Friday, June 15, 2012

~ Nasi Ayam...

Sheery Dream Cakes | 5:43 PM | |
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Entri kali ni entri pendek.. Hehehee... Sebab masa tak cukup untuk Diana bercerita panjang.. Huhuuu.. InsyaAllah malam nanti Diana akan online semula ya. Ada kerja sedang menanti sekarang ni.. Curi sedikit masa untuk update entri ni sekejap.. Terima kasih kepada yang sudi singgah di SBK ni.. Petang esok baru dapat Diana membuat kunjungan balas.. InsyaAllah.. 


Nasi Ayam SBK ni mungkin berlainan sedikit dengan Nasi Ayam yang lain sebab ayamnya tu perlu digoreng dengan 3 jenis tepung kemudian ditumis dengan bawang, kicap dan cili padi.. 

Jom tengok resipinya... 



Ooo yer... Lupa pula bagitahu.. Kepada sesiapa yang inbox Diana tu tentang lanjutan entri photography.. InsyaAllah akan Diana usahakan secepat mungkin.. Terima kasih kerana sudi membaca.. :)



NASI AYAM


Bahan-Bahan Untuk Nasi
  • 300 gm beras basmathi
  • 500 ml air rebusan ayam _ ( ambil bahannya sekali kecuali ayam )
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Kemudian toskan.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi elektrik dan tambahkan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
  3. Masak seperti biasa.


Bahan-Bahan Untuk Ayam
  • 2 keping peha ayam _ dikelar sedikit
  • 2 inci halia _ dihiris kasar
  • 2 tangkai daun sup _ dihiris kasar
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tsp kicap cair Loon kee
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1100 ml air 

Bahan_Bahan A ( Digaul rata )
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung ubi kayu

Bahan-Bahan B
  • 2 biji kuning telur + sedikit garam _ dipukul ringan
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-Bahan C
  • 8 ulas bawang putih _ dicincang
  • 2 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu
  • 5 biji cili padi _ dihiris _ ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • Beberapa batang daun bawang _ dihiris
  • 1 tsp kicap pekat _ ( Diana guna Karamel pekat Loon Kee )
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama halia, daun sup, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan. Perap sekurang-kurangnya 1 jam ( Diana perap selama 4 jam ).
  2. Masukkan ayam bersama air ke dalam periuk dan masak sehingga ayam separuh masak.
  3. Keluarkan ayam dan ketepikan.
  4. Tapis air rebusan ayam dan ambil 500 ml air rebusan untuk dicampurkan bersama beras ( resipi nasi rujuk kat atas ).
  5. Simpan juga bahan yang lain ( hirisan halia, daun sup ) untuk dicampur ke dalam beras.
  6. Kemudian hiris ayam menjadi hirisan kecil ( Buangkan tulangnya ). Campurkan dengan kuning telur dan gaul rata.
  7. Masukkan bahan-bahan A dan gaul sebati.
  8. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk. Goreng ayam hingga masak kekuningan ( terpulanglah pada citarasa masing-masing nak garing atau tidak ).
  9. Angkat dan ketepikan.
  10. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  11. Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumis hingga sedikit garing.
  12. Masukkan cili padi, bawang besar, ayam goreng, kicap pekat, perencah pati ayam, gula secukup rasa dan garam jika perlu.
  13. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  14. Masukkan hirisan daun bawang dan gaul.
  15. Angkat dan hidang bersama nasi di atas.






13 comments:

iyou said... Reply

BW tgh2 lapar skali bukak2 terpampang nasi ayam... aduh! ><

tun_telani said... Reply

mmg nmpk sgt sedap!! mcm nasi ayam kat Singapore Chicken Rice ^^

Gee® said... Reply

ayoyo...manyak lapar laaa....

rahel said... Reply

Salam D...mengancam sangat nasi ayam ni..terus lapar jadinya..tak mo tengok lama2...

Anna Qawina said... Reply

Aslmkm Kak Diana...sodapnye nampak..nasi ayam mmg all time peberet ank2 saya tp biasa beli jek..hihi..
cantikla bekas sambal tuh..ada lekuk2..kikikiii

Amie said... Reply

Wah....! Specialnya Nasi Ayam SBK! Unik & tersendiri!

FnF Simple Life said... Reply

wah...specialnya kak...original SBK nih...terliur

Qasey Honey said... Reply

asslm Kak Diana cyggg...mmg nmpk myelerakan la nsi ayam..mmg lain dr yg lain..unik n kreatiff!!

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

As'Kum Diana cayangg cun melecunnn... waduhh nampak istimewa nasi ayam Diana ni.. Insyallah nanti akak nak cuba.. kena tunggu turn.. anak2 memang suka sangat nasi ayam.. yang ni best ni.. :))

Outbound di malang said... Reply

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Nuwairani said... Reply

assalamualaikum kak diana...perhhhh! meleleh air liur tengok nasi ayam ni. dalam banyak2 yang ditayang tu, rasa tertarik betul dengan ayam tu. siap ada cili potong lagi. kite memang suke makan kalau pedas2 macam ni.

Cendana Kasih said... Reply

salam Diana...sedapnyer...suka nasi ayam cenggini...takyah nk asing tulang kan... nak cubalah nanti..

Unknown said... Reply

waaaaa....thanks 4 the resepi ya..xsabar nk cuba msk..;)