik..1st time kot QH tgk org menggunakan betik bile buat kuih...ape2 pon nk simpan dlu la resepi ni...hihi
hi diana,
ReplyDeletekek papaya..wow!1..tak pernah makan\!!...v innovative..mesti kena try...
glad to be ur follower...thx for the nice recipes!!
cantiknye gambar...baca blog sky blue ngn hubby, hubby pun puji gambar sgt cantik...rasa nya mesti sedap nih...tp betik nihon import dari filipina...tersangatlah tak sedap betik dia...pahit
ReplyDeleteapalah rasanya...teruja pulak nk mamam..
ReplyDeleteI just found your blog and wanted to tell you how much I like it. Your pics are so beautiful. Looking forward to seeing more.
ReplyDeleteHeidi
slm kak diana,
ReplyDeletesmoga akak cpt smbuh.sy br blajar wt blog tp sy slalu ikuti pkembangan blog akak,mmg best la smua mskan akak..sy mmg mnat bab msk2 ni.huhu...
First time ever baca kek betik..waaaa betul2 mengancam. Photos yang class gitu...love them!!! Thanks for the wishes on Saji ya dear ;)
ReplyDelete