Sunday, June 3, 2012

~ Di Sebalik Dunia Fotografi SBK...

Sheery Dream Cakes | 12:25 AM |
Assalamualaikum dan Bertemu kembali di entri kali ini...

Semua dah tau kan apakah kamera yang Diana gunakan selama ini. Kali ini Diana hendak kongsikan bersama anda semua apakah di sebalik kisah dunia fotografi SBK selama ini.

Sebelum tu.. Dah fahami fungsi yang ada pada kamera DSLR anda? Itu la langkah pertama yang perlu dipelajari setelah kita miliki kamera yang diidamkan selama ini... Ianya amat penting tau.. Jika masih lagi belum memahami sepenuhnya fungsi kamera itu sendiri.. Memang sukar untuk kita melangkah dengan lebih jauh lagi dalam bidang ini.. Oleh itu kita kena betul-betul memahami fungsi asasnya terlebih dahulu ya... Rajin kan diri dan luangkan sedikit masa untuk explore sepenuhnya fungsi yang ada.. Fahami apa itu Aperture, Shutter Speed dan ISO ( Diana tidak akan sentuh tentang ini sebab sudah ramai yang buat entri mengenainya kan.. ).. Kuasai kesemua setting tu dulu.. Semua tu amat penting bagi menentukan hasil karya yang akan kita perolehi nanti.. Mulanya tu memang agak pening tapi bila dah faham dan biasa nanti semuanya jadi mudah.. Percaya la! Yang penting kerajinan kita untuk menguasinya.. 

Lepas itu baru la kita kenali dan fahami apa sebenarnya hasil karya yang kita mahukan.. Baru la boleh kita tentukan langkah seterusnya.. Baik la, seperti yang telah Diana beritahu di awal entri tadi Diana hendak kongsikan bersama anda kisah di sebalik dunia fotografi SBK..

  • Pilih lens yang bersesuaian bagi karya foto anda.
  • Diana akan sentiasa guna lens hood. Tak pernah tinggal tau.. :).. Lens hood ini dapat menghalang cahaya dari memasuki secara terus ke dalam lens.. Ia boleh mengelakkan lebihan cahaya yang masuk.. Ia juga boleh mempengaruhi kontras dan kualiti gambar tu.. 
  • Guna Tripod.. Macam Diana yang mengambil gambar makanan ni wajib ada Tripod.
  • Shoot in RAW.. Secara peribadi Diana lebih suka ambil gambar dalam format RAW.. Sebab ia akan memberikan banyak kelebihan semasa Diana edit gambar tu nanti.. Kita boleh menyunting seberapa banyak kali pun yang kita mahu tanpa merosakkan files asal tu... RAW files nie perlu diproses terlebih dahulu.. kena edit bagai baru la kita convert ke JPEG.. Susah? Banyak kerja nak buat? Tidaak la... Cuba dulu ya.. Diana percaya nanti anda akan jatuh cinta pada nya.. ;).. hehhe..
  • Shoot in Aperture-Priority mode.. Diana guna setting ni untuk kesemua gambar makanan yang Diana ambil.
  • Vibration Reduction ( VR ).. Set kepada "on".
  • Belajar bagaimana nak focus dengan baik dan tepat.. Kerana ianya akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang kita ambil.
  • Jangan takut untuk Set White Balance kepada manual & Titik beratkan penggunaan warna dalam props yang kita gunakan.. Ok di sini Diana nak terangkan kaitan WB ( white balance ) dengan proses semasa kita edit tu yer.. Ni dari pengalaman yang pernah Diana lalui tau.. Mungkin lain orang lain pula pendapat mereka tentang ni.. Yer ler kan.. Pengalaman tiap orang pasti berbeza kan.. Ada yang berpendapat ( ni Diana sendiri dengar ya.. hehehe ) bahawa sekiranya kita ambil gambar dalam format RAW, kita tak perlu ambil kisah tentang cahaya / mood sekeliling serta WB tu.. Boleh ambil gambar tu main hentam ja sebab RAW files ni kan kena di edit juga nanti.. Ermm.. Lain pula pandangan Diana tentang hal ini.. Dari pengalaman Diana sendiri.. Antara keduanya tu amat penting dititik beratkan untuk mendapatkan mood yang kita kehendaki dalam karya foto kita nanti.. Contohnya.. Sekiranya Diana hendak kan hasil gambar yang diambil tu dalam mood pastel atau mungkin inginkan ianya nampak soft dan dreamy.. Jadi, Diana harus la guna warna props yang bersesuaian dengan mood pastel atau soft dan dreamy tu.. Gandingkan juga WB setting kat situ yer.. Contohnya seperti warna biru, ungu, oren, hijau, kuning, pink, brown dan lain-lain. Ianya penting juga semasa proses mennyuntingnya nanti ( yang ni akan kita bincangkan kemudian dalam entri seterusnya ).
  • Metering mode.. Diana lebih banyak set kan kepada spot & center-weighted average.
  • Masa yang sesuai untuk ambil gambar ( berdasarkan masa kat W.P. Labuan yer ) ialah antara pukul 9 am - tengahari. Sebelah petang pula dari pukul 4 pm - 5 pm.. Tapi itu bergantung juga kepada cuaca masa tu.
  • Jangan sesekali guna flash ketika mengambil gambar makanan..No Flash ok!
  • Ambil gambar dengan banyak.. Ini la yang Diana lakukan.. Hehe.. Nanti senang nak pilih mana yang berkenan..

    Langkah seterusnya Diana proses / sunting RAW files tu dulu menggunakan Lightroom ( LR ) .. Lepas itu sunting lagi menggunakan Adobe Photoshop CS6 dan selepas tu baru la boleh dikongsikan bersama anda semua... 


Ok.. sampai sini dulu buat kali ini.. Kita sambung lain di entri seterusnya... :) 




19 comments:

kasihredha said... Reply

lens hood? apa tu...uwaaaa

Sheery Dream Cakes said... Reply

@kasihredha

siang nnt diana terangkan yer.. :)

Mat Gebu said... Reply

Terima kasih berkongsi ilmu.... ^__*

Unknown said... Reply

salam Diana,akak selama ni main hentam saja ambik tak kenal semua yg Diana terangkan kena belajar jugak ni rasanya walaupun dah tak berapa muda heee

Qasey Honey said... Reply

tq kak..dgn info itu...wlaupon model kamera kita bbeza tp serba sedikit info tu bguna...fungsi pon rasanye xbyk beza kot...

hana said... Reply

dah bertaun2 guna kamera.. sampai skrg mode auto jugak yg di guna.. pehtu tembak ikut suka mak labu.. hahahahaha... g kelas pon, cikgu ajor masuk tinga kanan kuor tinga kiri.. mujur ngan tinga2 skali tak ilang.. hahahaha

noor said... Reply

Betul tu saya pun suka guna Raw film tapi kena convert la. Saya masih belajar lagi dan suka sangat ambil gambar permandangan.Saya opun dok belajar lagi dari tok guru dari majalah Aperture.

Maya Miaya said... Reply

suke blog ni..kemas je

Anonymous said... Reply

oh kak diana shoot dlm raw, alahai dlm raw klu edit guna photoshop okey kot

tina dulu shoot dlm raw, susah nak transfer, jadi guna jpeg je & yes, tripod wajib kan

tak ckp pun guna lens yg mana

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Mat Gebu

Sama2 CMG.... ^__^

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Bicara Kak Noor

Salam akak....
Hehehe.. X per akak... Kita belajar sama2 yer akak.. Diana pun masih lg belajar ttg semua nie.. ;)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Qasey Honey

Sama2 QH... A'aa kan QH... Wpun model berbeza namun fungsinya x der ler jauh sgt bezanya... N tips tu sama jer sebenarnya cuma cara mengendalikan kamera tu jer bezanya kan..

Sheery Dream Cakes said... Reply

@hana

Heheheee... X per hana... Tgk gambar kat dapur hana tu dah cantik dah tu.... Suka tgk tau...

Sheery Dream Cakes said... Reply

@noor

Kan... Hehehe... Ambil dlm format RAW nie mmg akan memberikan 1 kepuasan semasa dlm proses menyunting tu... Heheh...

Waaah!! Serononya tuuu dpt bljar dr tok guru majalah... Untungnya Noor...

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Maya Amastarz

Terima kasih Maya... :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Tina Othman

Gini Tina...
Jika kita selesa ngan format JPEG.. Kita boleh jer ambil tu... Sebenarnya RAW files nie x der ler susah trnsfr... Kita mmg x akan nampak gambar tu sbb ianya dlm RAW file kan... Lebih senang kita ingat yg RAW bermakna MENTAH.. X per tu akak akan terangkan nnt dlm entri seterusnya yer Tina...
Lens yg akak pakai yer.. Hehhe.. Ok2 nnt akak bgtau...

Ayu said... Reply

Assalam diana, thank you for sharing, tips2 yang sungguh infomative ni..masih banayk lagi nak kena belajar dgn camera akak tu lah namapknya..

Ummi said... Reply

Diana cayanggg...tqqqq atas info yang Diana kongsikan...wpun akak guna Canon jer...Tak pandai la nak petik Nikon cik abg akak tu ha...terus konfius lak nnt..hehe. Apapun maklumat lain yg tidak berkenaan tools dlm camera spt pengcahayaan dan warna2 gabungan tu amat berguna. Terima kasih Diana kerana tidak lokek share ilmu, bukan sahaja masak2..ni dah fotografi pulak...semoga Diana diberi ganjaran atas keikhlasan dan susah payah mengarang entry ini...I really appreciate it babe! Muaaahhh..

Anonymous said... Reply

jazakallahu khairan.moga ilmu terus berkembang