pages

Tuesday, November 27, 2012

~ Satay Ayam Goreng...

Assalamualaikum dan bertemu kembali di entri kali ini… 

Untuk entri ini Diana nak kongsikan resipi Satay Ayam Goreng... Tiada celoteh panjang yang hendak dikongsikan..Ok lah.. Terus sahaja kita tengok resipinya ya.. 


SATAY AYAM GORENG 

Bahan-Bahan
  • 4 keping peha ayam _ dibuang kulit dan tulangnya. Hiris nipis dan besar
  • 3 tangkai daun kari _ dicincang
  • Lidi secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A 
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • 1/2 tsp serbuk kunyit
  • 1 tbsp rempah kari _ ( Diana guna serbuk kari Ayam Brand )
  • 1/2 tbsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk rempah 5
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix ( optional )
  • 2 tbsp gula atau secukup rasa
  • 1 tsp garam
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung ubi kayu
  • 1 biji telur

Bahan-Bahan B ( Kisar Menggunakan Food Processor ) 
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai _ ambil bahagian yang putih sahaja
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 inci lengkuas

Cara-Cara 
  1. Campurkan ayam bersama bahan-bahan A dan B. Gaul rata.
  2. Cucuk sekeping isi ayam dengan lidi. Ketepikan.
  3. Buat langkah No. 2 sehingga isi ayam habis.
  4. Kemudian perap selama 2 - 3 jam atau lebih.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng satay ayam hingga masak.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  7. Nikmati bersama sos kegemaran anda. 




12 comments:

  1. Aduhhh .....
    Menyelerakan sungguh, terliur nengoknyer~~

    ReplyDelete
  2. salam kak diana

    terliur2 tina tgk sate tu, nak nya tgk kan kuah dia tu, alahai sedapnya

    ReplyDelete
  3. Salam diana..

    Sedap tengok satay itu..boleh cuba ni..

    p/s Akak berkenan betul dengan pinggan ayan tu... mana beli.. mengingatkan memori akak bersama arwah nenek akak... makan guna pinggan tu :)

    ReplyDelete
  4. mak ai sedap...... yg dh siap ada?? haaaaa

    ReplyDelete
  5. haaaaa senang....xyah bakar2..hihihi

    ReplyDelete
  6. salam diana

    akak ada soalan, adakah ayam digoreng bersama sekali dengan lidi...tak ke hangus lidi nanti

    ReplyDelete
  7. @Tina Othman

    salam tina...

    hehe.. makan cicah ngan kuahnya mmg best tu kan.. tp ada juga yg suka ratah gitu jer

    ReplyDelete
  8. @CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)

    salam akak..
    terima kasih.. ermm.. diana beli kat kedai cina di bandar labuan

    ReplyDelete
  9. @Leeza dayasari [santai leeza]

    alamak.. dah abis dah.. hehehee.. nnt buat lg kita makan sama2 yer.. ;)

    ReplyDelete
  10. @Anonymous

    salam...

    a'aa.. ayam digoreng bersama lidinya sekali.. lidinya tak hangus..

    ReplyDelete