pages

Wednesday, January 8, 2014

~ Entri SBK 2 :: Spicy Diced Chicken...


~ Entri asal dibuat pada : November 26, 2013... 

SPICY DICED CHICKEN

Bahan-Bahan 
  • 2 keping paha ayam _ buang kulit dan tulangnya
  • 20 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih _ dihiris kasar
  • 1 biji bawang besar _ dipotong dadu
  • 1 biji capsicum hijau _ dipotong dadu

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tsp seasoning Maggi
  • 1/2 tsp karamel pekat klasik Loon Kee
  • 1 ulas bawang putih _ ditumbuk
  • 1 tsp gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 tsp 5 spice powder 
  • 1/2 tsp pati ayam Tumix
  • 1 biji telur 
  • 2 tbsp tepung jagung

Bahan Sos
  • 2 tbsp sos plum
  • Sedikit gula
  • Perencah pati ayam secukup rasa


Cara-Cara 
  1. Isi ayam dipotong dadu dan campurkan bahan-bahan perap. Gaul rata dan perap selama sekurang-kurangnya 30 minit ( lagi lama lagi baik ). 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak. Goreng capsicum selama 20 saat. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan bawang besar dan goreng selama 20 saat. Angkat dan ketepikan.
  5. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kering dan goreng sehingga cili kering berubah warna.
  6. Masukkan ayam goreng dan bahan-bahan sos. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  7. Akhir sekali masukkan capsicum dan bawang besar.
  8. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih panas.





2 comments:

  1. Salam Diana. Lama sungguh tak dtg blog ni sejak Diana bercuti dulu. Ke akak yg cuti lama..hehe.

    ReplyDelete